home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Memilih Bra Sesuai

Memilih Bra Sesuai

Kebanyakan wanita sebenarnya tidak memberikan perhatian dalam memilih saiz bra sesuai dan bersesuaian dengan mereka, dan ini boleh mendatangkan kesan buruk seperti gangguan terhadap pertumbuhan dan keanjalan payudara. Artikel di bawah akan membimbing anda bagaimana memilih coli yang betul.

Selesa dan sesuai

Sebelum mengukur saiz payudara anda, anda perlu memakai bra yang anda rasa paling selesa. Ia perlulah sesuai dengan anda, tidak terlalu ketat di bahagian sisi anda dan tidak mempunyai span. Jika puting anda lebih rendah daripada separuh kedudukan antara siku dan bahu anda, ketatkan tali bra untuk meninggikan kedudukannya. Sebagai alternatif, anda boleh mengukur saiz payudara tanpa memakai bra, ia bergantung kepada keselesaan anda.

Ukur saiz

Balut pita pengukur di sekeliling badan anda, pastikan pita lurus di bahagian belakang badan anda. Kemudian ukur pada titik paling lengkap, yang membawa ke bahagian puting payudara anda. Perhatikan pita pengukur. Sentiasa ingat saiz ukuran berkemungkinan untuk berubah, yang dipengaruhi oleh faktor bengkak atau hormon. Sebaiknya, ukur payudara anda pada waktu siang. Dan kebiasaannya, wanita mempunyai sebelah payudara yang lebih besar berbanding yang sebelah lagi. Jadi pastikan anda mengukur dengan betul.

Saiz berubah

Badan anda akan berubah mengikut peredaran masa. Ini pengaruhi kenaikan berat badan, melahirkan anak atau sebagainya, jadi akan menyebabkan payudara anda berubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, jika anda merasakan bra anda tidak sesuai atau ketat, anda perlu mengukur sekali lagi. Memakai bra yang tidak memegang payudara anda dengan sebaiknya boleh menjejaskan pertumbuhan dan keanjalan payudara.

Aktiviti sukan

Ramai wanita memakai bra biasa ketika bersenam di gym, atau aktiviti yang melibatkan pengerakan fizikal secara aktif, dan ini sebenarnya boleh menganggu payudara anda dan menyebabkan ketidakselesaan dalam pengerakan. Sebagai contoh, jika anda berlari, dan anda memakai bra biasa, pergerakan yang insentif boleh membuatkan ligamen yang menyokong payudara anda pecah. Selain itu, jika payudara anda melantun terlalu banyak dan bra biasa anda tidak dapat menyokongnya, ia akan menjadikan payudara sakit dan tidak selesa.

Faktor di atas sekaligus boleh menghalang keinginan anda daripada menyertai aktiviti fizikal, atau mengurangkan semangat anda setiap kali anda berjalan ke gym. Jadi ketika memilih untuk membeli bra sukan (sport bra), periksa paras impak atau intensiti bra. Jika anda pergi mendaki atau sekadar melakukan yoga, bra impak-rendah (low-impact bra), sudah cukup sesuai. Namun jika anda ingin berlari atau berjogging, pastikan anda memilih bra impak-tinggi (high-impact bra).

Jika anda menghadapi kesukaran untuk mengukur saiz payudara anda, atau anda tidak pasti sama ada anda mengukurnya dengan betul atau tidak, dan mungkin anda hanya mahukan pendapat kedua, anda boleh mendapatkan bantuan dari profesional. Oleh itu jangan teragak-agak untuk meminta bantuan untuk mencari saiz bra yang sesuai dengan payudara anda.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak pada 22/11/2018
x