Sepanjang tempoh haid, anda mungkin dapat merasakan beberapa benjolan di payudara anda kerana peningkatan hormon membolehkan sista (cyst) sedia ada untuk terisi dengan cecair. Benjolan akibat haid ini sememangnya normal dan akan hilang selepas tempoh haid anda berakhir. Walau bagaimanapun, pastikan anda merujuk dengan doktor anda jika anda bimbang mengenainya, sebagai langkah selamat.
Kesakitan payudara boleh terhasil dari banyak perkara, daripada ketidakseimbangan hormon, coli yang tidak sesuai, hinggalah ke penggunaan kafein yang berlebihan dan trauma ke dada. Malah, menggalas beg yang berat juga boleh merosakkan payudara anda. Kesakitan jenis ini mungkin akan kekal untuk masa yang lama, kadang-kadang terlalu lama untuk anda mengenali semula apa puncanya. Dalam sesetengah kes, kesakitan payudara mungkin disebabkan oleh kekurangan zat besi, menyebabkan disfungsi tiroid. Satu kajian melaporkan bahawa wanita mengalami kelegaan daripada kesakitan payudara ketika mereka diberikan 6 mg suplemen iodin yang membantu fungsi tiroid.
Sekiranya anda dilahirkan dengan keadaan puting ke dalam, anda tidak perlu risau. Keadaan ini perlu diberi perhatian jika ia berlaku kepada anda baru-baru ini, kerana ia mungkin tanda amaran terhadap kanser payudara. Jika puting anda kelihatan ditarik, pastikan bentuknya tidak disebabkan oleh coli anda, kemudian dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.
Anda mungkin berminat untuk membaca artikel:
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen