Definisi Kanser Mata
Kanser yang berlaku pada tisu mata dipanggil kanser mata. Kanser ini boleh merebak kepada bahagian tubuh yang lain seperti paru-paru atau payudara. Terdapat beberapa kanser yang sering menyebabkan kanser mata:
- Melanoma, jenis yang paling kerap berlaku
- Karsinoma sel skuamus
- Limpoma
- Retinoblastoma, kanser yang kebiasaannya berlaku sewaktu kanak-kanak
Apakah kebarangkalian Kanser Mata?
Kanser ini sangat jarang berlaku dan terjadi kepada lelaki dan perempuan dengan nisbah yang sama. Bagaimanapun, jenis seperti melanoma dan karsinoma sel skuamus lebih kerap berlaku dalam kalangan lelaki. Keadaan ini dapat ditangani dengan mengurangkan faktor risikonya. Hubungi doktor anda untuk maklumat lanjut.
Simptom-simptom Kanser Mata
Apakah simptom-simptomnya?
Simptom kanser mata yang kerap berlaku ialah:
- Kehilangan sebahagian atau keseluruhan penglihatan
- Penglihatan kabur
- Melihat kilatan cahaya, bayang-bayang, bintik-binti atau garisan beralun
- Bintik hitam dalam mata
- Mata atau kelopak mata yang bengkak
Terdapat tanda atau simptom yang tidak tersenarai di atas. Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang sebarang simptom, sila hubungi doktor anda.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau simptom yang dinyatakan, sila hubungi doktor anda. Tubuh badan setiap orang memberi tindak balas secara berbeza. Adalah lebih baik untuk berbincang dengan doktor anda tentang rawatan terbaik mengenai situasi anda.
Punca Kanser Mata
Apakah Puncanya?
Punca sebenar kanser ini tidak diketahui, saintis masih mengkaji bagaimana perubahan DNA dalam sel mata boleh menyebabkan sel menjadi kanser. Bagaimanapun, kanser mata didapati berkait dengan ciri-ciri atau keadaan kesihatan tertentu, seperti:
- Warna mata yang lebih cerah seperti hijau, biru atau kelabu: mata yang lebih cerah memiliki pigmen yang kurang untuk melindungi mereka daripada cahaya ultraviolet yang berbahaya
- Kulit putih lebih sensitif kepada cahaya matahari dan boleh membawa kepada kanser lain yang boleh merebak kepada mata
- Kanser tahi lalat
- Terdedah kepada matahari
- Keadaan yang diwarisi: perubahan DNA boleh membawa kepada kanser mata.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada Kanser Mata?
Terdapat banyak faktor risiko kanser mata, seperti:
- Usia: kanser ini boleh berlaku kepada sesiapa pun, tetapi risiko kanser mata meningkat dengan peningkatan usia. Purata usia pesakit kanser mata ialah 55 tahun. Ia jarang berlaku kepada kanak-kanak.
- Jantina: bilangan lelaki yang menghidap kanser mata adalah lebih berbanding perempuan tetapi tidak jauh beza nisbahnya.
- Bangsa: Orang kulit putih lebih berisiko menghidap kanser mata berbanding orang kulit hitam atau orang Asia
- Faktor yang diwarisi: Walaupun ini jarang berlaku, melanoma boleh diwarisi dalam ahli keluarga
- Keadaan kesihatan lain: Orang yang mempunyai keadaan mata tertentu seperti oculodermal melanocytosis (pigmentasi mata), nevi (bintik atau tahi lalat dalam mata) atau sindrom Dysplastic nevus lebih berisiko mendapat kanser mata.
- Keadaan tertentu: Mereka yang mempunyai banyak tahi lalat yang abnormal pada kulit atau bintik seperti tahi lalat dalam mata lebih berisiko mendapat melanoma mata
- Faktor lain seperti pendedahan kepada cahaya matahari atau bahan kimia boleh meningkatkan risiko melanoma.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen