backup og meta

Ini Posisi Tidur Terbaik Selepas Bayi Menyusu, Elak Muntah Susu & SIDS!

Ini Posisi Tidur Terbaik Selepas Bayi Menyusu, Elak Muntah Susu & SIDS!

Selepas menyusu, si kecil biasanya akan mengantuk. Tetapi apakah posisi tidur bayi selepas menyusu yang paling terbaik, ya?

Dalam perkongsian artikel ini, anda akan mengetahui jawapannya. Jadi teruskan membaca, semoga bermanfaat.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Posisi tidur bayi selepas menyusu

Tidak kira sama ada bayi menyusu badan atau botol, terdapat kemungkinan yang tinggi untuk si kecil tertidur selepas sesi penyusuan.

Walau bagaimanapun, untuk memastikan bayi mendapat tidur lena, anda harus mengetahui kedudukan tidur yang terbaik buat mereka.

1. Tidur telentang

Umumnya terdapat pelbagai cara untuk menidurkan si kecil, tetapi antara posisi tidur bayi yang betul dan paling disarankan adalah secara telentang. 

Posisi tidur ini juga dipercayai paling selamat berbanding kedudukan lain kerana ia mempunyai risiko sesak nafas yang minimum semasa bayi sedang tidur.

Cara tidur ini menggalakkan si kecil untuk bernafas dalam-dalam, berehat dan tidur untuk tempoh lebih lama – sekali gus dianggap sebagai posisi tidur terbaik selepas menyusu.

posisi tidur bayi selepas menyusu

Pakar pediatrik mengesyorkan kedudukan ini kerana ia membolehkan pernafasan yang lebih baik dan mengurangkan risiko kematian bayi mengejut (SIDS).

Bahkan bayi yang tidur dalam posisi telentang ini juga akan kurang kecenderungan untuk muntah susu atau terjeluak.

2. Mengiring, posisi tidur bayi selepas menyusu harus dielakkan

Ini bukanlah kedudukan yang baik untuk bayi tidur. Ini kerana dalam posisi mengiring, terdapat kemungkinan untuk bayi bergolek dan akhirnya tidur meniarap, sekali gus membawa kepada risiko masalah pernafasan.

Dalam sesetengah kes jarang berlaku, ada ibu yang mungkin akan menidurkan bayi dalam keadaan mengiring. Tetapi pastikan anda menukar posisi mengiringnya dengan kerap.

Posisi tidur bayi selepas menyusu harus dielakkan #3. Meniarap

Tidur meniarap adalah posisi yang paling perlu dielakkan. Ia bukan sahaja menyebabkan bayi tidak selesa selepas menyusu, bahkan dianggap sebagai cara tidur berbahaya terutamanya untuk bayi baru lahir.

Ia boleh menyebabkan kesukaran bernafas, yang membawa kepada keadaan tercekik. Apabila bayi tidur meniarap, hidungnya akan berada sangat dekat dengan tilam dan mereka mungkin akan terhidu mikrob yang tidak baik untuk kesihatan.

Paling penting, gaya tidur ini adalah punca utama SIDS.

posisi tidur bayi selepas menyusu

Petua mencegah risiko SIDS

SIDS merupakan punca kematian paling kerap bagi bayi berusia antara sebulan hingga setahun.

Dalam kebanyakan kes, posisi tidur yang salah menjadi punca SIDS – di mana bayi tidak boleh bernafas kerana sesak nafas.

Atas sebab ini, sebarang posisi tidur selain telentang perlu dielakkan untuk bayi, terutamanya selepas menyusu.

Selain itu, beberapa faktor lain yang mungkin meningkatkan risiko sindrom kematian bayi mengejut seperti:

  • Jantina. Bayi lelaki dikatakan lebih cenderung untuk mati akibat SIDS
  • Umur. Bayi paling terdedah untuk SIDS antara bulan kedua dan keempat kehidupan
  • Bangsa. Walaupun masih tidak jelas sebabnya, tetapi bayi selain kulit putih lebih cenderung mengalami SIDS
  • Sejarah keluarga. Bayi dengan adik-beradik atau sepupu yang meninggal dunia akibat SIDS lebih berisiko tinggi
  • Perokok pasif. Bayi tinggal bersama perokok mempunyai risiko SIDS yang lebih tinggi
  • Bayi pramatang. Faktor dilahirkan awal dan mempunyai berat lahir rendah, meningkatkan kecenderungan bayi untuk SIDS

Berikut beberapa tip meminimumkan risiko SIDS:

  • Jangan simpan selimut dan mainan di dalam katil bayi
  • Jangan berkongsi katil yang sama dengan bayi semasa tidur –  tetapi berkongsi bilik 
  • Jangan biarkan bayi tidur di atas tilam, sofa, katil air, bantal atau bulu kambing, sama ada dengan atau tanpa pengawasan ibu bapa
  • Persekitaran terlalu panas. Terlalu hangat ketika tidur boleh meningkatkan risiko bayi mengalami SIDS

Baca juga:

Mengapa menelentang posisi tidur bayi selepas menyusu yang terbaik?

Tidur telentang adalah cara paling baik untuk bayi tidur kerana ia membantu menyokong lengkung semula jadi tulang belakangnya dan mengurangkan risiko SIDS.

Namun jika bayi telentang untuk masa yang lama, ia mungkin membawa kepada ‘positional plagiocephaly‘ – isu kepala leper atau salah bentuk dan ‘brachycephaly‘ – kepala rata.

Tetapi jangan risau! Ia adalah sementara dan akan hilang dengan sendiri. Bentuknya akan menjadi normal apabila mereka berumur setahun dan jarang memerlukan sebarang rawatan.

Beberapa perkara boleh dilakukan untuk mengelakkan hal ini, seperti:

posisi tidur bayi selepas menyusu

Akhir kata

Kini anda mengetahui posisi tidur bayi selepas menyusu yang paling sesuai untuk si kecil. Sekiranya bayi gemar mengiring atau meniarap, disarankan untuk anda mengubahnya perlahan-lahan tanpa mengganggu tidur mereka.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kebimbangan, berundinglah dengan doktor pakar kanak-kanak bagi mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Elser H. E. (2012). Positioning after feedings: what is the evidence to reduce feeding intolerances?. Advances in neonatal care : official journal of the National Association of Neonatal Nurses, 12(3), 172–175. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22668689/, Accessed on Nov 6, 2022 
  2. Why do newborn sleeping positions matter? https://flo.health/being-a-mom/your-baby/baby-sleep/why-do-newborn-sleeping-positions-matter, Accessed on Nov 6, 2022 
  3. Baby & newborn sleep routines: a guide. https://raisingchildren.net.au/newborns/sleep/settling-routines/newborn-sleep-routines, Accessed on Nov 6, 2022
  4. Sudden infant death syndrome (SIDS). https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/sudden-infant-death-syndrome/symptoms-causes/syc-20352800#, Accessed on Nov 6, 2022
  5. Helping your baby to sleep. https://www.nhs.uk/conditions/baby/caring-for-a-newborn/helping-your-baby-to-sleep/, Accessed on Nov 6, 2022 

Versi Terbaru

07/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bayi Tersenyum Masa Tidur, Adakah Sebab Mimpi Indah? Ibu Ayah Kena Tahu Ini

Tidur Meniarap, Telentang Atau Mengiring? Ini Posisi Tidur Bayi Yang Betul!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 07/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan