backup og meta

Nak Berkelah Di Pantai? Sebelum Belikan Anak Pelampung Budak, Ketahui 4 Risiko Bahaya Ini!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/10/2022

    Nak Berkelah Di Pantai? Sebelum Belikan Anak Pelampung Budak, Ketahui 4 Risiko Bahaya Ini!

    Apabila bercakap mengenai pelampung budak, pastinya matlamat utama penggunaannya bagi ibu bapa adalah untuk memastikan keselamatan si kecil apabila berada di dalam air dan membolehkan mereka belajar berenang, betul tak? 

    Namun, hakikatnya penggunaan pelampung baby ini sebenarnya membawa lebih banyak mudarat berbanding kebaikan. Eh, tidak percaya? 

    Dalam perkongsian artikel ini ada penjelasannya. Semoga bermanfaat!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Water Wings & pelampung budak

    Ia adalah situasi normal untuk kebanyakan ibu bapa memberikan si kecil pelampung atau pelampung tangan (water wings) apabila mereka ingin bermain air tetapi masih belum mahir untuk berenang.

    Rata-rata parents, bahkan penulis sendiri, menganggap pelampung sebagai peranti keselamatan untuk si kecil ketika berada di dalam air.

    Ini kerana apabila memberikan anak menggunakan pelampung, kita sebagai ibu bapa akan berasa lebih selesa dan selamat untuk membenarkan mereka berada di dalam air. 

    Malahan anak juga menggemari pelampung kerana ia akan membantu mereka untuk terapung di permukaan air.

    Masalahnya di sini adalah penggunaan pelampung tidak mengajar anak untuk berdikari apabila berada di dalam air. 

    Pemakaian pelampung atau water wings juga meletakkan anak dalam keadaan kedudukan menegak – yang lebih membebankan badan – dan bukannya kedudukan sesuai untuk berenang.

    Pelampung juga mengajar anak untuk kekal tegak di dalam air – merupakan posisi yang akan membuatkan mereka tenggelam ke dasar dengan lebih cepat.

    Baca juga:

    4 sebab pelampung budak bukan idea terbaik

    Pelampung atau water wings sering dianggap sebagai peranti pengapungan yang selamat, khususnya bagi anak yang masih belum belajar berenang.

    Malangnya, ia tidak benar sama sekali dan lebih banyak mengakibatkan kemudaratan daripada kebaikan.

    Ini antara sebab mengapa pelampung tidak seharusnya digunakan:

    Pelampung baby boleh meletup dan bocor

    Pelampung boleh meletup dan bocor, manakala water wings boleh terkeluar daripada lengan anak.

    Jika keadaan ini berlaku, si kecil yang tidak mempunyai kemahiran berenang sendiri berkemungkinan besar akan berasa panik. Situasi ini sekali gus boleh meningkatkan risiko mereka untuk lemas.

    Umumnya, pelampung diperbuat daripada plastik nipis. Dari masa ke masa, ia boleh menjadi haus dan lusuh – meningkatkan risiko kebocoran dan meletup.pelampung budak

    Water Wings & pelampung budak berikan rasa selamat palsu

    Sebagai ibu bapa, anda seharusnya sentiasa aktif mengawasi dan memantau anak apabila mereka berada berdekatan dengan air. 

    Tetapi sudah menjadi kebiasaan apabila anak memakai pelampung, ibu bapa akan percaya si kecil berada dalam keadaan selamat dan terleka – seperti menghadap telefon pintar.

    Apabila fokus tidak bersama anak, sebarang kejadian tidak diingini kepada si kecil boleh terjadi. Bayangkan anak berada di tengah pantai atau kolam dengan pelampung bocor – kehilangan angin sedikit demi sedikit berisiko menyebabkan tragedi yang lebih besar.

    Bagi kanak-kanak yang tidak tahu berenang juga akan mendapat keyakinan palsu apabila berada di dalam air menggunakan pelampung. Tetapi apabila water wings terkeluar daripada lengan dan pelampung bocor, mereka boleh berdepan risiko lemas.

    Pelampung budak tidak mengajar anak berenang

    Belajar untuk mengapungkan diri secara meniarap adalah pelajaran pertama dan paling penting dalam pelajaran berenang. 

    Sebaliknya, penggunaan pelampung atau water wings akan mengekalkan anak dalam kedudukan menegak di dalam air sambil mengimbangi badan – dan ini bukan posisi berenang semula jadi.

    Menggunakan pelampung menyebabkan anak lebih cenderung bergantung kepada tangan untuk bergerak di dalam air, berbanding kedudukan betul selari dengan air.

    Disebabkan itulah penting untuk anak belajar berenang bagi membolehkan mereka berada pada kedudukan yang betul, daya apungan dan pernafasan serta mengetahui kawalan keseimbangan badan yang diperlukan untuk berenang dengan yakin.

    pelampung budak

    Jika anak menggunakan pelampung atau water wings, mereka mungkin akan sukar untuk belajar berenang kerana sudah terbiasa dalam kedudukan menegak.

    Mengetahui cara mengimbangi badan apabila menggunakan pelampung adalah berbeza sama sekali dengan belajar berenang

    Berenang bukan kebolehan semula jadi

    Anak yang sering memakai pelampung budak akan merasakan diri mereka boleh berenang, sedangkan hakikatnya tidak. 

    Mereka juga mungkin akan berasa yakin untuk masuk ke kolam renang tanpa pengawasan individu dewasa.

    Anak yang sudah terbiasa menggunakan pelampung berkemungkinan akan mendapati proses belajar berenang sukar dan tidak akan menyukainya.

    Manakala ibu bapa pula akan berasakan si kecil yang biasa menggunakan pelampung baby sudah mahir berenang. Walaupun kebenarannya, pelampung hanya menghalang keupayaan anak untuk belajar berenang.

    pelampung budak

    Sekiranya si kecil sudah percaya bahawa diri mereka tahu berenang, mereka akan mempersoalkan keperluan untuk belajar berenang.

    Kesimpulan

    Sekiranya anda pernah memberikan si kecil menggunakan pelampung budak sebelum ini, tidak mengapa. 

    Perkara terbaik untuk anda lakukan sekarang adalah untuk mengelakkan daripada menggunakannya kembali dan membantu anak untuk belajar cara yang betul untuk melakukan pergerakan badan di dalam air.

    Langkah terbaik adalah untuk mendaftarkan anak ke kelas berenang bagi membantu mereka mengatasi sebarang kekeliruan yang dialami kesan kebergantungan kepada pelampung baby sebelum ini.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 12/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan