home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

3 Fakta tentang Penyusuan Badan

3 Fakta tentang Penyusuan Badan

ibuPenyusuan badan adalah antara tabiat manusia yang paling semula jadi dan intim. Tetapi ini tidak bermakna penyusuan badan mudah untuk para ibu baru dan bayi yang baru lahir. Tetapi walau bagaimana sukar pun ia pada permulaannya, dengan kesabaran, latihan, dan ketekunan, anda dan bayi anda akan dapat menjayakannya. Mari ketahui cara penyusuan badan yang betul dan juga manfaatnya.

Cara penyusuan badan yang betul: Pegang bayi dengan betul

cara penyusuan badan yang betul

Terdapat pelbagai cara penyusuan badan yang betul. Yang penting adalah untuk mencari kedudukan yang paling selesa bagi anda berdua. Anda boleh menggunakan bantal dan selimut untuk membantu bayi anda berasa lebih selesa.

Untuk ibu baru, cara penyusuan badan yang betul adalah sangat penting kerana kesilapan boleh menyebabkan masalah pencernaan yang serius.

Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menyusukan bayi anda, tanya doktor anda untuk mendapatkan bantuan. Nasihat daripada para ibu yang berpengalaman juga dapat membantu.

Kolostrum dan susu ibu: pintu pertama bayi

cara penyusuan badan yang betul

Kolostrum adalah susu pertama yang badan anda hasilkan. Ia mungkin kelihatan sedikit kuning kerana kepekatan karoten (vitamin A) yang tinggi. Kolostrum adalah rendah lemak dan tinggi protein, sesuai untuk perut bayi anda yang lemah.

Ini adalah cara si ibu membekalkan bayinya dengan protein, vitamin dan mineral serta antibodi pertama yang penting. Kandungan kolostrum ini akan melindungi bayi anda daripada bakteria, virus, dan penyakit dengan cara merangsang sistem imunnya.

Beberapa hari selepas kelahiran anak anda, payudara anda akan mula menghasilkan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Berbanding kolostrum, susu jenis ini adalah lebih ringan, lebih putih, dan lebih tinggi kalori.

Apabila anda menyusukan bayi anda, anda menggalakkan payudara anda untuk menghasilkan lebih banyak susu. Selepas beberapa hari, payudara anda akan menghasilkan susu yang tinggi lemak yang membantu bayi anda berasa kenyang dan memperoleh berat badan yang ideal.

Bagaimana untuk mengetahui bila bayi saya perlu makan?

cara penyusuan badan yang betul

Bayi biasanya perlu diberi susu ibu 12 kali dalam tempoh 24 jam. Sesetengahnya mungkin memerlukan 3 rehat jam antara penyusuan. Setelah cukup susu ibu, bayi anda akan tidur sehingga 4 jam sebelum berasa lapar lagi.

Bayi anda akan menunjukkan beberapa isyarat untuk memaklumkan anda bahawa dia sedang lapar dengan cara memperbanyakkan pergerakan seperti renggangan, memandang sekitar atau menggerakkan tangannya ke arah mulut.

Sesetengah bayi mungkin menghisap jari mereka atau menjilat bibir mereka. Tanpa perlu disebut, isyarat yang paling jelas adalah dengan membuka mulutnya, mencari puting ibu, dan mula menangis.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Breastfeeding vs. Formula Feeding. https://kidshealth.org/en/parents/breast-bottle-feeding.html
  2. Breastfeeding. https://www.nhs.uk/start4life/baby/breastfeeding/
  3. Breastfeeding. https://www.cdc.gov/breastfeeding/index.htm
  4. Breastfeeding. https://www.who.int/health-topics/breastfeeding#tab=tab_1
  5. Breastfeeding. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/breastfeeding/Pages/default.aspx

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Helma Hassan Disemak pada 19/08/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x