What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Ibu Ini Kongsi 5 Tip Latih Anak Tidur Bilik Sendiri Lepas Bercerai Susu!

Ibu Ini Kongsi 5 Tip Latih Anak Tidur Bilik Sendiri Lepas Bercerai Susu!

“Susahnya nak latih anak tidur sendiri! Malam-malam asyik bangun je ketuk pintu minta masuk bilik!”

Pernah alami? Percayalah, anda tidak berseorangan!

Detik-detik yang dihabiskan bersama anak merupakan antara momen yang paling menggembirakan dalam hidup ibu bapa.

Ketika anak mula merangkak, berjalan, bercakap dan boleh melakukan aktiviti sendiri, sudah pasti insan yang paling gembira adalah ibu dan bapanya.

Kini, anak sudah semakin besar. Mereka juga perlukan ruang sendiri dan belajar untuk berdikari.

Jadi, sudah tiba masanya untuk ibu bapa berikan ruang yang sewajarnya kepada anak terutama dalam melatih mereka untuk tidur di bilik sendiri.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Walaupun sukar pada mulanya, namun percayalah, usaha yang berterusan boleh membantu parents ajar anak tidur sendiri.

Malah, tempat tidur ibu bapa juga adalah kawasan larangan. Tidak manis rasanya jika anak masih lagi tidur sekatil walaupun sudah besar panjang.

Kali ini, kami dari Hello Doktor akan berkongsi tip daripada Puan Nasyatul Husna Ramli dalam melatih anak tidur sendiri.

tidur sendiri
3 cahaya mata Nasyatul; Aisya Amani (7 tahun), Aisy Anaqi (5 tahun) dan Afiya Amani (4 bulan).

Menariknya, ibu anak 3 ini berjaya mengasingkan tempat tidur anak seawal usia mereka 2 tahun!

Pasti ramai parents di luar sana yang tertanya-tanya mengenai rahsia Nasyatul bukan? Jom, ikuti temu bual kami dalam artikel di bawah.

5 tip mengasingkan tempat tidur anak

Menurut Nasyatul, memang banyak ragam anak yang perlu dihadapi pada awalnya. Dia juga tidak menafikan, proses mengasingkan tempat tidur anak memang memakan masa.

Tetapi, ibu ini mempunyai beberapa tip yang berkesan ketika memujuk anak untuk tidur di bilik sendiri. Antaranya ialah:

1. Beritahu anak mengapa mereka perlu tidur sendiri

tidur sendiri

Menurut Nasyatul, sebagai ibu bapa, kita perlu berterus terang dengan anak dan beritahu mereka mengapa mereka perlu tidur asing.

Walau bagaimanapun, bukan semua kanak-kanak boleh terima penjelasan yang berat terutamanya jika mereka masih muda.

Jadi, Nasyatul mencadangkan agar ibu bapa memberikan penjelasan yang mudah dan simple untuk mereka terima.

Sebagai contoh, terangkan kepada anak bahawa mereka sudah besar dan berani untuk tidur sendiri. Kaitkan juga dengan pengalaman ibu atau bapa ketika muda.

Beritahu mereka bahawa tidur asing merupakan sebahagian daripada proses tumbesaran.

Jika ingin jadi dewasa, anak perlu tidur berasingan dengan ibu bapa. Malah, semua orang perlu ada bilik sendiri dan tidur seorang diri pada masa hadapan.

“Saya selalu beri contoh yang mudah pada anak supaya mereka mudah faham. Kalau Elsa atau Spongebob boleh tidur seorang, kenapa adik tak boleh?”

Apabila mereka telah bersekolah, Nasyatul akan terangkan pula mengenai kepentingan anak tidur sendiri dalam Islam. Pada waktu ini, mereka lebih faham dan boleh kaitkan pengalaman mereka dengan apa yang dipelajari di sekolah.

Anda ada tip lain yang boleh dikongsikan bersama ibu bapa di luar sana? Ayuh kongsi cerita anda di Komuniti Keibubapaan Hello Doktor!


Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!

Ikuti topik yang paling relevan dan bertukar cerita. Sertai komuniti Keibubapaan hari ini!


2. Sediakan bilik ikut spesifikasi anak

bilik

Kalau mahu anak tidur sendiri, ibu bapa perlulah sediakan bilik yang sesuai dengan minat anak. Sebelum mengasingkan tempat tidur anak, Nasyatul akan menghias bilik mengikut pendapat anak-anaknya.

“Bila ada bilik yang cantik dan ikut tema yang mereka inginkan, mudah untuk anak-anak tidur seorang diri. Mereka juga akan jadi lebih tertarik untuk menghabiskan masa dalam bilik sendiri dan bukan lagi bersama ibu bapa.”

Tambah Nasyatul lagi, jika anak-anaknya sukakan buku, dia akan menambah lebih banyak buku kegemaran anak supaya mereka lebih gembira dan teruja.

Lihat sahajalah bagaimana Nasyatul menghias bilik anaknya dengan tema Hello Kitty. Comel bukan!

Baca juga:

3. Jangan mudah mengalah

“Pada bulan-bulan pertama, anak akan merengek dan minta untuk tidur sekali. Itu merupakan perkara yang normal. Lagipun, mereka sudah terbiasa duduk dengan ibu bapa. Perubahan ini juga mungkin terlalu drastik buat mereka.”

Tambah Nasyatul lagi, pada awalnya dia akan meminta suami untuk menemani anak di bilik mereka. Selepas anak tidur, baru suami akan beransur ke bilik sendiri.

Kemudian, pastikan anak tidak takut untuk meminta bantuan ibu bapa walaupun tidur di bilik sendiri. Yakinkan mereka bahawa ibu masih ada berdekatan, cuma di bilik sebelah sahaja.

Selain itu, ibu bapa juga perlulah bersabar jika anak mengetuk pintu pada waktu malam. Ini semua merupakan perkara biasa.

Dengar apa yang ingin mereka katakan. Jika mereka ingin ditemani ke tandas, ia merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk mengiringi mereka.

4. Jangan lupa puji anak

tidur sendiri

Nasyatul juga menekankan kepentingan memuji anak. Selain itu, berikan ganjaran jika anak tidur sendiri.

Ganjaran tersebut tidak perlu mahal, cukuplah sekadar makanan yang mereka gemari.

“Kadang-kadang, kalau atuk atau nenek mereka call, saya akan puji anak di hadapan mereka. Biar anak dengar perbualan ini supaya mereka rasa gembira setelah dipuji.”

“Anak-anak kita sebenarnya sangat suka dipuji. Malah, pujian ini juga boleh memberikan mereka semangat dan membuatkan mereka lebih yakin untuk tidur asing.”

5. Tekankan bahawa bilik ibu ayah adalah kawasan larangan

Kalau boleh, jadikan tempat tidur ibu ayah sebagai kawasan larangan.

Terangkan pada anak bahawa tempat tidur ibu ayah hanya boleh dimasuki pada waktu tertentu sahaja. Latih mereka ketuk pintu dan minta izin dahulu sebelum masuk.

“Kalau mereka biasa melepak di bilik ibu ayah, besar kemungkinan mereka akan jadi terlalu selesa dan tidak mahu berpisah tempat tidur.”

Tambah Nasyatul lagi, anak-anak mudah faham apabila kita terangkan kepada mereka dengan lembut. Malah, proses melatih anak tidur sendiri akan menjadi lebih mudah jika ibu ayah sentiasa menegur dengan berhikmah.

Kami dari Hello Doktor ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Nasyatul Husna Ramli atas kesudiannya untuk ditemu ramah. Moga perkongsian kami kali ini dapat menjadi contoh dan rujukan terutamanya buat ibu bapa baharu di luar sana.

health-tool-icon

Kalkulator BMI

Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Child sleep: Put preschool bedtime problems to rest. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/childrens-health/in-depth/child-sleep/art-20044338. Accessed on Feb 28, 2022.
  2. Sleep Issues: Helping My 5-year-old Sleep on Her Own. https://www.handinhandparenting.org/2011/01/helping-a-5-year-old-sleep-on-her-own/. Accessed on Feb 28, 2022.
  3. Getting Your Child to Sleep Alone at Night… Yes, It’s Possible. https://www.playgroupnsw.org.au/ParentResources/ParentingYoungChildren/getting-your-child-to-sleep-alone. Accessed on Feb 28, 2022.
  4. How do I get my son to sleep in his own bed? https://childmind.org/article/how-do-i-get-my-son-to-sleep-in-his-own-bed/. Accessed on Feb 28, 2022.
  5. About sleep. https://raisingchildren.net.au/newborns/sleep/understanding-sleep/about-sleep. Accessed on Feb 28, 2022.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Fatin Zahra Disemak pada 7 hari lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor