Masalah kembung adalah 1 keadaan biasa terjadi kepada si kecil menyusu badan. Namun sebagai ibu, pastinya anda akan berusaha mencari cara hilangkan kembung perut bayi.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Masalah kembung adalah 1 keadaan biasa terjadi kepada si kecil menyusu badan. Namun sebagai ibu, pastinya anda akan berusaha mencari cara hilangkan kembung perut bayi.
Jangan susah hati, Hello Doktor akan kongsikan tip dan cara mengatasi kembung perut bayi yang menyusu untuk anda cuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Ketidakselesaan bayi akibat angin atau kembung terutamanya pada waktu malam adalah perkara normal yang menyebabkan kebimbangan kebanyakan ibu bapa.
Masalah angin ini boleh menimbulkan tekanan yang menyakitkan apabila ia terperangkap dalam saluran penghadaman si kecil yang belum matang.
Antara faktor penyebab yang menyumbang kepada situasi perut masuk angin bagi bayi yang menyusu badan adalah:
Sebelum kita ketahui tip dan cara mengatasi kembung perut bayi, berikut antara gejala yang boleh dialami si manja apabila perut masuk angin, seperti:
Masalah perut masuk angin yang berlaku kepada si manja boleh diatasi dengan cara berikut:
Posisi ini dapat memberikan tekanan lembut pada abdomennya, sekali gus memberikan kelegaan perut berangin yang dialami si manja.
Tunggu selepas 30 minit penyusuan sebelum melakukan tummy time.
Kaedah yang dikenali sebagai football hold, magic hold, dan colic carry ini turut dianggap ubat kembung perut bayi yang mujarab.
Untuk mencuba kaedah ini, baringkan bayi dengan memastikan badan mereka berada pada lengan tangan anda. Bahagian dagu si manja harus berada hampir dengan pelipat siku anda.
Pastikan kepala mereka dalam keadaan mengiring agar mulut dan hidung tidak terhalang untuk bernafas.
Mendukung bayi dalam posisi ini akan memberikan tekanan lembut pada perut sama seperti ketika tummy time.
Berhenti sebentar sebelum menukar payudara menyusu boleh mengurangkan risiko bayi mengalami perut berangin, ini terutamanya jika aliran susu laju.
Pakar penyusuan bayi mengesyorkan tempoh berehat antara 5 hingga 10 minit semasa menyusu terutamanya pada beberapa minggu pertama selepas kelahiran.
Baca juga:
Ketika menyusu, pastikan posisi penyusuan si manja lebih tinggi daripada perut pada bahagian kepala dan leher.
Kekalkan bayi untuk berada pada kedudukan ini 30 minit selepas menyusu juga dapat mengurangkan kecenderungan perut berangin.
Semasa bayi berbaring secara menelentang, urutkan perutnya secara perlahan mengikut pusingan arah jam dan kemudian bawa urutan sehingga ke bawah.
Anda disarankan untuk mengulangi kaedah ini beberapa kali bagi membantu pergerakan angin yang terperangkap dalam sistem penghadaman si manja.
Jika anda mempunyai susu badan yang banyak, cuba untuk menyusukan bayi lebih kerap dengan tempoh penyusuan pendek. Cara terbaik, susukan bayi 2 kali ganda lebih kerap dan kurangkan separuh waktu bagi setiap sesi penyusuan.
Saiz perut bayi hanyalah sebesar kepala tangannya sahaja, jadi mereka tidak memerlukan jumlah susu yang banyak!
Salah satu ubat kembung perut bayi yang berkesan adalah dengan melakukan gerakan membulat pada kaki bayi secara perlahan seolah-olah mengayuh basikal. Gerakan ini dapat membantu menggerakkan usus dan melepaskan angin yang terperangkap.
Ambil masa berehat bagi setiap sesi gerakan dengan menekan kedua-dua lutut secara lembut ke perut si manja untuk memberikan tekanan tambahan.
Walaupun agak jarang untuk berlaku tetapi jika anda rasa punca bayi mengalami perut berangin disebabkan pemakanan anda atau makanan pejal si manja, lakukan catatan untuk mengesan makanan yang jadi punca masalah ini.
Namun, anda harus tahu bayi cepat menyesuaikan diri dengan pemakanan mereka atau diet ibu, jadi jangan bersikap keterlaluan sehingga bayi dan anda tidak mendapat khasiat yang diperlukan tubuh setiap hari.
Ubat kembung perut bayi paling berkesan adalah masa.
Kebanyakan masalah perut berangin yang dialami bayi ini akan tetap terjadi kerana sistem penghadaman mereka yang masih belum matang sepenuhnya, jadi kesabaran ibu dan ayah dalam berdepan situasi ini amatlah diperlukan.
Sekiranya keadaan si kecil mendatangkan kebimbangan dan cara hilangkan kembung perut bayi yang dikongsikan tidak membantu, dapatkan rundingan doktor untuk lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen