backup og meta

Artikel Ditaja Oleh Enfagrow

Membesarkan Anak Yang Bukan Sekadar Bijak, Tetapi Juga Berbudi

Ramai ibu bapa berasa bangga apabila si manja cepat mengenal huruf, petah bercakap atau menunjukkan prestasi yang baik dalam pembelajaran. Namun sebenarnya, perkembangan anak bukan hanya tentang akademik semata-mata.

Membesarkan Anak Yang Bukan Sekadar Bijak, Tetapi Juga Berbudi

Anak yang tahu memahami perasaan orang lain, membantu tanpa disuruh dan berfikir sebelum bertindak juga menunjukkan perkembangan minda yang sihat dan seimbang.

Inilah sebabnya ramai ibu bapa hari ini mula memberi perhatian bukan sahaja kepada IQ, tetapi juga EQ dalam membesarkan anak baik lagi cerdik.

Tingkah laku harian seperti empati, kesabaran dan kemampuan memahami situasi sekeliling boleh mencerminkan perkembangan sosial, emosi dan kognitif si manja1.

Dalam usaha menyokong perkembangan ini, pemilihan susu formula yang bagus juga memainkan peranan penting kerana nutrisi yang tepat membantu menyokong perkembangan minda, fokus dan pembelajaran si manja sejak awal usia.

Mengapa ada kanak-kanak lebih cepat memahami situasi? 

Pernah tak ibu bapa tertanya-tanya mengapa ada kanak-kanak yang lebih cepat memahami situasi dan bertindak dengan matang walaupun masih kecil?

Kanak-kanak belajar memahami situasi, memberi perhatian dan mengawal respon mereka melalui pengalaman harian dan interaksi sosial1.

Dalam video Dr Say ini:

(Video Dr Say 1).

Tindakan kecil ini sebenarnya menunjukkan si manja:

  • Memerhati keadaan sekeliling
  • Memahami situasi yang berlaku
  • Berfikir tentang cara membantu
  • Menunjukkan empati dan kesedaran sosial

Situasi seperti ini menunjukkan bagaimana si manja belajar memahami emosi, memerhati keadaan sekeliling dan memberi respon yang lebih positif dalam kehidupan harian1.

Dalam satu lagi video Dr Say:

(Video Dr Say 2)

Walaupun nampak sederhana, tindakan ini menunjukkan:

  • Si manja peka terhadap persekitaran
  • Faham bahawa bantuan kecil boleh memudahkan orang lain
  • Mempunyai inisiatif dan kesedaran sosial

Kanak-kanak yang mempunyai perkembangan emosi dan pemikiran yang baik biasanya lebih mudah memahami situasi dan berinteraksi secara positif dengan orang sekeliling.

Bagaimana otak membantu perkembangan IQ dan EQ?1,2,3

1. Prefrontal cortex membantu si manja berfikir sebelum bertindak  

Bahagian otak ini sering dianggap sebagai “thinking center” kerana membantu si manja fokus, memproses situasi dan membuat keputusan dengan lebih baik.

2. Pemahaman emosi membantu si manja berinteraksi dengan lebih baik

Apabila si manja mula memahami emosi diri sendiri dan orang lain, mereka lebih mudah memberi respon yang lebih tenang dan sesuai dalam situasi harian.

3. Kawalan emosi membantu si manja memberi respon yang lebih positif

Kanak-kanak yang dapat mengawal emosi dengan baik biasanya lebih mudah berkomunikasi dan berinteraksi secara positif dengan orang sekeliling.

Nutrisi sokongan minda memainkan peranan penting dalam perkembangan IQ & EQ 

Tahukah ibu bapa bahawa perkembangan otak awal memainkan peranan besar dalam pembelajaran dan tingkah laku si manja?

Semasa awal usia kanak-kanak, otak berkembang dengan sangat pantas dan membentuk pelbagai sambungan penting yang menyokong1:

Susu formula yang bagus
Nutrisi yang tepat membantu perkembangan minda si manja.
  • Pembelajaran
  • Memori
  • Fokus
  • Pemprosesan emosi
  • Kemahiran sosial

Sebab itu, ramai ibu bapa mula memberi perhatian terhadap pemilihan susu formula yang bagus bagi membantu menyokong perkembangan otak dan komunikasi antara sel otak.

1. DHA membantu menyokong struktur dan perkembangan otak

DHA merupakan nutrien penting yang menyokong perkembangan otak dan fungsi kognitif si manja. Pengambilan DHA yang mencukupi juga dapat membantu menyokong pembelajaran, memori dan perkembangan kognitif4,5.

2. MFGM membantu menyokong sambungan sel otak yang lebih kuat dan pantas

Sel otak berkomunikasi melalui sambungan yang membantu si manja belajar perkara baharu, fokus dan memahami situasi sekeliling. MFGM membantu menyokong perkembangan sambungan otak yang penting untuk proses pembelajaran6.

3. Sambungan otak yang berkembang dengan baik membantu perkembangan emosi dan pembelajaran

Apabila sambungan otak berfungsi dengan lebih efisien, si manja mungkin lebih mudah1:

  • Fokus ketika belajar
  • Mengingati maklumat
  • Memahami emosi
  • Mengawal respon dalam situasi tertentu

Ini membantu menyokong perkembangan IQ dan EQ secara seimbang.

Menyokong perkembangan minda mengikut usia

Setiap peringkat usia memerlukan sokongan nutrisi yang berbeza kerana perkembangan otak terus berlaku apabila si manja membesar1,7. Selain pemakanan seimbang, pemilihan susu formula kanak-kanak juga penting.

Dengan pelbagai jenis susu formula yang terdapat di pasaran hari ini, ibu bapa perlu memahami kandungan nutrisi yang ditawarkan bagi memilih produk yang sesuai dengan keperluan perkembangan si manja.

Enfagrow A+ MindPro Langkah 3 (1–3 tahun)

Dirumus secara saintifik untuk menyokong perkembangan otak awal bagi kanak-kanak berumur 1–3 tahun.

Susu formula yang bagus
Susu dengan MFGM dan Tahap DHA Saranan Pakar membantu menyokong perkembangan anak secara menyeluruh.

Antara manfaatnya:

  • Membantu menyokong perkembangan kognitif awal
  • Menyokong perkembangan memori dan bahasa
  • Membantu membina asas perkembangan otak yang kukuh

Dalam tempoh ini, si manja sedang aktif belajar bercakap, bergerak dan berinteraksi dengan orang sekeliling. Sebab itu ramai ibu bapa mencari susu formula yang bagus bagi membantu menyokong perkembangan menyeluruh si manja.

Enfagrow A+ MindPro Langkah 4 (4 tahun dan ke atas)

Dirumus secara saintifik untuk menyokong perkembangan otak berterusan bagi kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

Antara manfaatnya:

  • Menyokong fokus dan pembelajaran di sekolah
  • Membantu perkembangan memori yang lebih baik
  • Menyokong perkembangan minda secara berterusan

Apabila si manja semakin membesar, pembelajaran menjadi lebih kompleks dan memerlukan fokus serta kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik.

Nutrisi yang sesuai membantu mereka menyesuaikan diri dengan cabaran pembelajaran ini. Ini juga antara sebab ramai ibu bapa mencari susu formula yang bagus untuk menyokong perkembangan si manja.

Di Sebalik Nutrisi A+, Anak Bijak Berbudi

Kepintaran si manja bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik semata-mata. Perkembangan emosi dan sikap juga memainkan peranan besar dalam membentuk peribadi mereka1.

Kanak-kanak yang mampu memahami emosi, menunjukkan empati dan membantu orang lain boleh mencerminkan perkembangan sosial, emosi dan kognitif yang baik1.

Susu formula yang bagus
Interaksi harian membantu membentuk si manja yang lebih yakin dan empati.

Dengan sokongan nutrisi yang tepat seperti DHA dan MFGM, ibu bapa dapat membantu menyokong perkembangan5,6:

Enfagrow A+ MindPro merupakan satu-satunya jenama dengan 8 Nutrien Sokongan Minda daripada MFGM Pro dan Tahap DHA Saranan Pakar* untuk membantu menyokong sambungan sel otak yang lebih kuat dan pantas.

Tidak hairanlah ramai ibu bapa memilih susu formula yang bagus untuk membantu membesarkan anak baik lagi cerdik sejak awal usia.

Sertai Peraduan Mini & Uji Pengetahuan Keibubapaan anda! 

Ingin menguji pengetahuan anda tentang perkembangan minda si manja sambil berpeluang memenangi hadiah menarik?

Sertai Peraduan Komen & Menang Enfagrow A+ MindPro dan berpeluang memenangi bekalan Enfagrow A+ MindPro selama sebulan bernilai RM373!

Cara penyertaan mudah sahaja:

  • Tonton kedua-dua video Dr. Say di Instagram @enfagrow.my:
  • Lengkapkan silang kata yang dipaparkan di laman Instagram Enfagrow A+ dengan jawapan yang betul di ruangan komen berdasarkan soalan berikut:
  1. Nutrien apa yang membantu membina struktur otak?
  2. Nutrien apa yang membantu sambungan sel otak?
  3. Bahagian otak manakah menyokong IQ kanak-kanak untuk lebih fokus dan berfikir sebelum bertindak?
  4. Bahagian otak manakah menyokong EQ kanak-kanak untuk lebih memahami perasaan dan mengawal emosi?
  • Kongsikan post peraduan di Instagram Story anda, tag @enfagrow.my dan 3 rakan
  • Pastikan akaun Instagram anda ditetapkan kepada tatapan umum

Ia bukan sahaja menyeronokkan, malah membantu ibu bapa memahami perkembangan si manja dengan lebih baik sambil berinteraksi bersama komuniti ibu bapa lain.

Jangan lupa follow laman sosial Enfagrow A+ dan nantikan pengumuman rasmi peraduan tersebut!

*Tahap DHA yang disarankan pakar merujuk kepada pengambilan harian yang memenuhi saranan badan pakar antarabangsa. Dengan 3 hidangan sehari, formulasi Enfagrow A+ MindPro membantu anak mencapai tahap DHA harian yang disyorkan pakar. The Joint FAO/WHO Expert Consultation on Fats and Fatty Acids in Human Nutrition mencadangkan pengambilan DHA sebanyak 10–12 mg/kg berat badan bagi kanak-kanak berusia 12–24 bulan, atau 100–150 mg DHA+EPA sehari untuk kanak-kanak berusia 2–4 tahun (FAO 2010).

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. UNICEF (n.d.). Early childhood development. https://www.unicef.org/early-childhood-development. Diakses Mei 22, 2026.
  2. Hathaway WR, Newton BW. Neuroanatomy, Prefrontal Cortex. [Updated 2023 May 29]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2026 Jan-. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK499919/. Diakses Mei 22, 2026.
  3. Cleveland Clinic. (2022). Frontal Lobe. https://my.clevelandclinic.org/health/body/24501-frontal-lobe. Diakses Mei 22, 2026.
  4. Maclean CH, Issa AM, Newberry SJ, et al. Effects of Omega‐3 Fatty Acids on Cognitive Function with Aging, Dementia, and Neurological Diseases: Summary. 2005 Feb. In: AHRQ Evidence Report Summaries. Rockville (MD): Agency for Healthcare Research and Quality (US); 1998-2005. 114. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK11893/. Diakses Mei 22, 2026.
  5. Cleveland Clinic. (2022. Omega-3 Fatty Acids. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/17290-omega-3-fatty-acids. Diakses Mei 22, 2026.
  6. Veereman-Wauters, G., Staelens, S., Rombaut, R., Dewettinck, K., Deboutte, D., Brummer, R. J., Boone, M., & Le Ruyet, P. (2012). Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioral regulation in young children. Nutrition (Burbank, Los Angeles County, Calif.), 28(7-8), 749–752. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22305534/. Diakses Mei 22, 2026.
  7. CDC. (2026). Developmental Milestones. https://www.cdc.gov/act-early/milestones/?CDC_AAref_Val=https://www.cdc.gov/ncbddd/actearly/milestones/index.html. Diakses Mei 22, 2026.

Versi Terbaru

15/06/2026

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Lebihkan Aktiviti Fizikal, Kurangkan Masa Di Skrin Jika Ingin Anak Membesar Dengan Sihat!

Play Pretend Jadi Superhero, Doktor & Chef, Rahsia Kanak-Kanak Mahir Berkomunikasi!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan