Aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak merupakan antara idea menyeronokkan yang boleh anda lakukan bersama si kecil, khususnya pada hujung minggu atau cuti sekolah.
Kering idea untuk seni kreatif? Dalam artikel ini ada beberapa cadangan menarik seperti pinggan kraf untuk kanak kanak yang boleh anda cuba bersama si kecil.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak
Bersedia untuk sesi kraf hebat bersama anak?
Berikut dikongsikan 5 aktiviti yang dapat meningkatkan kreativiti kanak kanak boleh di lakukan di rumah dengan bahan-bahan mudah.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Pinggan pelangi, antara idea pinggan kraf untuk kanak kanak
Bahan diperlukan:
- Pinggan kertas
- Bebola kapas
- Kertas lukisan
- Butang merah jambu, oren, kuning, hijau dan biru – boleh digantikan dengan pom pom kecil
- Gunting
- Gam tembak
Cara-cara:
- Potong pinggan kertas kepada dua bahagian.
- Potong kertas lukisan menjadi 5 jalur – bersaiz 2 cm. Gam hujung kertas pada bahagian bawah pinggan.
- Lekatkan bola kapas secukupnya pada bahagian atas pinggan kertas dengan gam.
- Gam butang mengikut warna – jalur pertama merah jambu, jalur ke-2 oren, jalur ke-3 kuning, jalur ke-4 hijau, jalur ke-5 biru.
- Anda juga boleh menambah tali pada bahagian belakang pinggan kertas untuk membolehkan ia digantung.
Teropong kertas, antara aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak
Bahan diperlukan:
- Tiub kadbod daripada tisu gulung kecil
- Pita pelekat (cellophane tape)
- Kertas warna
- Gunting
- Tali atau reben
Cara-cara:
- Mulakan dengan membalut pita di sekeliling dua tiub kadbod tisu gulung supaya sekata.
- Potongkan kertas warna mengikut saiz yang sama. Balut sekeliling tiub kadbod dengan lekatkan menggunakan pita pelekat. Teruskan membalut mengikut turutan warna pelangi.
- Kemudian lekatkan tali atau reben pada salah satu bahagian dalam hujung tiub kadbod untuk membolehkan anak menggantungkan teropong pada leher mereka.
- Anak boleh menampal sebarang pelekat kegemarannya untuk menjadikan teropong ini lebih menarik.
Dinasour kertas
Bahan diperlukan untuk melakukan pinggan kraf untuk kanak kanak ini:
- Pinggan kertas besar
- Gunting
- Pensel
- Gam
- Tiub kadbod tisu gulung kecil
- Warna akrilik
- Berus cat
- Wiggle eyes
Cara-cara:
- Potong pinggan kertas kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk badan dinasour.
- Lagi satu bahagian, lukis dan potong menjadi bentuk kepala, ekor serta segi tiga untuk dijadikan spikes. Lekatkan bahagian-bahagian tersebut membentuk seekor dinasour.
- Untuk kaki, potong tiub kadbod kepada 3 bahagian sama saiz. Ambil 2 bahagian dan potong bahagian atas untuk memasukkan badan dinasour – supaya stabil dan boleh berdiri.
- Warnakan dinasour mengikut warna pilihan dan biarkan kering.
- Akhir sekali, lekatkan wiggle eyes.
Aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak #Balang berkilauan
Bahan diperlukan:
- Balang plastik bersaiz 500ml
- Satu jag air
- Gam glitter 60ml
- Gel pewarna makanan
- Serbuk glitter 60gram-80gram
Cara-cara:
- Tuang air ke dalam balang sehingga mencapai ⅓ daripada saiz balang.
- Tambahkan gam glitter dan kacau sehingga ia sebati dengan air.
- Titiskan 3 titik gel pewarna makanan dan kacau. Anda mungkin perlu menambah bilangan titisan bergantung kepada warna pilihan, tetapi pastikan warna air tidak menjadi terlalu gelap.
- Tuangkan serbuk glitter, dan kacau rata hingga sebati.
- Tambahkan air sehingga hampir penuh. Pastikan ada sedikit ruang pada bahagian atas untuk membolehkan glitter ‘bergerak’.
- Akhir sekali, tutup balang.
Seni dan kraf untuk kanak-kanak #Raksasa kotak tisu
Bahan diperlukan untuk aktiviti seni kreatif untuk kanak kanak ini:
- Kotak tisu
- Warna akrilik
- Wiggle eyes
- Kertas lukisan
- Bebola pom pom
- Marker hitam
- Gam
Cara-cara:
- Pastikan bahagian dalam kotak tisu tiada sebarang lapisan plastik.
- Warnakan bahagian luar kotak tisu dengan warna putih terlebih dahulu bagi menutup sebarang corak pada kotak.
- Setelah kering, warnakan bahagian luar sekali lagi mengikut warna kegemaran anak. Gunakan warna berbeza untuk bahagian dalam kotak tisu.
- Lukiskan bahagian bukaan kotak tisu dengan marker untuk dijadikan sebagai mulut.
- Lekatkan wiggle eyes pada bahagian atas kotak tisu. Bilangan mata boleh dilekat mengikut citarasa.
- Potong kertas lukisan untuk dijadikan gigi raksasa.
- Lekatkan bebola pom pom pada bahagian atas kotak tisu untuk memberikan karakter pada raksasa.
Meluangkan masa bersama
Paling penting, tujuan utama anda melakukan aktiviti kraf ini adalah untuk meluangkan masa bersama anak. Cubalah!