home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Memakai Stokin Semasa Tidur, Adakah Ia Baik?

Memakai Stokin Semasa Tidur, Adakah Ia Baik?

Tidur adalah sebahagian perkara penting dalam kehidupan setiap orang. Lagipun, manusia menghabiskan masa hampir sepertiga untuk tidur. Namun, kaki sejuk boleh menyebabkan waktu tidur malam anda terganggu.

Apabila kaki sejuk, ia akan menyekat saluran darah dan menyebabkan peredaran darah berkurang. Menurut Yayasan Tidur Kebangsaan, pemanasan kaki sebelum tidur membantu otak anda memberi isyarat waktu tidur dengan jelas.

Kebanyakan orang mungkin mengalami kesukaran untuk tidur dari semasa ke semasa. Satu helah yang mereka tidak pernah cuba adalah tidur dengan memakai stokin.

Stokin membantu anda tidur

Memakai stokin semasa tidur mungkin kelihatan menyebabkan kekeringan kaki. Tetapi pada hakikatnya, rutin ini boleh membantu mengawal suhu dalaman tubuh.

Kajian 2007 melaporkan bahawa orang dewasa yang memakai stokin normal atau panas akan tidur lebih cepat.

Ini kerana suhu badan teras seseorang jatuh pada waktu malam. Ia mencapai suhu terendah pada sekitar 4 pagi. Suhu purata adalah 98.6 darjah Fahrenheit, tetapi ini berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.

Tidur dan suhu badan

Suhu badan teras seseorang terjejas disebabkan jam biologi yang juga dikenali sebagai ritma sirkadian (circadian rhythm). Ritma sirkadian mengawal masa tidur, membuatkan seseorang berasa mengantuk pada waktu malam dan terjaga pada waktu pagi.

Suhu badan secara beransur-ansur meningkat pada siang hari, memuncak pada waktu petang ketika orang merasa terjaga dan berwaspada. Kemudiannya menurun pada waktu malam, menyebabkan seseorang berasa mengantuk.

Apabila seseorang mula tidur, suhu badan akan berkurangan sebanyak 1 hingga 2 darjah. Ini mungkin kerana badan memelihara tenaga untuk fungsi lain.

Jika seseorang tidur dengan memakai stokin, ini boleh membantu kitaran suhu tubuh mereka. Kitaran suhu badan yang baik adalah antara 60 dan 67 ° F.

Manfaat lain tidur memakai stokin

Selain membantu mengekalkan suhu badan, memakai stokin pada waktu malam juga mempunyai faedah tambahan:

  • Mencegah rasa panas: Sesetengah wanita memakai stokin untuk menyejukkan suhu badan teras mereka.
  • Merawat tumit retak: Memakai stokin selepas menyapu pelembap membantu menjaga tumit daripada kering.
  • Meningkatkan potensi orgasma: Menurut BBC, para penyelidik secara tidak sengaja mendapati bahawa memakai stokin meningkatkan keupayaan mencapai orgasma sebanyak 30 peratus.
  • Mengurangkan peluang serangan Raynaud: Penyakit Raynaud adalah apabila bahagian-bahagian kulit yang terjejas, biasanya kaki dan jari, kehilangan sirkulasi dan mula berdenyut atau membengkak. Memakai stokin pada waktu malam dapat membantu mencegah serangan dengan menjaga kaki hangat dan peredaran darah.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, rawatan atau diagnosis.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Is sleeping with socks on good for you? https://www.medicalnewstoday.com/articles/321125.php Accessed on Sept 14, 2018.

The Case for Sleeping with Socks On https://www.healthline.com/health/sleeping-with-socks-on Accessed on Sept 14, 2018.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Farah Aziz Disemak pada 29/11/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x