Garu kepala memikirkan cara untuk mengajar anak menunggang basikal? Jangan bimbang, Hello Doktor akan kongsikan tip yang membolehkan anak kayuh basikal tanpa bantuan roda tambahan.
Dalam masa sama, sudah tentu dapat eratkan hubungan antara ibu ayah dan anak. Teruskan membaca artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Bilakah anak bersedia kayuh basikal?
Tiada had umur yang tepat untuk anak mula belajar mengayuh basikal. Ia bergantung pada perkembangan fizikal dan mental si kecil, tahap keselesaan serta koordinasinya.
Pun begitu, secara purata kebanyakan kanak-kanak bersedia untuk belajar menunggang basikal di antara usia tiga tahun setengah hingga empat tahun setengah.
Faktor terbesar adalah sama ada mereka mempunyai keinginan untuk belajar membawa basikal dan bukannya kerana dipaksa.
Selalunya anak belajar dengan meniru perkara di sekelilingnya. Jadi mungkin anda boleh menaiki basikal di hadapan anak supaya mereka mempunyai keinginan dan dapat memahami secara am apa yang perlu dilakukan.
Jika anak belum mempunyai kekuatan untuk mengayuh, anda boleh menunggu sehingga mereka lebih besar atau boleh diperkenalkan kepada mereka balance bike – membolehkan si kecil belajar mengimbangi basikal, meluncur dan menolak dengan kaki.
Tip ajar anak menunggang basikal
Berikut antara beberapa perkara perlu dititikberatkan oleh ibu bapa yang ingin mengajar anak untuk mengayuh basikal:
Tempat yang sesuai
Pasti ada yang terfikir untuk mengajar di kawasan padang berumput kerana merasakan ia selamat jika anak mungkin terjatuh, betul tak? Tetapi sebenarnya ia lebih menyukarkan anak untuk kayuh basikal.
Sebaliknya pilih kawasan tar licin dan rata. Elakkan kawasan berbukit.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Sediakan basikal
Belikan anak basikal dengan saiz yang sesuai. Elakkan membeli basikal yang lebih besar untuk berjimat kerana boleh digunakan bagi tempoh masa lama.
Tetapkan tempat duduk (saddle) pada ketinggian yang sesuai supaya kaki anak dapat menjejak tanah. Tetapi jangan terlalu rendah! Ini boleh menyukarkan kayuhan kerana lutut boleh terkena hendal.
Helmet untuk keselamatan semasa menunggang basikal
Di Malaysia, agak jarang sebenarnya untuk dapat melihat kanak-kanak bermain basikal dengan memakai set keselamatan seperti helmet, betul tak?
Tetapi pemakaian helmet amat penting untuk melindungi kepala anak daripada sebarang kecederaan serius.
Anda juga boleh mempertimbangkan untuk memberi anak memakai sarung tangan, pelindung siku dan betis, alas lutut dan kasut tertutup.
Jika anak memakai kasut jenis bertali, pastikan ia diikat rapi dan elakkan si kecil daripada memakai seluar yang longgar. Sarankan anak untuk memakai stoking dan berseluar panjang.
Bantuan pada usaha pertama
Biasanya kita akan memegang bahagian tempat duduk dan hendal sewaktu mengajar anak untuk mengayuh basikal, betul?
Tetapi hakikatnya tindakan tersebut boleh mengganggu proses pembelajaran anak untuk mengimbangi dan kayuh basikal.
Cara yang terbaik adalah untuk berdiri di belakang basikal dan anak. Tahan roda belakang antara kaki dan betis anda.
Berikan sokongan dengan memegang bahagian bawah ketiak mereka, ini membolehkan anak mengawal basikal sepenuhnya – anda pun pasti tidak akan mengalami masalah sakit belakang!
Baca juga: