Semasa kelahiran secara vakum, doktor akan menggunakan alat vakum untuk membantu bawa bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong ke belakang?
Semasa kelahiran secara vakum, doktor akan menggunakan alat vakum untuk membantu bawa bayi keluar daripada saluran kelahiran. Namun benarkah ia punca kepala bayi lonjong ke belakang?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Alat peranti vakum yang dikenali sebagai pengekstrak vakum, menggunakan cawan lembut yang dilekatkan pada kepala bayi dengan penyedut.
Seperti prosedur bersalin lain, pastinya wujud risiko yang berkaitan dengan kelahiran secara vakum.
Malahan, kaedah bersalin normal juga boleh mengakibatkan komplikasi pada ibu dan bayi.
Umumnya, penggunaan alat bantuan kelahiran pengekstrak vakum ini adalah bagi mengelakkan kelahiran caesarean atau mencegah tekanan pada janin.
Jangan panik. Keadaan tersebut TIDAK akan menjadi bentuk kepala bayi anda selama-lamanya.
Semasa dilahirkan, semua si manja yang baru lahir mempunyai bentuk kepala bayi tidak normal dan berubah-ubah.
Namun, anda harus menjangkakan bayi yang lahir secara normal melalui saluran faraj akan mumpunyai bentuk kepala lonjong atau disebut sebagai cone shape.
Hakikatnya, situasi itu adalah perkara biasa. Tubuh manusia adalah ciptaan yang menakjubkan!
Pada tengkorak bayi terdapat dua titik lembut serta mudah lentur.
Untuk membantu kepala bayi masuk ke saluran kelahiran yang ketat dan sempit, bahagian itu akan bertindih dan dimampatkan – dikenali sebagai head molding.

Selalunya, isu kepala bayi lonjong ke belakang ini jarang berlaku pada kelahiran melalui proses pembedahan C-Sec.
Walau bagaimanapun, tidak kira sama ada anda bersalin secara kelahiran faraj atau caesarean, jika bayi turun ke pelvis untuk tempoh yang lama, maka kemungkinan untuk wujud kepala bayi melonjong adalah lebih ketara.
Merupakan keadaan kulit kepala yang biasa terjadi kesan daripada kelahiran secara vakum.
Bahkan, selepas kelahiran faraj normal, ia bukanlah perkara pelik untuk melihat bengkak pada bahagian kecil kulit kepala si manja.
Seperti yang dijelaskan awal tadi, semasa bersalin, serviks dan saluran kelahiran akan memberikan banyak tekanan pada bahagian kepala bayi yang akan bergerak memasuki saluran tersebut terlebih dahulu.
Ini mengakibatkan pembengkakan yang dapat membuat kepala bayi lonjong.
Pembengkakan mungkin berlaku pada sebelah bahagian kepala bayi jika kepalanya condong ke satu sisi semasa kelahiran.
Pembengkakan ini biasanya hilang dalam 1 hingga 2 hari selepas melahirkan.
Pengekstrak vakum asalnya mempunyai cawan logam, sekali gus meningkatkan risiko untuk bayi mengalami pembengkakan pada kepala yang berbentuk seakan kon – dikenali sebagai chignon.
Adakalanya, tempat bekas cawan logam yang diletakkan pada kepala bayi menyebabkan sedikit perubahan warna kulit serta lebam.

Namun pada hari ini, kebanyakan pengekstrak vakum menggunakan cawan sedutan plastik atau Silastik.
Penggunaan cawan tersebut tidak akan menyebabkan pembentukan kepala bayi lonjong chignon dan kurang mengakibatkan pembengkakan.
Selalunya tengkorak bayi yang mudah lentur itu akan kembali ke tahap perkembangan dalam tempoh 48 jam.
Ini bermaksud, kepala bayi melonjong akan berubah dan kelihatan bulat dalam tempoh 2 hari. Pun begitu, adakalanya ia mungkin memakan masa beberapa minggu.
Tetapi ibu ayah usah bimbang, keadaan kepala yang lonjong itu tidak akan kekal lama.
Walau bagaimanapun, sekiranya keadaan itu berlanjutan selepas beberapa minggu atau anda mempunyai kebimbangan, berbincanglah dengan pakar pediatrik.
Ada ke cara mengembalikan kepala bayi yang lonjong?
Biasanya, keadaan kepala bayi anda akan kembali kepada bentuk bulat yang comel dalam tempoh masa antara 2 hari dan beberapa minggu selepas dilahirkan.
Namun, terdapat beberapa perkara yang boleh mempengaruhi bentuk kepala si manja. Antaranya:
Jika kepala bayi berada dalam keadaan lonjong untuk tempoh yang lebih lama, mesti anda ingin tahu cara mengurangkannya, betul tak? Ada beberapa cara mengembalikan kepala bayi yang lonjong boleh dicuba.

Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
07/05/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa