Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Jangkitan Kutu?
Terdapat banyak faktor risiko bagi jangkitan kutu, termasuklah:
- Pelajar di sekolah mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk berjangkit
- Hubungan kelamin dengan pasangan yang telah dijangkiti
- Jika anda tidak mandi dengan kerap
- Jika anda tidak membasuh baju dengan kerap
- Jika anda tidak membasuh cadar katil
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit Jangkitan Kutu didiagnosis?
Doktor anda akan menyemak rekod kesihatan anda melakukan pemeriksaan, terutamanya pada bahagian kulit kepala dan menggunakan kanta pembesar. Doktor anda akan mencari telur kutu pada setiap bahagian badan anda.
Bagaimana pesakit Jangkitan Kutu dirawat?
Anda boleh merawat kutu menggunakan krim, losen atau syampu berubat. Sesetengah daripadanya termasuklah permethrin (Nix®, Elimite®), pyrethrins (Rin®, R and C®, A-200®) dan lindane (Kwell®). Rawatan selalunya untuk tempoh 7 hari. Anda mungkin akan perlu mengulang rawatan jika kutu kembali lagi.
Anda mungkin memerlukan sikat khas atau penyepit kecil untuk membuang kutu daripada kulit kepala. Anda juga boleh menggunakan kanta pembesar untuk membantu anda melihat dengan jelas. Anda juga perlu memeriksa bulu mata jika terdapat kutu atau telur kutu.
Pastikan telur kutu telah dibuang daripada pakaian, kelengkapan dandanan diri, cadar dan sarung tilam/bantal serta perabot. Anda boleh membersihkannya dalam air panas dengan bahan penyahjangkit/disinfektan.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani Jangkitan Kutu?
Perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani kutu:
- Maklumkan pada doktor jika anda mengandung
- Periksa seluruh ahli keluarga untuk mengelakkan jangkitan kutu
- Hubungi doktor anda jika simptom tidak bertambah baik selepas seminggu
- Elakkan syampu kutu terkena mata
- Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah, tadika atau tapak perkhemahan sehingga dibenarkan doktor
- Basuh pakaian, sarung bantal dan tilam, mainan kain dan fabrik perabot dalam air panas 55°C selama 20 minit dan keringkan dengan pengering panas. Bagi pakaian yang tidak boleh dibasuh, letakkan dalam beg plastik tertutup selama 2 minggu sebelum melakukan cucian kering
- Bersihkan rumah.
- Rendam sikat dan berus selama lebih kurang sejam dalam syampu anti kutu, bahan penyahjangkit, air panas atau pencuci luka antiseptik yang mempunyai alkohol.
- Hubungi doktor anda jika ahli keluarga atau pasangan anda mempunyai simptom kutu atau simptom kembali setelah rawatan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen