Dalam aspek tumbesaran anak, pastinya ibu ingin mengetahui berat bayi normal baru lahir untuk mengukur sama ada si manja membesar dengan baik atau tidak, kan? Ikuti penjelasan mengenai perkembangan bayi ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Bayi, sila dapatkannya di sini.
Memahami berat bayi normal
Bermula hari pertama kelahiran bayi, kakitangan perubatan akan memantau berat bayi dalam kandungan, ketinggian dan ukuran kepala.
Perkembangan bayi merupakan petunjuk kesihatan umum yang baik.
Umumnya, bayi yang baru dilahirkan mempunyai saiz sihat yang pelbagai. Kebanyakan bayi yang dilahirkan antara minggu ke-37 dan 40 akan mempunyai berat lahir 2.5 hingga 4.0 kg (kilogram).
Si kecil yang lebih ringan atau lebih berat daripada purata kebanyakan biasanya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan.
Tetapi mungkin akan diberikan pemantauan tambahan selepas prosedur bersalin untuk menentukan agar tidak berlaku sebarang masalah.
Banyak faktor yang mempengaruhi saiz berat bayi yang normal semasa lahir. Tempoh kehamilan juga memainkan peranan penting.
Bayi yang lahir sekitar tarikh jangkaan kelahiran (EDD) atau lambat cenderung lebih besar daripada bayi yang dilahirkan lebih awal.
Faktor lain termasuk:
1. Saiz ibu bapa
Ibu bapa yang besar dan tinggi mungkin mempunyai anak dengan berat lebih besar daripada purata.
Manakala ibu bapa rendah dan mungil mungkin mempunyai anak baru lahir yang lebih kecil daripada purata.
2. Kelahiran berganda
Sekiranya anda mempunyai anak kembar, kembar tiga, atau lebih, anda boleh mengandaikan bayi dengan saiz yang kecil.
Ini kerana mereka perlu berkongsi ruang dalam rahim, dan sering dilahirkan lebih awal.
3. Susunan kelahiran
Bayi pertama kadang-kadang lebih kecil daripada adik-beradik yang dilahirkan kemudian.
4. Jantina
Bayi perempuan cenderung lebih kecil berbanding bayi lelaki yang lebih besar, tetapi perbezaannya tidak begitu ketara ketika lahir.
5. Kesihatan ibu semasa mengandung
Perkara yang boleh menyebabkan berat bayi normal semasa dilahirkan rendah termasuklah tabiat merokok ibu semasa hamil, pengambilan alkohol atau ubatan berbahaya.
Sekiranya ibu hamil menghidap diabetes atau obesiti, si kecil mungkin mempunyai berat kelahiran yang lebih tinggi.
6. Pemakanan semasa mengandung
Pemakanan yang baik sangat penting untuk perkembangan bayi – sebelum dan selepas kelahiran.
Makanan tidak sihat semasa mengandung boleh mempengaruhi jumlah berat badan bayi yang baru lahir dan bagaimana pertumbuhan bayi.
Pertambahan berat secara berlebihan boleh menjadikan si manja lebih besar daripada purata.
7. Kesihatan bayi
Masalah perubatan, termasuk beberapa kecacatan kelahiran dan beberapa jangkitan semasa kehamilan, boleh mempengaruhi berat normal bayi dan tahap pertumbuhannya di kemudian hari.
Berat bayi akan berkurangan
YA, ia keadaan normal untuk berat anak menurun dalam tempoh masa beberapa hari pertama selepas dilahirkan.
Situasi demikian terjadi kerana si manja dilahirkan dengan sedikit cecair tambahan, jadi normal untuk berat bayi menurun beberapa auns selepas penyingkiran cairan itu.
Berat bayi normal dijangka menurun antara:
- 7% atau
- 10% selepas dilahirkan
Tetapi bayi perlu mendapatkan berat itu kembali dalam tempoh 2 minggu pertama selepas kelahiran.
Si manja anda akan ditimbang beratnya selepas 2 minggu pertama untuk memastikan mereka mendapat kembali berat asal.
Kebanyakan anak akan berada pada berat yang sama atau lebih daripada itu selepas tempoh 14 hari kelahiran.
Carta kiraan berat bayi normal
Sebagai ibu bapa, pastinya anda akan cuba membandingkan si manja dengan perkembangan bayi lain yang sebaya, kan?
Apabila si manja semakin membesar, sebaiknya corak tumbesaran si manja boleh dibandingkan dengan carta pertumbuhan standard.
Carta berat bayi yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sesuai digunakan walaupun mungkin wujud pelbagai variasi kaum dan etnik.
Parents perlu fahami tentang berat bayi normal
Mempunyai berat atau saiz ketika lahir yang lebih besar atau kecil, tidak bermakna si manja akan kekal dalam keadaan itu sehingga meningkat usia dan menjengah ke alam dewasa.
Fakta
Aspek genetik, pemakanan dan perhatian yang dicurahkan ibu bapa memainkan peranan penting dalam tumbesaran bayi dari tahun ke tahun.
Seperkara yang perlu anda tahu, tanpa disedari proses perkembangan si manja akan berlaku begitu pantas.
Maka hargailah setiap detik berharga bersama mereka!
[embed-health-tool-baby-poop-tool]