Apabila baby batuk berkahak, pastinya ibu ayah akan berasa susah hati. Jom ketahui punca serta kaedah untuk mencegahnya agar masalah anak batuk dapat diatasi.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Apabila anak batuk
Batuk adalah refleks sukarela yang membantu anak membersihkan saluran pernafasan daripada lendir atau perengsa seperti zarah debu.
Jadi apabila si kecil batuk, mengetahui puncanya dapat memberikan jalan penyelesaian terbaik untuk si kecil pulih dengan segera.
Perlu diingatkan bahawa batuk biasanya akan hilang dengan sendiri dalam tempoh 3-4 minggu.
Baby batuk berkahak: Fahami jenisnya
Seperti individu dewasa, bayi dan kanak-kanak boleh menghidap pelbagai jenis batuk.
- Batuk basah (batuk dada/ chesty cough) – penumpukan lendir pada bahagian tekak atau dada dan boleh menjadi punca baby batuk berkahak
- Batuk kering – Terjadi kerana tekak berasa gatal, umumnya ia tidak akan menyebabkan penghasilan kahak baby newborn
Batuk juga boleh digambarkan sebagai akut atau kronik.
Batuk yang dialami selama tidak lebih 3 minggu dikategorikan sebagai akut dan biasanya disebabkan oleh virus atau jangkitan.
Manakala jika batuk yang dialami anak berlanjutan lebih daripada 8 minggu, doktor akan menganggapnya sebagai batuk kronik atau berpanjangan.
Batuk jenis ini biasanya didasari oleh keadaan kesihatan tertentu atau masalah kesihatan sedia ada seperti asma, si kecil mempunyai refluks atau alahan.
Punca baby batuk berkahak
Batuk terjadi akibat saluran pernafasan bayi mengalami iritasi atau terjejas dengan cara tertentu.
Ia mungkin disebabkan penumpukan lendir berlebihan yang berkaitan dengan penyakit virus atau perengsa persekitaran seperti debunga atau asap.
Anda boleh melihat simptom anak yang lain untuk membantu mengurangkan penyebabnya.
1. Selesema & flu
Terdapat pelbagai jenis virus selesema yang mungkin menyerang si manja anda. Antara kesannya, hidung tersumbat, demam, bersin dan sudah tentu, anak batuk.
Rawatan yang boleh diberikan adalah dengan memberikan mereka keselesaan dan menggunakan ubat over-the-counter bagi mengatasi demam dan kesakitan.
Tanda-tanda flu pada bayi termasuklah:
- Demam
- Menggigil
- Sakit badan dan kepala
- Sakit tekak
- Hidung tersumbat
- Batuk kering
Anak juga mungkin akan mengalami sakit perut bersama muntah atau cirit-birit.
Doktor mungkin akan mempreskripsikan ubat antivirus jika keadaan itu dapat dikesan awal sebagai cara merawat bayi batuk berkahak.
Jika tidak, memastikan anak berehat, pengambilan cecair mencukupi serta penggunaan ubat untuk menggurangkan demam adalah rawatan yang boleh dilakukan.
2. Baby batuk berkahak #Kroup
Anda pasti tidak akan tersilap apabila mendengar bunyi batuk kroup ini, yang kedengaran seperti anjing laut menyalak.
Walaupun gejala setiap bayi adalah berbeza, namun si manja mungkin akan mengalami:
- Hidung berair
- Laringitis – kehilangan suara
- Demam
- Stridor – bunyi bersiul bernada tinggi ketika bernafas
Kroup ringan boleh dirawat di rumah dan untuk keadaan yang teruk, ia boleh diatasi dengan rawatan pernafasan atau steroid.
3. Pneumonia
Selesema, flu atau penyakit lain boleh berkembang menjadi radang paru-paru atau bayi boleh mendapatnya melalui kanak-kanak atau individu dewasa lain yang mempunyai penyakit tertentu.
Keadaan bayi batuk berkahak ini adalah produktif kerana mengeluarkan lendir dan boleh menyakitkan.
Si kecil mungkin akan mengalami demam, keletihan, dan muntah atau cirit-birit. Rawatan yang boleh diberikan seperti antibiotik, pengambilan cecair tambahan dan rehat.
4. Batuk kokol
Bersama demam dan hidung berair, bayi boleh mengalami batuk ringan dengan pertussis (batuk kokol).
Pada tahap kedua, batuk anak akan bertambah teruk dan berterusan. Selain kedengaran kering dan keras, batuk ini turut menghasilkan bunyi ‘whoop’.
Anak anda memerlukan antibiotik dan/atau dimasukkan ke hospital untuk lekas sembuh.
5. Baby batuk berkahak #Asma
Virus adalah pencetus asma biasa pada bayi berusia 5 hingga 6 bulan ke atas.
Bayi akan alami batuk berlarutan dan mungkin disertai bunyi berdehit serta pernafasan berlebihan. Gejala lain adalah:
- Pernafasan cepat
- Masalah penyusuan/makan
- Keletihan
- Kulit pucat atau kebiruan
Rawatannya akan melibatkan ubat asma tertentu.
6. Alergi
Bayi juga boleh mengalami alahan terhadap makanan, bahan tertentu atau bermusim. Anak batuk boleh menjadi antara gejala alergi tetapi ia jarang berlaku.
Jika mengesyaki si kecil ada alahan, berjumpalah doktor untuk pemeriksaan lanjut.
7. Refluks
Bayi kerap meludah, kehilangan berat atau pemarah semasa atau selepas menyusu? Ia mungkin disebabkan refluks.
Batuk dengan refluks biasanya kronik kerana aliran balik kandungan perut dan asid yang konsisten.
Ada bayi yang akan pulih seiring peredaran masa, tetapi sesetengah si kecil mungkin memerlukan rawatan untuk pulih.
Pemeriksaan doktor jika baby batuk berkahak
Tidak kira apa puncanya, jika anak batuk mempunyai gejala berikut, lakukan pemeriksaan doktor segera:
- Kesukaran bernafas
- Sesak nafas
- Demam panas – Lebih 38°C untuk bayi bawah 3 bulan, dan lebih 39°C untuk bayi berusia 3 bulan ke atas
- Batuk berdarah
- Masalah menelan
- Sukar membuka mulut
- Bengkak sebelah tonsil
- Bayi baru lahir batuk
- Batuk berterusan lebih 8 minggu
- Batuk bertambah teruk dalam tempoh 3 minggu
- Batuk dengan peluh malam atau kehilangan berat
Peringatan!
[embed-health-tool-baby-poop-tool]