home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Sumbing Bukan Hanya Di Mulut! Benjolan Pada Leher Anak Juga Mungkin Petanda Sumbing

Sumbing Bukan Hanya Di Mulut! Benjolan Pada Leher Anak Juga Mungkin Petanda Sumbing

Perasan ada benjolan di leher anak? Mama papa, jangan ambil mudah! Ia mungkin sista sumbing cabang.

Sempena Bulan Kesedaran & Pencegahan Sumbing dan Masalah Kraniofasial Julai ini, kami bawakan topik mengenai sista sumbing cabang. Jom teruskan membaca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Kenapa ada benjolan di leher anak?

Turut dikenali dengan nama sista celah cabang, branchial cleft cyst adalah sejenis kecacatan kelahiran.

Ia di mana terdapat benjolan berkembang di satu atau kedua-dua belah leher anak atau di bawah tulang selangka.

Kecacatan kelahiran ini juga disebut sebagai anomali celah cabang (branchial cleft anomalies) atau celah awangan (branchial cleft remnant).

Sista sumbing cabang berlaku semasa perkembangan embrio apabila tisu di leher, tulang selangka, atau pun celah cabang, tidak berkembang secara normal.

Ia mengakibatkan wujud bukaan atau lubang pada leher anak, yang berkemungkinan terdapat cecair mengalir daripada lubang atau sista ini.

benjolan di leher anak

Jika ada yang keliru, sista bukan kanser, tetapi ia merupakan struktur seperti kantung yang dipenuhi dengan bahan cecair, separuh pepejal, atau gas, dan wujud dalam hampir semua jenis tisu badan.

Punca sista sumbing cabang

Seperti dinyatakan tadi, benjolan di leher anak terjadi kerana kecacatan kelahiran kongenital pada awal proses perkembangan embrio.

Umumnya, struktur utama leher akan mula terbentuk seawal minggu ke-5 perkembangan janin.

Dalam tempoh tersebut, 5 bahagian tisu yang dikenali sebagai lengkungan faring (pharyngeal arches) mula terbentuk.

Struktur penting ini mengandungi tisu yang akan membentuk:

Beberapa kecacatan pada leher boleh berlaku sekiranya lengkungan ini tidak dapat berkembang dengan baik.

Dalam sista sumbing cabang, tisu yang membentuk kerongkong – saluran udara daripada halkum ke paru-paru – dan leher tidak berkembang secara normal.

Kesannya, wujud ruang terbuka yang disebut sebagai sinus sumbing pada satu atau kedua-dua belah sisi leher anak.

Sista mungkin terjadi daripada cecair sinus yang kering. Dalam beberapa kes, sista atau sinus ini boleh mendapat jangkitan.

Benjolan di leher anak: Jenis sumbing cabang

Terdapat 3 jenis sumbing cabang:

  • Saluran sinus berlaku apabila terdapat lubang/bukaan pada kulit. Cairan mungkin keluar daripada lubang kecil di leher ini
  • Fistula bercabang terjadi jika satu lubang/bukaan terbentuk secara khusus antara lapisan kulit dan kerongkong (faring). Lendir akan mengalir keluar daripada lubang ini
  • Sista sumbing cabang pula terjadi apabila tiada lubang/bukaan pada leher dan cecair tidak dapat mengalir keluar, menyebabkan cecair berkumpul. Keadaan ini boleh berlaku sendiri atau dengan saluran sinus atau fistula

Terdapat 4 jenis sista celah cabang:

benjolan di leher anak
Sumber www.massgeneral.org

#Sista celah cabang pertama:

Untuk jenis pertama ini terbahagi kepada 2 jenis.

Jenis 1: Terdapat bukaan luaran di atas tulang rahang.

Jenis 2: Lubang atau bukaan ke saluran sinus lebih rendah pada leher di atas tulang hyoid – tulang berbentuk U antara rahang bawah dan kotak suara.

Ada kalanya anak dengan sista sumbing cabang ini juga mempunyai bukaan dalaman ke saluran sinus pada saluran telinga.

#Sista celah cabang kedua:

Merupakan benjolan di leher anak paling biasa terjadi dan selalunya wujud setelah anak berusia 10 tahun.

Bukaan luaran ke saluran sinus berada pada bahagian atas leher. Bukaan dalaman boleh terbentuk pada bahagian belakang leher berdekatan tonsil.

Ia boleh kelihatan seperti kutil pada leher (skin tags).

#Sista celah cabang ketiga:

Keadaan ini biasanya terjadi pada sebelah kiri leher berdekatan kelenjar tiroid dan dalam otot yang melekat pada tulang selangka.

Jenis ini jarang dialami berbanding pertama dan kedua.

#Sista celah cabang keempat:

Amat jarang untuk berlaku dan biasanya terjadi pada bahagian kiri bawah leher.

Keadaan ini sering disalah diagnosis atau tidak disedari kewujudannya.

Ada kalanya sumbing cabang ketiga dan keempat tidak mempunyai saluran sinus, bermakna tiada bukaan untuk cecair mengalir keluar.

Jangkitan pada sista ini boleh menyebabkan kerengsaan kulit pada sekitar kawasan kelenjar tiroid.

Selain benjolan di leher anak, perhatikan simptom lain

Sista sumbing cabang tidak akan menyebabkan kesakitan, kecuali terdapat jangkitan. Tanda lain yang perlu dipantau selain benjolan di leher anak adalah:

  • Tanda lekukan, gumpalan atau kutil pada leher, bahu atas atau bahagian bawah tulang selangka
  • Benjolan yang menyakitkan apabila ingin menelan atau semakin membesar
  • Terdapat cecair mengalir keluar daripada leher
  • Bengkak, kerengsaan atau kesakitan pada leher, kerap berlaku bersama jangkitan pernafasan atas

Diagnosis

Diagnosis akan dilakukan melalui pemeriksaan fizikal.

Ujian pengimejan, merangkumi imbasan MRI, CT atau ultrabunyi dibuat untuk menentukan lokasi tepat benjolan di leher anak.

Ujian tambahan mungkin merangkumi pemeriksaan mikroskopik cecair.

Bagi prosedur ini, doktor akan memasukkan jarum ke dalam sista bagi mengeluarkan cecair untuk dianalisis. Analisis tisu daripada biopsi juga boleh dilakukan.

benjolan di leher anak

Merawat benjolan di leher anak

Jika terdapat tanda jangkitan, doktor akan memberikan preskripsi antibiotik. Doktor mungkin akan mengeluarkan cecair daripada sista untuk mengurangkan bengkak.

Bagi mencegah jangkitan terjadi kembali, pembedahan membuang sista akan disyorkan.

Prosedur pembedahan biasanya memberikan hasil yang baik.

Tetapi terdapat kemungkinan sista boleh berulang, terutamanya jika pembedahan dilakukan semasa jangkitan aktif.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai benjolan pada anak, lakukan pemeriksaan doktor untuk lebih kepastian.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 19/07/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor