backup og meta

Ada Kuasa, Rupa & Harta Ciri Lelaki Alpha? Ini 7 Tanda Sebenar Karakter Alpha!

Ada Kuasa, Rupa & Harta Ciri Lelaki Alpha? Ini 7 Tanda Sebenar Karakter Alpha!

Perkataan lelaki dan ketua itu sangat sinonim. Kadangkala, sifat kepimpinan dan kewibawaan itu memang sudah ada dalam jati diri terutama jika mereka tergolong dalam kelompok lelaki alpha. Apakah ia yang sebenarnya?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda boleh klik di sini.

Apa maksud alpha male yang sebenar?

Untuk pengetahuan anda semua, alpha male atau jantan alfa itu merupakan satu trait personaliti yang membolehkan pemilik genetik XY menempatkan diri mereka pada tempat teratas di dalam hierarki sosial tertentu.

Dikenali dengan karakteristik yang kuat, tegas, agresif, dominan serta berpengaruh, lelaki dengan trait personaliti ini sudah tentu akan tampil menonjol dan lazim menjadi seorang pemimpin sesuatu masyarakat.

Dalam pada itu, mereka turut menarik lebih banyak perhatian daripada individu berbeza jantina sekali gus membuat lelaki alpha ini sangat diminati malah dicemburui oleh majoriti orang yang berada di sekeliling.

Jika pada masa dahulu, lelaki yang gagah perkasa tubuh badan dianggap sebagai seorang alfa.

Namun, persepsi tersebut mungkin telah berubah seiring zaman sehingga tercipta maksud baru bagi kata alpha male.

Kini, lelaki yang punya kuasa, rupa serta harta mungkin tergolong di dalam kategori ini. Adakah anda setuju?

Ini tanda jika anda seorang lelaki alpha!

Seiring peredaran waktu dan zaman, ciri-ciri alpha male juga mungkin tidak lagi sama seperti dahulu.

Bagi kalian yang hidup pada abad ke-21, berikut beberapa tanda jika anda seorang lelaki alpha:

#1. Anda dilahirkan untuk menjadi ketua antara ciri-ciri alpha male

Pertama, lelaki alfa sudah pasti mampu menjadi seorang pemimpin yang baik sama ada di rumah, sekolah, universiti, pejabat atau organisasi kerana mereka membawa karisma, ilmu, bakat dan sifat yang diperlukan.

Bukan sahaja sebagai seorang ketua, kalian pun sudah tentu bagus untuk dijadikan role model buat individu lain!

Tanda lelaki alpha #2. Hebat berkomunikasi

Mereka juga amat bagus berkomunikasi tidak kira ketika berucap di khalayak ramai atau pun berbual kosong sahaja.

Jadi, tidak hairan kalau mereka selalu menjadi ‘magnet’ yang menarik perhatian orang di sekeliling.

Tanda lelaki alfa #3. Handal berjenaka

Sehubungan di atas, mereka turut pandai mengambil hati dengan memberi atau menerima jenaka dengan sangat baik lantas sentiasa membuat ahli keluarga, sahabat serta insan istimewa rasa gembira dan seronok.

#4. Anda mampu kawal perasaan dengan baik

Siapa kata jika lelaki alfa itu perlu penuh dengan sifat amarah sahaja? Kadangkala, sifat empati dan simpati yang ada di dalam lubuk hati ini yang bakal membuat anda menjadi seorang jantan alfa, malah sebagai manusia berperasaan.

Tanda lelaki alpha atau ciri-ciri alpha male #5. Gentleman

Ramai orang percaya dengan kelakuan seperti menarik kerusi atau membuka pintu untuk wanita duduk dan masuk itu sebagai salah satu indikator bahawa anda seorang yang gentleman.

Dan ini memang benar!

Pun begitu, maksud gentleman bukan hanya sekadar itu. Lelaki yang gentleman itu harus dinilai bukan sahaja daripada perlakuan semata-mata malah percakapan dan pendirian secara semula jadi. Setuju?

Lelaki dominan lebih disukai wanita.
Lelaki dominan lebih disukai wanita.

#6. Cenderung ‘menjaga’ bukan ‘mengongkong’ juga ciri-ciri alpha male

Di dalam perhubungan sama ada berkawan atau bercinta, lelaki yang alfa tidak bakal sesekali mengawal setiap tindak- tanduk orang lain. Sebaliknya, mereka lebih gemar untuk menjaga dan bukan mengongkong.

Cerminannya di sini, mereka punya rasa kasihan, hormat serta percaya yang amat tinggi terhadap insan tersayang.

#7. Kalian kuat dari segi fizikal dan mental

Meskipun kami kata maksud alpha male itu sudah berubah dan bukan cuma bergantung kepada kekuatan tubuh badan semata-mata, namun lelaki dengan karakter alfa tidak boleh lari daripada kata ‘kuat’ ini kerana ia memang sudah sinonim.

Akan tetapi, kekuatan ini wajar diukur daripada kedua-dua aspek paling penting iaitu fizikal dan mental.

Tidak berguna juga andai seorang lelaki itu ‘sado’ tubuh badan namun emosi cepat ‘koyak’ tatkala situasi tertentu.

Kesimpulan

Setiap lelaki mahu menjadi alfa namun bukan semua yang mampu membawa karakter tersebut.

Walaupun tanpa trait personaliti ini, siapa kata anda tidak boleh mengubah hidup ke arah lebih baik? Segalanya terletak di tapak tangan anda!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Explore 5 Male Personality Types, Which One Are You?, https://bareillycollege.org/5-male-personality-types/, Accessed Feb 3 2023.
  2. Do Alpha Males & Females Actually Exist?, https://thinkgrowth.org/the-alpha-myth-150121d3868f, Accessed Feb 3 2023.
  3. Unmasking the Alpha Male, https://hbr.org/2007/10/unmasking-the-alpha-male, Accessed Feb 3 2023.
  4. Coaching the Alpha Male, https://hbr.org/2004/05/coaching-the-alpha-male, Accessed Feb 3 2023.
  5. The Difference Between a Bully and a True Alpha Male, https://www.kqed.org/futureofyou/436950/the-difference-between-a-bully-and-a-true-alpha-male, Accessed Feb 3 2023.
  6. 10 Ways to Cultivate the Alpha Personality for Success, https://www.lifehack.org/articles/productivity/10-ways-cultivate-the-alpha-personality-for-success.html, Accessed Feb 3 2023.

Versi Terbaru

04/11/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Memahami Personaliti Melalui Perangai Anda

Empunya Jenis Darah O Adalah Ekstrovert! Bagaimana Personaliti Jenis Darah Lain?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 7 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan