Permainan ini juga secara tidak langsung melatih koordinasi mata dan tangan kanak-kanak sewaktu ia dimainkan.
Permainan kanak kanak zaman dulu 7: Bermain layang-layang
Permainan layang-layang agak sukar untuk dimainkan di kawasan bandar atau taman perumahan.
Namun, ibu bapa boleh mengajak anak ke taman permainan atau di tepi pantai untuk sesekali bermain layang-layang bersama-sama.
Jika anak anda membuat layang-layang mereka sendiri, ia secara tidak langsung melatih anak anda kemahiran memilih bahan yang betul untuk membuat layang-layang.
Selain itu, ia juga memupuk minat anak anda terhadap ilmu sains kerana ia akan mengajar si kecil mengenai pergerakan angin dan juga tarikan graviti agar layang-layang dapat terbang tinggi dan tidak mudah jatuh.
Permainan kanak-kanak zaman dahulu 8: Lompat getah atau zero point
Ada yang menyebutnya sebagai zero point dan ada juga yang memanggilnya lompat getah. Ia boleh dimainkan dengan menggunakan rantaian getah yang dibuat sendiri atau menggunakan tali skipping.
Permainan ini memberikan kebaikan yang lebih kurang sama dengan permainan teng-teng.
Ini kerana ia melatih anak untuk melompat setempat dan memberi fokus agar tidak terkena tali yang dihayunkan.
Ia membina kekuatan fizikal dan juga kemahiran motor halus yang sangat baik untuk perkembangan kanak-kanak.
Permainan kanak kanak zaman dulu 9: Baling selipar

Permainan ini juga boleh dikatakan agak seronok kerana ia akan melibatkan aktiviti kejar-mengejar antara ahli dua kumpulan.
Ia menjadikan otak anak lebih kreatif kerana melatih si kecil untuk membuat strategi dan pelan bagi mengalahkan pihak lawan.
Disebabkan permainan ini banyak melibatkan aktiviti berlari, mengelak, mengacah dan juga melompat, ia membuatkan anak anda lebih gembira dan juga aktif sepanjang bermain.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen