Anda sedang menyusukan anak dan ada kalanya susu yang keluar sedikit disertai dengan rasa sakit? Haaaā¦mungkin saluran susu tersumbat. Bagaimana untuk mengatasinya?
Kenapa berlakunya saluran susu tersumbat?
Sekiranya anda menyusukan anak dan berasakan terdapat benjolan kecil dan lembut pada payudara, ia mungkin petanda bahawa saluran susu tersumbat.Ā
Apa yang dimaksudkan dengan puting tersumbat ini dan bagaimana ia boleh berlaku?
Kelenjar pada payudara yang menghasilkan susu terbahagi kepada beberapa segmen. Saluran susu adalah 1 aliran sempit dan kecil yang membawa susu ke bahagian puting daripada setiap segmen.
Masalah saluran yang tersumbat ini boleh berlaku apabila salah satu bahagian payudara tidak mengalirkan susu dengan betul semasa anda menyusukan anak.
Keadaan ini cenderung berlaku jika bayi anda mempunyai tongue-tie.
Malahan masalah puting tersumbat boleh wujud jika anda tidak memasukkan payudara dengan betul semasa penyusuan anak, ia melibatkan proses lekapan yang tepat.
Selain itu masalah saluran susu tersumbat juga boleh terjadi jika tisu pada payudara mengalami kerengsaan yang berpunca daripada pelbagai faktor.
Antaranya pemakaian bra yang terlalu ketat ataupun penggunaan tali pinggang keledar yang memberi tekanan berlebihan kepada payudara.Ā
Di samping itu, posisi tidurĀ tidak bersesuaian mengakibatkan anda memberikan bebanan yang lebih pada buah dada juga boleh menjadi penyebabnya.
Jadi, anda perlu memilih coli yang bersesuaian atau mengelakkan sebarang keadaan yang menyumbang kepada penyumbatan saluran susu.Ā
Jika tidak ia berisiko untuk mengakibatkan mastitis, iaitu jangkitan bakteria pada tisu buah dada.
Gejala dan simptom saluran susu tersumbat
Apabila puting tersumbat, bahagian sekitar payudara akan keras dan menyakitkan. Ada kemungkinan untuk timbul kemerahan dan rasa hangat serta lembut apabila disentuh.
Ketika melakukan proses penyusuan anak pada bahagian yang tersumbat, si manja mungkin akan merengek dan terganggu kerana susu yang diperolehi adalah lambat dan dalam jumlah yang sedikit.
Kebiasaannya simptom akan wujud secara perlahan-lahan dan berlaku pada sebelah payudara sahaja. Antaranya:
- Benjolan pada 1 bahagian payudara anda
- Pembengkakan pada sekitar benjolan
- Rasa sakit pada bahagian benjolan
- Ketidakselesaan menghilang selepas menyusukan anak atau mengepam susu
- Rasa sakit ketika berbaring
- Mengalami kelepuhan pada bukaan puting
- Benjolan terasa bergerak dari masa ke masa
Walau bagaimanapun, normal untuk berlakunya penyusutan dalam penghasilan susu badan ketika anda mengalami masalah puting tersumbat ini.
Jika anda memicit buah dada, mungkin anda akan dapat melihat tekstur susu pekat atau lemak susu yang berpintal atau berbiji-biji.
7 cara atasi saluran susu tersumbat
Proses penyusuan anak pasti akan terjejas jika masalah ini berlaku. Malahan tanpa rawatan, penyumbatan yang terjadi pada saluran susu boleh mengakibatkan jangkitan atau keadaan yang lebih kronik.
Jadi berikut adalah 7 langkah yang boleh anda cuba untuk melancarkan kembali aliran susu badan:
- Mengosongkan payudara
Semasa menyusukan bayi, beri mereka bahagian payudara yang bermasalah terlebih dahulu. Jika ia terlalu menyakitkan, mungkin anda boleh berikan bahagian yang tidak terkesan.
Pastikan si manja menghisap dan mengosongkan susu pada payudara ā caranya dengan tidak terlalu cepat menarik lekapan puting daripada mereka.Ā
Jika bayi anda mungkin tidak dapat mengosongkan susu dengan baik, anda boleh mengepam susu sehingga kosong.Ā
- Longgarkan bra
Masalah penyumbatan pada saluran susu boleh disebabkan oleh tekanan luaran seperti pakaian atau coli yang ketat.
Jadi pastikan buah dada anda tidak terpenyek di sebalik bra yang dipakai. Mungkin buat sementara ini elakkan daripada memakai bra berdawai (underwire bra).
- Menukar posisi
Mungkin teknik lekapan dan penyusuan terganggu disebabkan posisi yang tidak selesa kepada si kecil.
Menukar posisi penyusuan pastinya antara cara yang dapat membantu anda mengatasi masalah ini serta membolehkan setiap saluran susu dirangsang secara seimbang.
- Mampatan panas
Untuk mengurangkan masalah saluran susu tersumbat, anda boleh cuba meletakkan kain yang direndam dengan air panas ke atas payudara yang terjejas. Amalkan cara ini sebelum proses menyusu dilakukan.
Taktik lain yang boleh dicuba adalah dengan mandi di bawah aliran air hangat dan membiarkan air terkena pada bahagian yang bermasalah.
- Urutan
Mengurut payudara dengan saluran tersumbat sebelum dan semasa menyusu dapat membantu melancarkan aliran susu.
Anda juga boleh lakukan gerakan memusing (putaran) pada benjolan di payudara.
- Bantuan si manja
Bergantung kepada tempat benjolan tersebut, anda turut boleh mengharapkan āurutanā daripada dagu bayi ketika menyusu bagi mengurut dan mengurangkan benjolan itu.
- Pemeriksaan doktor
Sekiranya benjolan semakin membesar dan berlanjutan beberapa hari sehingga menimbulkan ketidakselesaan, pertimbangkan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor.
Penyusuan seperti biasa
Jika anda terfikir untuk menghentikan sementara proses penyusuan anak disebabkan saluran puting susu tersumbat, ia bukanlah 1 idea yang baik.
Ini kerana walau apa pun, anda masih perlu untuk menyelesaikan masalah saluran tersumbat itu dan menyusu adalah 1 cara yang dapat membantu.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]