backup og meta

Enteropati Persekitaran

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/09/2023

    Enteropati Persekitaran

    Enteropati persekitaran ialah penyakit yang kurang difahami selama bertahun-tahun. Apakah sebenarnya enteropati persekitaran? Artikel di bawah akan memberikan maklumat lanjut.

    Apakah itu enteropati persekitaran?

    Enteropati persekitaran, atau juga dikenali sebagai enteropati tropika, adalah satu istilah yang digunakan untuk menunjukkan penyakit kronik subklinikal yang disebabkan oleh pencemaran berulang najis pada makanan. Keadaan ini akan menyebabkan keradangan dalam usus kecil, serta villi usus. Ia juga adalah satu keadaan berbahaya yang berpotensi menyebabkan malnutrisi (kekurangan nutrisi) kronik dalam kanak-kanak di negara-negara membangun.

    Walaupun terdapat beberapa perubahan histologi, kesan klinikal enteropati persekitaran baru sahaja disedari baru-baru ini, kerana masyarakat kini sedar bagaimana mendalam kesan keadaan ini ke atas beribu-ribu orang. Walau bagaimanapun, punca keadaan masih tidak diketahui dan sehingga hari ini, masih tiada model haiwan yang sesuai untuk kajian. Ini menyukarkan saintis dan penyelidik melihat lebih jauh ke dalam penyakit rumit ini.

    Apabila rawatan pemakanan dan vaksin oral gagal disediakan, mereka yang berada di negara-negara membangun boleh mengalami enteropati persekitaran, kemudian menjejaskan imuniti dan juga fungsi penyerapan usus.

    Di sini kita mengkaji penemuan terbaru dalam enteropati persekitaran, serta ringkasan bagi keadaan yang kurang difahami ini.

    Penemuan terbaru enteropati persekitaran

    Pada masa ini, sebahagian besar daripada pemahaman tentang enteropati persekitaran berasal dari kajian yang telah dijalankan pada dekad yang lalu. Hasil beberapa kajian baru pada pencirian histoptologi keadaan ini sedang ditunggu-tunggu. Ujian standard biopsi usus digunakan untuk memeriksa sama ada seseorang mempunyai enteropati persekitaran  atau tidak. Biomarkers yang berbeza telah diuji sebagai tanda penyakit dan juga, kekurangan zat makanan yang kronik. Kekurangan data adalah sebab mengapa tidak sebarang penanda bio yang ideal sedang dibangunkan, walaupun kajian yang berterusan masih dijalankan. Beberapa kajian rawatan yang hasilnya adalah peningkatan dalam enteropati persekitaran juga telah dijalankan.

    Ringkasan

    Histopatologi asas enteropati persekitaran telah dijumpai sebelum ini. Pada masa ini, sainstis dan penyelidik menjalankan analisis yang lebih mendalam untuk mengkaji lanjut mengenai patofisiologi keadaan ini. Banyak penanda bio yang menunjukkan bagaimana mekanisme berbeza terlibat dalam enteropati persekitaran juga boleh diuji sebagai petanda keadaan ini. Walaupun sehingga hari ini, tiada sebarang penanda bio tunggal yang boleh digunakan sebagai petanda, beberapa penanda bio lain yang berpotensi sedang disahkan dalam kajian yang berbeza.

    Walaupun terdapat beberapa kajian sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca keadaan ini, enteropati persekitaran masih dilihat sebagai satu topik sukar dengan pengetahuan yang sangat sedikit oleh saintis dan penyelidik. Oleh itu, masih tiada penyelesaian tentang penggunaan bermanfaat penanda bio.

     

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 07/09/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan