Kulit bayi yang baru lahir sangat lembut tetapi amat terdedah untuk mengalami kerengsaan dan ruam. Sebagai ibu bapa, pastinya keadaan itu menimbulkan rasa bimbang di hati. Kenapa bayi naik ruam di muka? Berapa lama ruam panas hilang? Adakah ruam panas berjangkit? Tenang, ada cara hilangkan ruam di muka bayi menggunakan bahan semula jadi boleh dicuba.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Jenis ruam di muka bayi
Kenapa bayi naik ruam di muka? Berapa lama ruam panas hilang? Adakah ruam panas berjangkit?
Ruam pada wajah si manja boleh timbul di atas pelbagai sebab.
Jadi sebelum mengetahui cara hilangkan ruam di muka bayi, jom kita lihat antara jenis ruam yang paling kerap dialami si kecil.
Jerawat
Kelihatan seperti benjolan merah kecil pada kulit dan biasanya tidak berkembang ke peringkat bintik hitam atau bintik putih. Ia merupakan ruam paling kerap berlaku pada muka.
Cradle cap
Ruam jenis ini kebanyakannya muncul pada kulit kepala bayi – sebab itu terdapat istilah cap (topi). Ia menyebabkan kulit merah, kerengsaan dengan kerak kekuningan dan berminyak.
Jika tidak dirawat, ia boleh merebak dengan cepat ke bahagian muka, leher, telinga dan lengan si kecil.
Ruam air liur
Ruam yang wujud disebabkan air liur ini adalah sangat biasa terjadi. Ini kerana bayi sedang mengembangkan kelenjar air liur dan dalam proses pertumbuhan gigi.
Penggunaan puting kosong, kesan makanan dan kerap mengelap muka juga boleh merengsakan kulit.
Ekzema
Ekzema adalah satu lagi punca ruam di muka bayi paling biasa. Jika anda mempunyai sejarah keluarga menghidap ekzema atau kulit sensitif, si kecil juga lebih cenderung untuk mengalaminya.
Masalah kulit dengan simptom kulit kering, merah dan gatal-gatal ini biasanya berlaku pada anak kecil antara usia 6 bulan hingga 5 tahun.
Milia
Benjolan putih kecil pada hidung dan muka berkembang disebabkan oleh kelenjar minyak yang tersumbat.
Biasanya ia akan hilang dengan sendirinya apabila kelenjar minyak bayi membesar dan terbuka dalam masa beberapa hari atau minggu.
Bersedia untuk mengetahui cara hilangkan ruam di muka bayi?
Cara hilangkan ruam di muka bayi
Berapa lama ruam panas hilang?
Sudah tentu terdapat rawatan moden untuk membantu mengatasi ruam pada wajah si kecil.
Namun sekiranya anda sedang mencari kaedah semula jadi yang selamat, berikut beberapa remedi di rumah yang boleh dicuba untuk menjaga kulit si manja:
Yogurt
Ruam kulit seperti ekzema berlaku kerana sistem imun tidak berfungsi.
Bakteria yang terdapat dalam yogurt boleh membantu meningkatkan sistem imun dan pada masa yang sama mengurangkan gejala ruam seperti gatal-gatal.
Oat
Merupakan antara bahan rumah yang sangat tinggi kandungan antioksidan, sekali gus menjadikan ia kaedah terbaik untuk mengatasi ruam pada muka atau badan bayi.
Jika anda ingin mencuba kaedah ini, campurkan oat dan air ke dalam pengisar dan kisarnya sehingga menjadi pes. Kemudian sapukan pada kulit bayi dan biarkan mengering. Bilas dengan air selepas itu.
Lidah buaya, antara cara hilangkan ruam di muka bayi
Lidah buaya atau aloe vera adalah bahan yang baik untuk rawatan kulit.
Sebab itulah banyak krim yang mempunyai kandungan ini sebagai bahan penting kerana ia mengandungi sifat antimikrobial, antiradang dan emolien.
Walaupun terdapat banyak gel lidah buaya dijual di pasaran, namun ia mungkin mengandungi bahan tambahan atau sebatian tiruan yang boleh memberi kesan negatif kepada kulit sensitif bayi.
Timun
Mempunyai ciri antiradang yang membantu dalam mengurangkan ruam pada kulit wajah. Dan oleh sebab ia bertindak balas secara lembut pada kulit sensitif, timun merupakan kaedah lebih digemari kebanyakan ibu bapa.
Ia boleh dicampur dengan oat untuk membentuk pes pekat, yang boleh disapu pada bahagian yang terjejas bagi mengurangkan gejala ruam.
Cara hilangkan ruam di muka bayi #Kulit pisang
Merupakan antara bahan paling mudah dan murah untuk merawat ruam kulit.
Sejukkan kulit pisang untuk tempoh sejam atau lebih. Kemudian, sapukan pada bahagian terjejas dan biarkan ia melakukan tugasnya.
Neem
Lebih dikenali dengan panggilan pokok mambu/semambu, tumbuhan ini telah digunakan sejak berabad lamanya kerana khasiatnya yang baik untuk kulit.
Ia mempunyai fungsi antikulat dan antiradang yang membantu merawat kulit dan mengurangkan ruam. Ekzema adalah antara keadaan kulit yang boleh dirawat dengan neem.
Hanya campurkan daun semambu bersama air dan kisarkannya menjadi pes. Seterusnya sapu pes tersebut pada bahagian terjejas untuk memberikan kelegaan.
Minyak zaitun
Minyak zaitun adalah pembersih semula jadi dan dapat melakukan tugas besar untuk membuang toksin dan alergen yang tidak diingini daripada kulit.
Ia mengandungi bahan yang disebut sebagai oleocanthal yang membantu memberikan kelegaan pada sebarang keradangan kulit.
Selain itu, ia juga mengandungi:
- antioksidan
- vitamin E
yang menyokong proses pembaharuan dan penyembuhan kulit bagi cara hilangkan ruam di muka bayi.
Peringatan!
Anda juga disarankan berunding dengan pakar kulit terlebih dahulu bagi menghindari kesan sampingan yang tidak diingini.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]