Setiap ibu bapa pastinya teringin melihat si kecil mula merangkak sebagai salah satu proses perkembangan mereka. Tetapi biasanya bayi merangkak berapa bulan ya?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Setiap ibu bapa pastinya teringin melihat si kecil mula merangkak sebagai salah satu proses perkembangan mereka. Tetapi biasanya bayi merangkak berapa bulan ya?
Secara umumnya merangkak adalah salah satu peristiwa penting untuk bayi. Ia adalah langkah perantaraan antara duduk dan berjalan. Seperti perkembangan yang unik untuk setiap bayi, cara belajar merangkak si kecil juga adalah berbeza.
Teruskan membaca artikel untuk mengetahui tempoh bayi mula mencapai titik perkembangan ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Setiap saat bayi akan belajar sesuatu yang baharu dan ia sebenarnya perkara yang menakjubkan untuk melihat perkembangan dan tumbesaran bayi.
Merangkak akan mengubah segalanya sebaik sahaja si kecil berjaya menguasai perkembangan itu. Kenapa?
Ini kerana bayi akan mampu untuk bergerak dan anda akan perlu untuk memantau mereka dengan lebih ketat. Ruang kediaman juga harus dipastikan selamat.
Menurut American Academy of Pediatrics (AAP) bayi biasanya merangkak buat kali pertama ketika berusia antara 8 hingga 12 bulan.
Pun begitu, bayi akan mengikut rentak mereka yang tersendiri. Jadi ini bermakna ada sesetengah bayi mungkin akan merangkak awal dan terdapat juga yang memerlukan lebih masa.
Tetapi jika bayi tidak menunjukkan sebarang kemajuan dalam pergerakan – sama ada berpusing, berguling atau merangkak – menjelang usia 12 bulan, mahupun anak cenderung menyeret sebelah badannya semasa merangkak, lakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik.
Terdapat beberapa cara anda boleh membantu bayi merangkak:
Sokongan ketika duduk
Berikan sokongan untuk bayi duduk. Apabila si kecil sudah bersedia, biarkan dia duduk tanpa sokongan – ini dapat membantu mengembangkan otot perut dan belakang badan untuk merangkak.
Bahkan kebanyakan bayi akan mula merangkak selepas belajar untuk duduk.
Bayi merangkak berapa bulan: Tummy time
Tummy time dapat merangsang kekuatan otot belakang, leher dan lengannya – bagus untuk belajar merangkak. Tetapi pastikan anda sentiasa memantau si kecil.
Baca juga:
Belly bait
Salah satu lagi cara untuk menggalakkan bayi merangkak adalah dengan meletakkan mainan si kecil yang menjadi kegemarannya sebagai umpan – jarak mainan adalah dekat tetapi tidak dapat dicapai.
Ini akan membuatkan bayi lebih bermotivasi untuk mencuba cara baharu dengan menggerakkan kaki dan lengannya bagi mendapatkan ganjaran tersebut.
Sebaik sahaja bayi mula merangkak, amat penting untuk meningkatkan tahap keselamatan rumah dan sentiasa memantau si kecil.
Ini kerana bayi yang merangkak akan memasukkan segala yang dijumpai ke dalam mulut mereka dan hanya menunggu masa untuk mencapai kain alas meja atau apa sahaja yang dilihatnya.
Tip keselamatan:
Merangkak adalah langkah perkembangan bayi yang biasanya mula dicapai sekitar usia 8 hingga 12 bulan. Namun ada bayi bermula awal dan terdapat juga yang memerlukan lebih masa – bergantung kepada kesediaan diri mereka.
Sebaik sahaja mereka mencapai kelajuan dengan merangkak, maka si kecil hanya menunggu masa sesuai untuk berdiri dengan kedua-dua kakinya serta menggunakan apa sahaja yang boleh dicapai sebagai bantuan – sofa, kerusi, bahkan kaki anda.
Daripada situ, anak akan melalui perkembangan lain untuk langkah pertamanya; bertatih, berjalan, berlari, melompat, menari dan banyak lagi.
Sekiranya anda mempunyai kebimbangan atau soalan berkaitan bayi merangkak berapa bulan, berundinglah dengan pakar pediatrik bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen