Membenarkan anak meneroka dan mempelajari perkara baharu di persekitaran mereka adalah aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun yang amat disarankan. Baca selanjutnya dalam perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Anak bergerak aktif
Kanak-kanak di bawah usia 5 tahun, masih dalam proses perkembangan dan tumbesaran. Mereka pastinya akan bergerak aktif dan berminat untuk meneroka persekitaran – sama ada di dalam mahupun di luar rumah.
Sebagai ibu bapa, pada tempoh ini anda perlu memberikan lebih perhatian dan pengawasan kepada si kecil. Pun begitu, berikan peluang buat mereka meneroka.
Ini bermakna, tiada salahnya untuk melakukan pengawasan dan pemantauan rapi, tetapi wujudkan ruang untuk anak menikmati persekitaran yang berbeza.
[embed-health-tool-child-growth-chart]
Meneroka persekitaran
Antara contoh aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun yang memberikan anak peluang meneroka adalah seperti berjalan-jalan di hutan, melawati muzium atau zoo.
Peluang meneroka persekitaran dalam dan luar – dengan pengawasan – adalah penting untuk perkembangan emosi, sosial dan fizikal anak.
Meneroka juga merupakan rangsangan kepada motor halus aktiviti kanak kanak 3 hingga 4 tahun.
Idea aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Berikut antara beberapa contoh aktiviti di dalam rumah sebagai panduan:
Melihat cermin
Dalam tempoh tumbesaran ini, anak akan belajar mengenali diri mereka melalui gambar atau cermin.
Apa kata anda sediakan cermin – pastikan kedudukannya selamat – dan biarkan anak meneroka wajah mereka.
Anda boleh bertanyakan soalan seperti “Di mana hidung?”, “Cuba buka mulut” atau “Boleh tak kelipkan mata?”
Kanak-kanak juga suka meniru tingkah laku individu lain. Jadi ajak anak bermain permainan tiru perbuatan fizikal atau lisan.
Kabinet mesra kanak-kanak
Percaya atau tidak, kabinet atau almari merupakan antara tempat penerokaan yang disukai anak.
Ini kerana mereka mempunyai rasa ingin tahu mengenai apa yang berada di sebalik pintu almari atau laci.
Jadi sediakan kabinet rendah dengan laci untuk membolehkan anak menarik keluar dan meneroka barangan di dalamnya. Jangan lupa pastikan item di dalam laci adalah selamat dan sentiasa pantau mereka, okay?
Aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun #Kotak mainan
Untuk menggalakkan imaginasi anak, cipta kotak mainan diisi dengan anak patung, mainan block, barangan mengemas rumah yang selamat seperti span atau berus bersih.
Berikan bekas makanan plastik dengan penutup, pinggan dan mangkuk plastik atau apa sahaja yang boleh disusun untuk dijadikan mainan menarik buat si kecil.
Mainan sentuhan, motor halus aktiviti kanak kanak 3 hingga 4 tahun
Anak suka menggunakan deria sentuhan mereka. Jadi anda boleh berikan mereka bermain warna air atau playdough.
Di samping itu, kertas pembalut dan mainan bertekstur juga pilihan yang baik untuk memberikan mereka peluang meneroka.
Anda boleh menghasilkan playdough sendiri di rumah, seperti:
Bahan-bahan diperlukan:
- 2 cawan tepung biasa
- ½ cawan garam
- 2 sudu besar minyak sayuran
- ½ – 1 cawan air
- Pewarna makanan
- Mangkuk besar
Cara membuatnya:
- Campurkan tepung, garam dan minyak sayuran ke dalam mangkuk.
- Tambahkan 2 titik pewarna makanan ke dalam cawan berisi air.
- Kemudian tuangkan perlahan-lahan ke dalam campuran tepung tadi mengikut konsistensi yang diingini. Sekiranya terlebih air, tambahkan tepung untuk mendapatkan konsistensi yang betul.
- Sedia untuk bermain. Pastikan selepas bermain, ia disimpan di dalam bekas bertutup.
Memanjat tangga
Memanjat tangga satu lagi perkara yang disukai si kecil, jika tidak, pasti tidak akan muncul di pasaran pintu penghadang pagar, betul tak? Anda boleh beri si kecil main tangga tapi anda perlu bersama-sama naik dan turun tangga dengan anak.
Pada kawasan rata pula, ajak anak untuk berjalan ke belakang atau berjingkit-jingkit. Idea lain adalah seperti meniru haiwan contohnya berjalan seperti penguin, melompat seperti kanggaru dan sebagainya atau menari mengikut muzik.
Aktiviti kanak-kanak 3-4 tahun: Meneroka luar rumah
Di bawah dikongsikan beberapa idea aktiviti luar untuk dicuba:
Bermain bola
Sediakan bola dengan saiz yang sesuai untuk anak main. Pada fasa ini, anak akan belajar menendang, membaling dan menangkap bola.
Baca juga: