backup og meta

Risaunya Jika Anak Batuk Keluar Darah, Cukupkah Sekadar Beri Air Kosong?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2022

    Risaunya Jika Anak Batuk Keluar Darah, Cukupkah Sekadar Beri Air Kosong?

    Kondisi darah hidung dalam kalangan kanak-kanak itu sangat biasa terjadi, namun bagaimana pula jika batuk berdarah?

    Mungkin ramai yang akan menyangka masalah ini hanya akan berlaku kepada orang dewasa, namun ia bukanlah seperti itu!

    Ini kerana golongan kanak-kanak juga mungkin boleh mengalami batuk sehingga keluar darah dan ia bukan sesuatu yang normal.

    Untuk merawat keadaan ini, sekadar beri air putih mungkin tidak cukup dan perhatian lebih khusus wajar diberikan oleh ibu bapa.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, sila dapatkan di sini.

    Kanak-kanak batuk berdarah itu bahaya?

    Ibu bapa jangan takut dan panik terlebih dahulu kerana kalian perlu tahu bahawa tidak semua batuk berdarah itu mendatangkan bahaya.

    Untuk pengetahuan anda, ia merupakan kondisi bernama hemoptisis atau hemoptoe yang menyebabkan kahak bercampur dengan darah.

    Selagi ia tidak berulang atau berlaku disertai gejala kronik lain, ia mungkin merupakan sesuatu yang ringan dan akan pulih dengan sendiri.

    Oleh itu, kalian tidak perlu risau terutamanya jika darah yang keluar daripada mulut si kecil hanya sedikit dan tidak berlanjutan.

    petua hilangkan batuk

    Namun sekadar beri air kosong mungkin tidak cukup sekiranya keadaan kesihatan ini didalangi oleh punca yang berbahaya!

    Apa punca si kecil anda batuk berdarah?

    Sekiranya anak anda secara tiba-tiba sahaja mengalami kondisi ini, tolong segera lakukan pemeriksaan dengan doktor.

    Antara jenis pemeriksaan yang bakal dilakukan adalah melalui X-ray atau bronkoskopi (peneropongan saluran pernafasan).

    Dalam kebanyakan kes, ia mungkin bukan merupakan sesuatu yang serius namun bergantung kepada punca sebenar ia berlaku seperti:

    #1. Kerengsaan pada kerongkong

    Batuk adalah kondisi kesihatan biasa yang sering terjadi kepada kanak-kanak selain daripada demam dan selesema.

    Namun ia akan jadi berbahaya sekiranya batuk itu tidak sembuh lantas menyebabkan kerengsaan pada kerongkong.

    Jika dibiarkan, maka kerengsaan inilah yang akan mengakibatkan pendarahan padanya.

    #2. Kemasukan benda asing

    Kanak-kanak terutamanya yang masih berusia bawah 3 tahun gemar memasukkan apa-apa sahaja yang dijumpai ke dalam mulut.

    Akibatnya, partikel-partikel daripada benda asing inilah yang akan menyebabkan luka atau radang pada mulut dan kawasan sekitar.

    Darah akibat daripada benda asing itu kemudiannya akan terkeluar ketika mereka terbatuk.

    #3. Darah hidung

    hidung berdarah

    Adakah kedua-dua kondisi pendarahan ini mempunyai kaitan di antara satu sama lain? Jawapannya mungkin ya!

    Untuk pengetahuan ibu bapa, anak anda batuk berdarah mungkin bukan disebabkan oleh kerengsaan pada kerongkong sahaja.

    Darah hidung mungkin boleh termasuk ke bahagian rongga mulut kerana ia bersambung dengan rongga hidung.

    Akibatnya, anda anda mungkin akan mengeluarkan darah tersebut melalui mulut mereka.

    #4. Jangkiran bronkitis

    Sekiranya anak anda mengalami batuk berdarah disertai dengan gejala lain seperti sesak nafas, sakit tekak, demam dan keluar lendir berwarna kekuningan, ia mungkin petanda bronkitis.

    Penyakit ini merupakan jangkitan pada saluran pernafasan utama di paru-paru atau bronkus yang kemudiannya akan menyebabkan keradangan atau inflamasi pada saluran tersebut.

    Ia merupakan kondisi yang berbahaya terutamanya jika terjadi kepada kanak-kanak. Oleh itu, segera bawa mereka berjumpa doktor jika ada gejala-gejala ini ya?

    Jangan anggap batuk berdarah itu normal!

    Meskipun dalam kebanyakan kes ia boleh sembuh dengan sendiri, sekadar beri air kosong kepada anak anda mungkin tidak mencukupi.

    Ini kerana masih terdapat risiko bahawa anak anda mengalami keadaan itu disebabkan oleh kondisi berbahaya seperti bronkitis.

    Untuk lebih pasti dan selamat, bawalah mereka berjumpa doktor segera selepas anak anda mula batuk sampai keluar darah okay!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 30/08/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan