backup og meta

Anak Cerewet Makan? Cuba Bagi Beras Sumo, Boleh Buat Baby 'Bambam'!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/04/2023

    Anak Cerewet Makan? Cuba Bagi Beras Sumo, Boleh Buat Baby 'Bambam'!

    Beras Sumo untuk bayi, beras apakah itu? Untuk parents yang pertama kali mendengar mengenainya dan sedang mencari idea untuk meningkatkan selera makan si kecil, beras Sumo baby mungkin penyelesaian buat anda.

    Teruskan membaca perkongsian artikel ini bagi mengetahui mengenai beras Sumo untuk baby serta cara penyediaan hidangan buat si kecil.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu beras Sumo untuk bayi?

    Jika dilihat gambar sumo pada pek beras ini, pastinya anda akan terlintas bahawa ia berasal dari Jepun. Ini memandangkan sumo adalah sukan gusti tradisional yang terkenal di negara matahari terbit itu.

    Walau bagaimanapun, andaian anda itu salah sama sekali. Ini kerana beras Sumo ini berasal dari California, Amerika Syarikat dan menggunakan beras Calrose.

    Beras Calrose adalah gabungan nama California dan Rose – nama beras popular, Blue Rose di Louisiana.

    Mengapa beras Sumo untuk baby popular?

    Beras Sumo ini popular terutamanya dalam kalangan ibu-ibu kerana rasanya yang dikatakan ‘ngam’ dengan si kecil.  

    Terdapat juga yang memilih beras ini sebagai hidangan untuk bayi kerana dipercayai dapat membantu meningkatkan berat badan si kecil secara konsisten. Pastinya ia berita baik buat parents dengan anak susah makan (picky eater).

    Dikatakan pengambilan hidangan makanan daripada beras Sumo untuk bayi ini tidak akan menyebabkan sembelit atau alahan.

    Bahkan ia juga menawarkan beberapa khasiat tersendiri berbanding beras biasa, terutamanya dari aspek kandungan kalorinya yang rendah. Namun ia tetap membekalkan sumber karbohidrat yang sihat.

    beras sumo untuk bayi

    Tekstur beras Sumo untuk bayi

    Selepas dimasak, tekstur beras Calrose ini akan menjadi lembut dan sedikit melekit. Ia juga dikatakan mampu menyerap bahan perasa seperti herba dan rempah-ratus dengan baik, sekali gus menjadikan ia mudah untuk dikunyah si kecil.

    Bahkan tekstur yang terhasil ini juga menyebabkan ia menjadi pilihan kebanyakan restoran menjual hidangan Jepun dan Korea seperti sushi dan rice ball.

    Selain itu, beras ini juga sesuai untuk penyediaan hidangan Mediterranean seperti paella, risotto, pilaf serta Spanish rice dan masakan Asian seperti nasi goreng dan sebagainya.

    Cara memasak beras Sumo untuk bayi

    Sebenarnya cara penyediaan beras Sumo baby ini tidaklah sesukar mana. Terdapat arahan tersedia pada pek yang boleh anda ikuti, mudah!

    1. Tuangkan 1 cawan beras ke dalam periuk nasi , kemudian tambahkan 2 cawan air.
    2. Tekan butang ‘cook’ dan biarkan ia masak seperti biasa.
    3. Setelah siap dimasak, biarkan untuk tempoh 10 minit sebelum dihidangkan.

    Baca juga:

    Penyediaan beras Sumo untuk baby

    Apabila bayi sudah mula mengambil makanan pejal, sudah tentu sebagai ibu, anda seboleh-bolehnya mahu menyediakan makanan berkhasiat buat si manja.

    Tetapi bagi ibu yang bekerja, ada kalanya kekangan masa menyukarkan anda untuk menyediakan makanan buat bayi.

    Usah bimbang. Ini kerana penggunaan beras Sumo yang dibekukan (frozen), boleh mempercepatkan tempoh bubur untuk masak. Sekali gus menjadikan ia pilihan sesuai untuk kaum ibu bekerja.

    Pastinya anda ingin mengetahui bagaimanakah cara penyediaan beras frozen ini untuk dijadikan hidangan buat bayi, betul tak?

    Berikut merupakan perkongsian daripada Facebook Resepi Makanan Bayi mengenai cara penyediaan beras Sumo dibekukan bersama satu resipi mudah untuk dicuba.

    Cara membekukan beras Sumo untuk bayi:

    beras sumo untuk bayi
    Diambil daripada Facebook Resepi Makanan Bayi
    1. Sediakan 6-7 sudu besar beras – mengikut anggaran bekas kiub ais. Basuhkan beras hingga bersih.
    2. Rendamkan beras dalam air bersih selama 5-10 minit. 
    3. Selepas itu beras ditapis untuk membuangkan air rendaman tadi.
    4. Masukkan beras ke dalam bekas kiub ais. Pastikan terdapat sedikit ruang untuk mengisi air.
    5. Isikan air ditapis atau air masak ke dalam bekas kiub ais. 
    6. Tutup bekas kiub sebelum dimasukkan ke dalam peti ais pada bahagian freezer.
    7. Kiub beras yang sudah beku boleh dimasukkan ke dalam beg zip lock untuk memudahkan penggunaannya nanti.

    Resipi bubur cepat & mudah

    • 2 kiub beras beku
    • Potongan isi ayam atau ikan
    • Sayuran pilihan, seperti brokoli atau lobak merah
    • Buah seperti kurma atau ubi keledek juga boleh digunakan

    Cara penyediaan bubur ini amatlah mudah iaitu dengan hanya mencampurkan semua bahan ke dalam slow rice cooker sebelum mengisarnya, senang bukan?

    Hebat ke tidak beras Sumo ini?

    Setelah membaca perkongsian artikel ini, pastinya anda akan terfikir “Macam hebat sangat beras Sumo untuk bayi ini,” betul tak? 

    beras sumo untuk bayi

    Cara terbaik untuk mengesahkan mengenai kehebatan beras ini adalah dengan mencubanya sendiri.

    Bagi anda yang pernah menggunakan beras ini untuk dijadikan hidangan buat si kecil, bolehlah berkongsikan pengalaman tersebut di ruangan komen di bawah. 

    Mana tahu, mungkin pengalaman itu boleh membantu ibu-ibu di luar sana yang berdepan masalah si kecil cerewet makan nasi. Orang kata benda baik, haruslah dikongsikan bersama, betul tak?

    Semoga perkongsian artikel ini membawa manfaat buat semua parents di luar sana. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan