home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bagaimanakah Mengajar Anak Berdikari?

Bagaimanakah Mengajar Anak Berdikari?

Sebagai individu dewasa, salah satu tanggungjawab yang paling besar adalah memastikan anak membesar sebagai individu yang berkebolehan untuk menjaga diri sendiri. Ikuti artikel ini untuk mengetahui cara mengajar anak berdikari.

Mengapa kita perlu mengajar anak berdikari?

Ibu bapa kebiasaannya sangat melindungi anak-anak mereka lalu menyebabkan mereka tidak membuat banyak kerja rumah. Ini hanya akan menjadikan anak tidak mengetahui asas membuat kerja rumah seperti membasuh pinggan mangkuk selepas makan dan menyapu rumah.

Malangnya, ini akan menyekat peluang anak untuk mempelajari skil yang mereka perlukan untuk berdikari. Sebenarnya, membenarkan mereka mengembangkan potensi sebagai diri mereka adalah keputusan yang sangat penting untuk membolehkan mereka menjadi modal insan yang berguna kelak.

Oleh itu, apabila anda mengasuh seorang anak, pastikan anda mengajar mereka aktiviti asas penjagaan rumah dan kebersihan diri. Biarkan mereka membuat keputusan, walaupun ia adalah kecil dan kurang signifikan kepada anda sebagai ibu bapa.

Bila perlu memulakannya?

Ia sebenarnya perlu bermula seawal usia mereka lagi. Malangnya, kebanyakan program latihan mengajar anak berdikari biasanya bermula pada usia mereka 13 hingga 16 tahun. Ia adalah konsep yang sangat salah dan perlu diperbetulkan.

Walau bagaimanapun, kebanyakan ibu bapa yang berpengalaman pula berpendapat bahawa anda perlu menunggu sehingga anak anda mencecah usia remaja terlebih dahulu sebelum menggalakkan mereka untuk berdikari kerana mental seorang kanak-kanak adalah masih belum bersedia.

Apabila anak anda sudah bersedia, anda boleh mula mengajar mereka dengan cara menjadikan diri anda sebagai contoh dan membantu mereka mempelajari skil-skil baharu. Lama-kelamaan, biarkan mereka melakukannya sendiri. Di samping itu, berikan juga tip-tip yang mampu membina diri mereka.

Skil kehidupan: pendekatan terhadap pemupukannya

Dari aspek mental, kanak-kanak pada pelbagai usia sudah boleh mula mempelajarinya. Cabarannya adalah untuk menentukan skil itu adalah sesuai atau tidak dengan tahap pemikiran kanak-kanak itu sendiri.

Sebagai contoh, anda boleh meminta anak anda menolong untuk melakukan tugas mencuci pakaian menggunakan mesih basuh. Ya, ia mungkin akan memakan masa yang lebih lama namun meminta mereka menolong anda melakukannya akan memupuk skil itu dalam diri lantas menjadikan mereka lebih cenderung untuk mudah berdikari.

  • Anda boleh mencipta permainan untuk anak anda dengan meminta mereka menolong mengasingkan pakaian berwarna dan pakaian putih.
  • Selepas pakaian tersebut diasingkan, arahkan mereka untuk memasukkannya ke dalam mesin basuh dan ajar mereka bagaimana untuk menggunakannya. Jika anak anda mempunyai abang atau kakak, minta mereka menolong adik kesayangan mereka.

Skil yang perlu difokuskan

Skil kehidupan yang perlu anda ajar anak anda adalah skil ketara dan skil tidak ketara.

  • Skil ketara termasuklah aktiviti yang mudah dilakukan seperti memasak, mencuci pakaian dan mengurus duit.
  • Skil tidak ketara pula termasuklah pembinaan karakter anak anda yang akan matang mengikut usia seperti skil penyelesaian masalah, pengurusan masa dan skil sosial.

Kedua-dua skil ini adalah penting untuk anak anda berjaya dewasa kelak. Disebabkan itu, sangat penting untuk anda mula ajar anak berdikari pada awal usia mereka lagi

Selain itu, ajar anak anda untuk:

  • Memakai pakaian
  • Membasuh tangan
  • Mencuci muka
  • Memberus gigi
  • Mengelap hingus
  • Menyikat rambut

Anda juga perlu mengajar anak anda untuk berurusan dengan individu yang tidak dikenali. Berikut merupakan nasihat yang anda boleh ajarkan kepada mereka:

  • Sentiasa berhati-hati sepanjang masa
  • Jangan terima apa-apa pemberian daripada individu tidak dikenali
  • Jangan bercakap dengan individu tidak dikenali
  • Berhat-hati ketika berada di tempat yang baharu

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Teaching Children to Take Care of Themselves. http://fosteringperspectives.org/fpv15n2/Carter.htm. Accessed May 11, 2017.

Teaching Kids to Take Care of Themselves: Hygiene. http://www.kristensguide.com/Family/Parenting/Empower_Children/take_care_themselves_hygiene.asp. Accessed May 11, 2017.

How to teach kids to take care of themselves. http://www.studyvillage.com/resources/2770-How-teach-children-take-care-themselves.aspx. Accessed May 11, 2017.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 26/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x