backup og meta

Mata Bayi Asyik Meliar? Ini Cara Mak Ayah Nak Tahu Perkembangan Penglihatan Si Manja

Mata Bayi Asyik Meliar? Ini Cara Mak Ayah Nak Tahu Perkembangan Penglihatan Si Manja

Dalam tahun pertama kehidupan, tahap penglihatan bayi berkembang dengan cepat. Namun perkembangan bayi ini berbeza daripada apa yang dilihat oleh ibu bapa.

Melalui perkongsian artikel ini, Hello Doktor akan membantu anda untuk memahami tahap penglihatan bayi baru lahir dan mengenal pasti masalah berkaitan penglihatan si manja.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Apa yang bayi nampak?

Semasa dilahirkan, bayi tidak dapat melihat seperti kanak-kanak atau individu dewasa yang lebih tua.

Keadaan ini disebabkan mata dan sistem visual mereka tidak berkembang sepenuhnya lagi.

Pun begitu, terdapat peningkatan yang ketara berlaku dalam beberapa bulan pertama kehidupan melibatkan perkembangan bayi. 

Berikut adalah antara beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam aspek tumbesaran penglihatan bayi.

Seperkara penting perlu ibu bapa ingat adalah setiap anak mempunyai proses tumbesaran berbeza.

Perkembangan bayi: 0 hingga 4 bulan 

tahap penglihatan bayi

Selepas dilahirkan, tahap penglihatan bayi dipenuhi dengan pelbagai rangsangan visual. 

Secara kasarnya anda melihat bayi seakan menyasarkan fokus pandangannya kepada satu arah.

Tetapi hakikatnya mereka belum mengembangkan kemampuan untuk membezakan antara 2 sasaran atau mengalihkan pandangan di antara 2 imej gambar. 

Umumnya, fokus utama mereka adalah pada objek pada jarak 8 hingga 10 inci daripada wajah mereka atau jarak ke wajah ibu bapa. 

Pada bulan-bulan pertama kehidupan, mata mula bekerjasama dan penglihatan bayi akan bertambah baik. 

Koordinasi mata mula berkembang ketika si manja mula mengesan objek yang bergerak.

Menjelang minggu ke-8 selepas dilahirkan, bayi akan lebih mudah memusatkan fokus mereka pada wajah ibu bapa atau individu lain yang berdekatan dengannya. 

Bagi 2 bulan pertama perkembangan bayi, mata mereka tidak terkoordinasi dengan baik dan mungkin tampak meliar pandangannya. 

Tiada apa yang perlu ibu bapa bimbangkan, ia perkara normal.

Namun, andainya pandangan meliar itu berterusan, pemeriksaan perlu dilakukan. 

Pada sekitar usia 3 bulan, mata bayi sudah boleh mula untuk mengikuti pergerakan objek dan mencari barang. 

Baca juga:

Perkembangan bayi: 5 hingga 8 bulan 

Dalam tempoh ini, kawalan pergerakan mata dan kemahiran koordinasi mata-tubuh terus bertambah baik. 

Persepsi kedalaman – kemampuan untuk menilai apakah objek berada dekat atau jauh – tidak wujud semasa bayi dilahirkan. 

Ia hanya berlaku dalam perkembangan penglihatan bayi pada sekitar bulan ke-5 kehidupan si manja apabila mata mampu bekerjasama untuk membentuk pandangan 3 dimensi dunia.

Penglihatan warna bayi tidak begitu sensitif seperti individu dewasa. 

Pun begitu, dipercayai bahawa bayi mempunyai penglihatan warna yang baik pada usia 5 bulan.

Kebanyakan bayi akan mula merangkak apabila usia mereka mencecah sekitar 8 bulan. 

Proses merangkak ini akan membantu mengembangkan koordinasi mata-tangan-kaki-tubuh.

Namun, jika si manja kurang merangkak, mereka dikatakan tidak dapat belajar menggunakan mata mereka seperti bayi yang banyak merangkak. 

Jadi  ibu ayah perlu menggalakkan anak untuk banyak merangkak, okay?

Tahap penglihatan bayi: 9 hingga 12 bulan

tahap penglihatan bayi

Apabila bayi berusia 9 bulan, mereka akan mula menarik diri untuk berubah kepada posisi berdiri

Mencapai usia 10 bulan, bayi biasanya sudah mampu untuk mencengkam objek menggunakan ibu jari dan jari telunjuk.

Si manja sudah mencecah usia 12 bulan? Kebanyakan bayi pada usia ini sudah mahir merangkak dan mula untuk berjalan.

Sebagai ibu bapa, anda tidak digalakkan untuk melangkau proses merangkak bayi. 

Ini kerana ia penting untuk membantu si manja mengembangkan koordinasi mata-tangan yang lebih baik. 

Dalam aspek perkembangan penglihatan bayi pula, mereka kini sudah dapat menilai jarak sesuatu objek dengan cukup baik dan berupaya membaling barang secara tepat.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Tahap penglihatan bayi: 1 hingga 2 tahun

Menjengah usia 2 tahun, koordinasi mata-tangan dan persepsi kedalaman mata anak harus berkembang dengan baik. 

Si manja pada usia ini sangat berminat untuk meneroka persekitaran, melihat dan mendengar.

Mereka umumnya sudah mampu mengenali objek yang biasa dilihat serta gambar di dalam buku.

Anak anda juga mempunyai kemahiran untuk menconteng menggunakan krayon atau pensil warna. 

Mengenali tanda masalah pada penglihatan bayi

tahap penglihatan bayi

Kewujudan masalah mata dan tahap penglihatan bayi jarang berlaku.

Kebanyakan bayi dapat memulakan kehidupan dengan mata sihat dan mula mengembangkan kemampuan visual yang diperlukan sepanjang hidup tanpa sebarang masalah.

Namun, dalam sesetengah kes, bayi mungkin berisiko untuk mengalami masalah mata dan penglihatan.

Berikut antara tanda yang perlu dikenal pasti oleh ibu bapa sebagai petunjuk kepada masalah mata dan penglihatan bayi:

  • Tangisan berlebihan mungkin petunjuk kepada saluran air mata tersumbat
  • Kelopak mata berwarna merah atau tertutup boleh menjadi tanda jangkitan mata
  • Pergerakan mata yang berterusan mungkin isyarat kepada masalah pada kawalan otot mata
  • Kepekaan terlalu tinggi terhadap cahaya mungkin menunjukkan peningkatan tekanan pada mata
  • Kemunculan lapisan putih pada anak mata mungkin petanda masalah barah mata

Kewujudan mana-mana gejala di atas perlu diberikan perhatian serta pemeriksaan segera oleh pakar optometri.

Pantau penglihatan anak anda


Sebagai salah satu daripada 5 deria, tahap penglihatan bayi penting dalam membantu mereka menavigasi dan mengetahui lebih banyak mengenai dunia baharu mereka.

Jangan lupa untuk melakukan rutin pemeriksaan mata anak bagi memastikan tahap kesihatan penglihatan adalah terbaik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Infant Vision Birth to One Year. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/health-wellness-and-safety-resources/helping-hands/infant-vision-birth-to-one-year. Accessed on December 12, 2022.
  2. Infant Vision Development: What Can Babies See? https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/Babys-Vision-Development.aspx. Accessed on December 12, 2022.
  3. Vision Development: Newborn to 12 Months. https://www.aao.org/eye-health/tips-prevention/baby-vision-development-first-year. Accessed on December 12, 2022.
  4. What can my baby see? https://babyschool.yale.edu/what-can-my-baby-see/. Accessed on December 12, 2022.
  5. Your Newborn’s Hearing, Vision, and Other Senses. https://kidshealth.org/en/parents/sensenewborn.html. Accessed on December 12, 2022.

Versi Terbaru

17/01/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

AWAS Ibu, Jangan Benarkan Bayi Anda Tidur Dengan Bantal, Sampailah Usia Ini! Bahaya Boleh Terjadi

Nak Anak Cepat Pandai, Buat 10 Aktiviti Yang Mampu Merangsang Otak Bayi Anda Seperti Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 17/01/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan