backup og meta

Jika Bayi Muntah Kuning & Ada Gejala Ini, Parents Bawa Anak Ke Klinik Segera!

Jika Bayi Muntah Kuning & Ada Gejala Ini, Parents Bawa Anak Ke Klinik Segera!

Apabila bayi muntah kuning ia boleh menjadi sesuatu yang membimbangkan. Tetapi adakah ia keadaan yang berbahaya?

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui mengapa muntah bayi warna kuning dan bilakah masa sesuai melakukan pemeriksaan doktor.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Si kecil baru lahir muntah kuning

Anak baru lahir boleh muntah kuning disebabkan oleh perkara berikut:

Kesan regurgitasi berfungsi (functional regurgitation)

Di bawah merupakan antara punca biasanya bayi mengeluarkan cecair kuning:

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Bayi muntah kuning #Kesan regurgitasi patologi (pathological regurgitation)

Selain itu, cecair kekuningan yang dimuntahkan bayi boleh menjadi petanda amaran masalah kesihatan seperti:

  • Penyakit saluran penghadaman – cirit-birit, pergerakan usus perlahan, halangan usus, volvulus usus, kecacatan gastrousus dan refluks asid gastrik
  • Penyakit pernafasan
  • Penyakit lain seperti meningitis purulent, neuropati autonomi, pendarahan otak akibat penurunan nisbah Prothrombin, sindrom genitourinary adrenal

Apa yang dinyatakan di atas adalah antara faktor yang jarang berlaku. Keadaan kesihatan di atas juga sering dikesan lewat tetapi boleh membawa bahaya kepada si manja jika tidak dirawat segera.

Itu adalah antara punca bayi newborn muntah kuning. Jom ketahui pula penyebab anak kecil muntah kuning.

bayi muntah kuning

Kenapa bayi muntah kuning?

Beberapa masalah kesihatan berikut boleh menjadi faktor anak memuntahkan cecair kuning bersama campuran warna lain:

Punca muntah bayi warna kuning-hijau

Jika anak muntah cecair kuning atau hijau, ia mungkin kerana mereka mengalami muntah hempedu.

Sekiranya anda berdepan situasi ini, jangan gelabah! Ini kerana ada kalanya ia berlaku disebabkan anak tidak makan dengan secukupnya atau disebabkan selesema perut (virus gastroenteritis). 

Selain itu, bayi muntah hijau juga boleh berpunca daripada prolaps usus atau batu karang yang menyebabkan hempedu tersumbat.

Keadaan ini juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain seperti anoreksia, sembelit dan kekejangan perut. 

Walau bagaimanapun, penyakit batu karang agak jarang berlaku kepada anak kecil.

Punca muntah bayi kuning-oren

Ibu bapa mungkin melihat anak muntah kuning-oren disebabkan penyakit tertentu.

Keadaan ini boleh berterusan jika anda terus memberikan anak makan di antara episod muntah – kerana oren adalah warna makanan yang dicerna.

bayi muntah kuning

Antara punca bayi muntah kuning-oren adalah: 

  • Keracunan makanan – Selepas makan makanan yang tercemar, anak mungkin muntah bersama dengan gejala lain seperti sakit perut, cirit-birit, demam
  • Virus gastroenteritis – Anak akan muntah cecair kuning-oren, disertai dengan gejala lain seperti demam, sakit otot dan sakit perut
  • Flu dan selesema – Anak akan mengalami simptom seperti hidung berair, sakit tekak, demam panas berterusan, keletihan, sakit kepala, menggigil dan muntah dengan lelehan kuning-oren

Punca lain

Di samping itu, anak juga boleh memuntahkan cecair kuning jika mereka mempunyai: 

  • Apendisitis
  • Halangan usus (intussusception)
  • Loya
  • Menjalani kemoterapi
  • Jangkitan telinga
  • Pengambilan beberapa ubat khas

Bahayakah bayi muntah kuning?

Muntah bukanlah satu penyakit, tetapi ia boleh menjadi gejala pelbagai masalah kesihatan seperti jangkitan atau keadaan kronik lain.

Biasanya warna muntah akan berubah mengikut tahap masalah kesihatan atau jenis penyakit yang berbeza.

Contohnya, muntah disebabkan sakit perut pada awalnya boleh berwarna hijau atau kuning, dan berubah menjadi oren.

Jika anak muntah selama 1-2 hari, ia bukan masalah serius. Ini mungkin hanya tindak balas badan terhadap rangsangan usus atau proses penyingkiran bahan toksik daripada perut. Muntah jenis ini juga sering dikaitkan dengan penyakit akut seperti keracunan makanan.

Baca juga:

Namun jika si manja berterusan mengalami muntah berterusan, berlarutan lebih daripada beberapa minggu atau bulan, ia boleh menjadi simptom penyakit kronik.

Ibu bapa hendaklah segera membawa anak berjumpa doktor sekiranya muntah bayi warna kuning dan disertai dengan simptom berikut:

  • Menangis dengan kerap
  • Ubun-ubun (fontanelle) membonjol
  • Kekejangan atau panik
  • Muntah berterusan dalam masa 24 jam
  • Mempunyai tanda saluran gastrousus tidak normal seperti perut kembung, sembelit dan cirit-birit
  • Menunjukkan tanda dehidrasi seperti kulit kering, mata cekung, bibir kering
  • Warna kulit bayi berubah
  • Kadar pernafasan luar biasa cepat
  • Episod apnea
  • Demam
  • Lesu
  • Muntah berdarah atau hijau

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai isu bayi muntah kuning, berundinglah dengan doktor untuk lebih kepastian.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vomiting in neonates. https://www.safercare.vic.gov.au/clinical-guidance/neonatal/vomiting-in-neonates#, Accessed on Dec 27, 2022
  2. Vomiting in babies: what’s normal and what’s not. https://www.babycentre.co.uk/a536689/vomiting-in-babies-whats-normal-and-whats-not, Accessed on Dec 27, 2022
  3. Vomiting (0-12 Months). https://www.seattlechildrens.org/conditions/a-z/vomiting-0-12-months/, Accessed on Dec 27, 2022
  4. Vomiting in children and babies.https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/stomach-liver-and-gastrointestinal-tract/vomiting-in-children-and-babies, Accessed on Dec 27, 2022
  5. Children and vomiting. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/children-and-vomiting, Accessed on Dec 27, 2022 

Versi Terbaru

13/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bayi Sedu Tanda Nak Besar? Ini Punca Si Manja Kerap Sedu Dan Cara Hilangkannya!

Bayi Kuat Berpeluh? Mungkin Ini Puncanya, No. 6 & 7 Parents Perlu Perhatikan Betul-betul!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan