Sedang mencari pam susu elektrik terbaik sesuai dengan keperluan harian anda? Klik artikel ini untuk mengetahui pilihan pam susu terbaik yang ada di pasaran.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Pemilihan pam susu terbaik
Buat ibu yang akan kembali bekerja dan masih menyusukan bayi atau anak belum bercerai susu sepenuhnya, ini bacaan untuk anda.
Semestinya anda perlu mendapatkan pam susu (breast pump) bagi memastikan stok bekalan susu mencukupi.
Namun dengan pelbagai jenis pam susu ditawarkan di pasaran, sudah tentu ia sedikit sebanyak membuatkan anda pening untuk memilih yang terbaik.
Secara amnya, pemilihan pam susu perlu mengambil kira beberapa aspek seperti:
Saiz
Sudah tentu saiz pam susu memainkan peranan penting, ini terutamanya buat anda yang bekerja – pam perlu dibawa ke pejabat.
Saiz yang kecil sudah tentu lebih ringan berbanding pam susu yang besar, sekali gus mudah diangkut ke mana-mana sahaja.
Keselesaan semasa guna pam susu elektrik terbaik
Corong pam susu akan mempengaruhi keselesaan anda semasa mengepam susu.
Pam susu yang menyediakan pelapik getah lembut pada corong, pastinya akan dapat memberikan rasa selesa semasa mengepam susu.
Bunyi
Bunyi yang dihasilkan motor pam susu juga antara aspek penting perlu dipertimbangkan, khususnya jika tempat kerja anda menyediakan bilik khas.
[embed-health-tool-vaccination-tool]
Kapasiti
Terdapat pilihan kapasiti iaitu single-pump dan double-pump.
Jika anda akan kerap mengepam susu, double pump pilihan yang ideal – ia menjimatkan masa kerana boleh dilakukan secara serentak pada kedua-dua belah payudara.
Pam susu elektrik terbaik
Selepas mengetahui beberapa aspek penting dalam pemilihan pam susu, sudah tibalah masa untuk mengenal pasti produk yang sesuai untuk anda.
Di bawah, kami senaraikan 9 pam susu terbaik yang boleh anda dapatkan di pasaran.
Medela Freestyle Flex Double Electric Breast Pump
Dikatakan sebagai pilihan terbaik untuk ibu bekerja kerana saiznya yang kecil dan kompak.
Pam susu ini menggunakan sumber kuasa elektrik, bateri dan powerbank – membolehkan ibu mengepam susu di mana-mana sahaja. Tahap sedutan boleh dilaraskan serta menawarkan kawalan skrin sentuh intuitif.
Dibangunkan dengan Flex Technology, breast shield pam susu ini boleh disesuaikan mengikut bentuk payudara untuk keselesaan individu dan dapat meningkatkan aliran susu.
Haenim NexusFit 7A-LITE Ultraportable Electric Breast Pump
Mendapat pengiktirafan Food and Drug Administration (FDA), pam susu ini menawarkan butang kawalan bagi mengawal kekuatan sedutan dan kitaran susu. Ia juga mempunyai bateri yang boleh dicas semula.
Merupakan pam susu berkapasiti double-pump, ia bersaiz kompak dengan berat hanya 215 gram.
Philips Avent Double Electric Breast Pump, antara pam susu elektrik terbaik
Merupakan antara jenama yang tidak asing lagi buat ibu-ibu di luar sana, pam susu jenama Philips Avent menawarkan keseimbangan sempurna sedutan dan rangsangan puting berdasarkan penyusuan bayi bersama 16 tetapan mengepam.
Di samping memberikan keselesaan semasa menggunakannya, ia juga dapat mengepam susu lebih cepat dan lebih banyak dalam masa yang singkat.
Pam susu elektrik di farmasi #Autumnz Hybrid Duo Double Electric Breast Pump
Menawarkan 2 mod mengepam: urutan (5 tetapan) dan ekspresi susu (9 tahap) yang efektif dan efisien, dengan skrin LED untuk memudahkan penggunaan dan pembacaan.
Selain ringan, pam susu elektrik terbaik ini juga dilengkapi dengan Ultrasoft Silicone Massage Breast Shield yang dapat memberikan keselesaan tambahan buat ibu semasa sesi mengepam susu.
Pam susu elektrik terbaik #Anakku Essential Double Electric Breast Pump
Mempunyai reka bentuk anti aliran balik bersama injap sedut silikon gred makanan, dapat memastikan susu tidak mamasuki tiub pam udara serta memudahkan proses pembersihannya.
Pam elektrik keluaran Anakku ini mempunyai vakum automatik dilepaskan dalam setiap strok dan menghasilkan kitaran suck-release yang meniru corak hisapan semula jadi bayi, sekali gus membuatkan ibu lebih selesa dan tidak sakit semasa mengepam.
Halford Duo Rechargeable Electric Breast Pump
Pam susu elektrik yang senyap ini direka untuk kegunaan tempoh lama serta tahan lasak sesuai untuk ibu bekerja kerana ia tidak bising.
Dilengkapi dengan paparan LCD yang memudahkan pengawalan semasa penggunaannya, pam ini menawarkan 4 mod pengepaman iaitu urutan, ekspresi susu, penukaran frekuensi dan pam berterusan.
Pam susu elektrik terbaik #Medela Swing Flex Single Electric Breast Pump
Medela single-pump yang dilengkapi dengan teknologi ekspresi 2-fasa yang mengikut rentak bayi menyusu ini dapat mengurangkan waktu pengepaman.
Dengan PersonalFit Flex breast shield, ia menawarkan keselesaan buat ibu kerana ia akan menyesuaikan dengan perubahan bentuk payudara anda. Selain itu dengan saiz yang kecil sudah tentu ia ringan dan mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Lacté Solo Elite
Mempunyai rekaan bentuk pelindung payudara lembut, pam susu badan keluaran Lacté ini menawarkan 9 langkah kawalan sedutan.
Dilengkapi dengan paparan LED untuk pembacaan yang lebih mudah, pam susu ini juga mempunyai diafragma anti aliran balik – dapat memastikan susu tidak memasuki tiub pam udara.
Spectra S1 Heavy Duty Breast Pump, salah satu pam susu elektrik terbaik
Kelebihan pam susu badan gred hospital keluaran Spectra ini adalah ia tidak mengeluarkan bunyi bising dan senyap sepanjang sesi mengepam susu.
Selain dilengkapi dengan fungsi anti aliran balik, anda boleh memilih untuk menggunakan satu atau kedua-dua pam yang ada pada breast pump ini.
Kesimpulan
Jangan lupa untuk sentiasa mencuci tangan sebelum mengepam dan sebelum mengendalikan susu yang akan disimpan.