backup og meta

Bolehkah Kelahiran Pramatang Berulang? Fahami Risiko dan Langkah Pencegahannya!

Bolehkah Kelahiran Pramatang Berulang? Fahami Risiko dan Langkah Pencegahannya!

Kelahiran pramatang atau kelahiran sebelum minggu ke-37 adalah satu perkara yang sangat membimbangkan bagi bakal ibu. Kelahiran baby pramatang bukan sahaja boleh memberi risiko kesihatan kepada ibu dan bayi, ia juga menimbulkan persoalan sama ada perkara sama boleh berlaku lagi pada masa akan datang. 

Kelahiran secara pramatang berlaku apabila bayi dilahirkan sebelum waktunya. Ia menyebabkan perkembangan organ, terutama paru-paru dan otak bayi tidak matang sepenuhnya sebelum dilahirkan. 

Baby pramatang memerlukan penjagaan khas seperti rawatan di unit NICU (Neonatal Intensive Care Unit) bagi memastikan mereka dapat bertahan. 

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan lebih lanjut mengenai bayi lahir tidak cukup bulan serta risiko ia berulang pada kehamilan seterusnya. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Baby pramatang, adakah ia boleh berulang?

Ibu perlu berhati-hati sekiranya pernah melahirkan anak pramatang dalam kelahiran sebelum.
Ibu perlu berhati-hati sekiranya pernah melahirkan anak pramatang dalam kelahiran sebelumnya.

Kajian mendapati, wanita yang pernah melahirkan bayi pramatang lebih berisiko untuk menghadapi situasi sama pada kelahiran seterusnya. 

Terdapat beberapa faktor utama yang menyumbang kepada risiko kelahiran secara pramatang berulang. Antaranya: 

  1. Sejarah kelahiran pramatang: Wanita yang pernah melalui kelahiran pramatang mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mengalaminya lagi, terutama jika punca pramatang berkaitan masalah perubatan. 
  2. Masalah kesihatan semasa hamil: Masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes gestasi atau jangkitan pada rahim boleh meningkatkan risiko kelahiran awal.
  3. Kehamilan kembar atau lebih: Mengandung lebih daripada seorang bayi sering meningkatkan risiko bayi lahir pramatang kerana rahim menghadapi tekanan yang lebih besar.
  4. Jarak kehamilan yang pendek: Wanita yang hamil semula dalam tempoh kurang dari enam bulan selepas kelahiran sebelumnya menghadapi risiko lebih tinggi untuk mengalami melahirkan secara pramatang. 

Bagaimana mengurangkan risiko kelahiran pramatang berulang?

Melahirkan anak secara pramatang berupaya meningkatkan risiko kesihatan kepada bayi. 

Antaranya, bayi mungkin alami masalah pernafasan, perkembangan yang lambat dan sistem imun yang lemah.

Walaupun terdapat risiko kelahiran baby pramatang berulang, terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu hamil untuk meningkatkan peluang melahirkan bayi cukup bulan:

1. Lakukan rawatan progesteron

Progesteron adalah hormon yang boleh membantu menguatkan serviks dan mengurangkan risiko kelahiran pramatang

Oleh itu, doktor mungkin mencadangkan suntikan progesteron kepada wanita yang berisiko tinggi. 

2. Pemantauan rapi elak baby pramatang

Pemeriksaan berkala ketika hamil sangat penting untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi pramatang sentiasa dipantau. 

Dengan pemeriksaan rapi, doktor boleh mengesan tanda-tanda awal kelahiran secara pramatang dan mengambil tindakan segera. 

3. Cerclage serviks

Prosedur ini melibatkan menjahit serviks untuk mengekalkan kehamilan, terutama bagi wanita dengan sejarah serviks lemah. 

4. Penjagaan nutrisi dan gaya hidup

Ibu perlu mengamalkan pemakanan sihat untuk menjaga kesihatan diri dan kandungan.
Ibu perlu mengamalkan pemakanan sihat untuk menjaga kesihatan diri dan kandungan.

Pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi, asid folik dan vitamin penting sangat membantu dalam mengekalkan kehamilan yang sihat. 

Selain itu, elakkan tabiat tidak sihat seperti merokok dan mengambil minuman beralkohol. Kawal tekanan dan elakkan stres jika boleh. 

5. Kaunseling dan sokongan emosi

Wanita yang pernah melahirkan bayi pramatang mungkin mengalami trauma atau kebimbangan yang boleh menjejaskan kehamilan seterusnya. 

Sokongan keluarga atau kaunseling profesional boleh membantu mengurangkan tekanan perasaan dan mengurangkan risiko kelahiran secara pramatang. 

Bilakah perlu berjumpa doktor?

Jika anda mempunyai sejarah kelahiran secara pramatang, penting untuk mendapatkan nasihat doktor sebelum dan semasa kehamilan. 

Doktor boleh membantu merancang kehamilan yang lebih sihat dengan mengenal pasti faktor risiko dan menyediakan langkah pencegahan yang sesuai. 

Ini ciri-ciri baby pramatang

  • Berat badan rendah
  • Kulit nipis dan lembut
  • Masalah pernafasan
  • Suhu badan tidak stabil
  • Refleks menghisap dan menelan yang lemah
  • Tulang lembut
  • Sistem imun yang lemah

Kesimpulan 

Sokongan daripada suami memainkan peranan sangat penting terhadap emosi ibu ketika hamil.
Sokongan daripada suami memainkan peranan sangat penting terhadap emosi ibu ketika hamil.

Walaupun sejarah kelahiran secara pramatang dapat meningkatkan risiko, rawatan yang sesuai dan perubahan gaya hidup dapat membantu mengurangkan kebarangkalian ia berulang.

Oleh itu, ibu haruslah mengambil langkah pencegahan seperti mendapatkan rawatan progesteron, menjaga pemakanan seimbang, mengelakkan tekanan melampau dan mengikuti pemeriksaan kehamilan secara berkala. 

Penting bagi ibu hamil untuk memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang

Sebagai contoh, ibu perlu cakna mengenai tanda-tanda awal seperti kontraksi pramatang atau pendarahan dan mendapatkan rawatan perubatan segera jika ia berlaku. 

Dengan pengetahuan yang mencukupi serta bantuan dari pakar, ibu hamil dapat mengambil langkah yang proaktif bagi melindungi kesihatan diri dan bayi.

[embed-health-tool-baby-poop-tool]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Preterm Birth. https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/preterm-birth. Diakses pada November 17, 2024.
  2. What Is Preterm Labor and Birth? https://www.cdc.gov/ncbddd/prematurebirth/facts.html. Diakses pada November 17, 2024.
  3. Preventing Preterm Birth. https://www.marchofdimes.org/pregnancy/preventing-preterm-birth.aspx. Diakses pada November 17, 2024.
  4. Premature Birth: Causes, Complications, and Prevention. https://www.nichd.nih.gov/health/topics/preterm/conditioninfo/default. Diakses pada November 17, 2024.
  5. Management of Preterm Labor. https://www.acog.org/clinical/clinical-guidance/practice-bulletin/articles/2021/10/preterm-labor. Diakses pada November 17, 2024.

Versi Terbaru

21/11/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kenali Penyakit RSV, Jangkitan Virus Pernafasan Yang Tiada Ubat Tapi Boleh Dicegah. Bayi Pramatang Paling Berisiko!

Bayi Pramatang Anda Kurang Berat? Ibu Boleh Cuba Tip Ini Untuk Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 21/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan