backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Dutch Lady

Adakah Anak Saya Normal? Semak Milestone Perkembangan Mengikut Umur

Tahukah anda, pertumbuhan anak selepas dilahirkan sehinggalah fasa kanak-kanak adalah proses perubahan yang kompleks yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor genetik, pemakanan, persekitaran dan hormon?

Adakah Anak Saya Normal? Semak Milestone Perkembangan Mengikut Umur

Disebabkan itulah, memantau perkembangan kanak-kanak mengikut umur adalah penting untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan secara seluruh. Lebih baik dapat mengenali isu lebih awal yang menjadi punca anak anda tidak membesar dengan baik daripada terjadinya anak anda terbantut1.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Maksud perkembangan kanak-kanak 

Tumbesaran tidak hanya berlaku secara fizikal, ia turut melibatkan perubahan emosi, sosial, kognitif dan bahasa. Sebagai ibu bapa, anda perlu memahami perkembangan kanak-kanak mengikut umur adalah kunci untuk menyokong mereka membesar dengan baik1.

Seperti yang anda sedari, tumbesaran anak anda ketika mereka sejak kecil akan dipantau oleh pakar kesihatan dari mereka dilahirkan sehinggalah ke peringkat pra-sekolah1.  

Hal ini kerana, dalam tempoh 2 tahun pertama selepas kelahiran, nutrisi pemakanan diperlukan untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan adalah sangat tinggi. Jika berlakunya jangkitan berulang kali dan kurang mendapat nutrisi, ia akan memberi potensi kepada si manja menjadi terbantut pada awal kehidupan2

Sebelum kami teruskan untuk menerangkan cara yang boleh dilakukan mengelakkan anak terbantut, kami akan kongsikan 5 perkembangan kanak-kanak yang berlaku mengikut peringkat umur. 

4 Perkembangan kanak-kanak yang akan berlaku 

Ada 4 tahap perkembangan kanak-kanak mengikut umur yang berlaku3

  • Kanak-kanak kecil (1 hingga 3 tahun)
  • Prasekolah (3 hingga 5 tahun)
  • Sekolah rendah (5 hingga 12 tahun)
  • Remaja (12 hingga 18 tahun)

 Pencapaian perkembangan untuk si comel boleh dikategorikan seperti berikut4

  • Pertuturan dan bahasa
  • Kemahiran berpakaian
  • Kemahiran motor halus dan kemahiran motor visual
  • Kemahiran dandanan

Perkembangan kanak-kanak mengikut umur si manja 

Kali ini kami akan fokuskan pada perkembangan kanak-kanak yang berumur 2 tahun hingga 5 tahun3.

2 tahun

  • Gunakan kedua-dua tangan serentak, seperti memegang sesuatu dalam satu tangan dan gunakan yang lain untuk membuka atau menutupnya.
  • Kenali emosi, seperti apabila orang lain terluka atau kecewa.
  • Gunakan suis atau butang pada mainan atau bermain dengan berbilang mainan serentak.

2 tahun 5 bulan

  • Bersosial dan bermain dengan atau bersama kanak-kanak lain.
  • Gunakan tangan mereka untuk membuka penutup atau membelek halaman dalam buku satu demi satu.
  • Melompat di atas tanah dengan kedua-dua kaki.

3 tahun 

perkembangan kanak-kanak mengikut umur
Permainan yang merangsang otak menggalak perkembangan fizikal kanak-kanak 
  • Bercakap dengan cukup jelas untuk orang lain faham dan reti sebut nama mereka apabila ditanya.
  • Faham dan patuh dengan amaran, seperti tidak menyentuh permukaan panas. 
  • Mampu memakai pakaian sendiri seperti memakai seluar atau jaket.

4 tahun

  • Berpura-pura menjadi orang lain (atau sesuatu yang lain, seperti haiwan) semasa bermain.
  • Kenal dengan situasi yang bahaya seperti tidak melompat dari tempat yang lebih tinggi semasa bermain.
  • Namakan beberapa warna objek yang mereka boleh lihat. 

5 tahun

  • Patuhi peraturan untuk permainan atau tunggu giliran mereka semasa bermain.
  • Reti lakukan kerja-kerja mudah seperti mengemas meja di rumah atau membantu menyusun pakaian.
  • Reti butang dan membuka butang baju. 
perkembangan kanak-kanak mengikut umur
Faktor yang boleh menyebabkan si manja mengalami bantut.

Cara untuk memastikan perkembangan kanak-kanak mengikut umur & tidak terbantut 

1. Pastikan anak anda makan makanan seimbang 

Bantut boleh terjadi disebabkan si manja ini tidak mendapat nutrisi yang mencukupi. Oleh itu, anda perlu pastikan si manja ini mendapat makanan yang seimbang seperti karbohidrat, sayur-sayuran, buah-buahan, protein dan produk tenusu5

Dengan itu, pasti perkembangan kanak-kanak mengikut umur dapat berlaku dengan baik5.

2. Mengambil vaksin sejak kecil

perkembangan kanak-kanak mengikut umur
Vaksin penting untuk melindungi si manja.

Sejak awal lagi, si manja akan diberikan vaksin bagi tujuan melindungi mereka daripada penyakit berjangkit. Hal ini kerana, apabila mengalami penyakit berjangkit yang berulang, ia akan menyebabkan kanak-kanak itu terbantut6

Tahukah anda, vaksin adalah pendekatan paling kos efektif untuk mengurangkan beban penyakit kanak-kanak dan ini dapat membendung bantut daripada terjadi7

Pastikan si manja anda mencapai tumbesaran dengan Dutch Lady® MaxGro

Di dalam Dutch Lady ® MaxGro mengandungi 80% nutrien penting yang disyorkan untuk kanak-kanak berumur 1-9 tahun sebagai pelengkap diet harian mereka.

Formulasi ini direka bagi membantu menyediakan diet yang seimbang dan lengkap untuk menyokong pertumbuhan dan perkembangan yang sihat, memastikan anak anda menerima nutrien penting yang diperlukan untuk pertumbuhan optimum.

  • Tinggi nutrien

Tinggi dengan kandungan protein, kalsium, besi, magnesium, vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.

  • Membekalkan 80% nutrien harian

Memenuhi sekurang-kurangnya 80% daripada pengambilan nutrien harian yang disyorkan Malaysia (Malaysia RNI 2017) untuk nutrien terpilih seperti kalsium, fosforus, besi, magnesium, zink, vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12, dan C untuk mengisi jurang nutrisi kanak-kanak yang kurang zat.

  • Mengandungi 9 Asid Amino Penting atau Essential Amino Acids (EAA)

9 EAA adalah blok binaan dalam protein untuk menyokong pertumbuhan tulang dan otot.

Khasiat ini akan membantu si manja untuk mendapat ketinggian yang ideal dan tidak lagi berdepan dengan situasi kebantutan. 

Kesimpulan

Mengetahui perkembangan anak mengikut umur bukan bertujuan membanding-bandingkan, tetapi sebagai panduan untuk menyokong pertumbuhan mereka secara menyeluruh. Bimbing mereka agar dapat berkembangan mengikut cara tersendiri.
Sebagai ibu bapa, jadilah pelindung terbaik buat anak-anak kerana tiada siapa yang boleh menggantikan peranan anda dalam membentuk masa depan mereka.

Nak anak membesar dengan optimum? Kenalah minum Lady® MaxGro segera!

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Childhood growth https://childgrowthfoundation.org/childhood-growth/ . Accessed on Aug 3, 2025.
  2. De Sanctis, V., Soliman, A., Alaaraj, N., Ahmed, S., Alyafei, F., & Hamed, N. (2021). Early and Long-term Consequences of Nutritional Stunting: From Childhood to Adulthood. Acta bio-medica : Atenei Parmensis, 92(1), e2021168. https://doi.org/10.23750/abm.v92i1.11346 .Accessed on Aug 3, 2025.
  3. Child Development https://my.clevelandclinic.org/health/articles/21559-child-development. Accessed on Aug 3, 2025. 
  4. Child Development Guide: Ages and Stages https://choc.org/ages-stages/ . Accessed on Aug 3, 2025.  
  5. Stunting in a nutshell https://www.who.int/news/item/19-11-2015-stunting-in-a-nutshell .Accessed on Aug 3, 2025. 
  6. Get to know the symptoms of stunting and how to prevent it https://www.emc.id/en/care-plus/get-to-know-the-symptoms-of-stunting-and-how-to-prevent-it .Accessed on Aug 3, 2025. 
  7. Nandi, A., & Shet, A. (2020). Why vaccines matter: understanding the broader health, economic, and child development benefits of routine vaccination. Human vaccines & immunotherapeutics, 16(8), 1900–1904. https://doi.org/10.1080/21645515.2019.1708669 .Accessed on Aug 3, 2025.  

Versi Terbaru

02/09/2025

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Anak Nampak Kecil Dari Usia? Ketahui Cara Bantu Mereka Capai Potensi Maksimum

Ibu Bapa Perlu Tahu 5 Jenis Vitamin Yang Diperlukan Anak, Elakkan Tumbesaran Terbantut!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Dikemas kini 02/09/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan