backup og meta

Tak Sabar Nak Tengok Baby Merangkak? Mummy Ambil Tahu Bila Si Comel Bersedia

Tak Sabar Nak Tengok Baby Merangkak? Mummy Ambil Tahu Bila Si Comel Bersedia

Setiap ibu bapa pastinya teringin melihat si kecil mula merangkak sebagai salah satu proses perkembangan mereka. Tetapi biasanya bayi merangkak berapa bulan ya?

Secara umumnya merangkak adalah salah satu peristiwa penting untuk bayi. Ia adalah langkah perantaraan antara duduk dan berjalan. Seperti perkembangan bayi yang unik untuk setiap bayi, cara belajar merangkak si kecil juga adalah berbeza.

Teruskan membaca artikel untuk mengetahui tempoh bayi mula mencapai titik perkembangan bayi ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bayi merangkak berapa bulan?

Setiap saat bayi akan belajar sesuatu yang baharu dan ia sebenarnya perkara yang menakjubkan untuk melihat perkembangan bayi dan tumbesaran bayi.

Merangkak akan mengubah segalanya sebaik sahaja si kecil berjaya menguasai perkembangan bayi itu. Kenapa? 

Ini kerana bayi akan mampu untuk bergerak dan anda akan perlu untuk memantau mereka dengan lebih ketat. Ruang kediaman juga harus dipastikan selamat.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Menurut American Academy of Pediatrics (AAP) bayi biasanya merangkak buat kali pertama ketika berusia antara 8 hingga 12 bulan.

Pun begitu, bayi akan mengikut rentak mereka yang tersendiri. Jadi ini bermakna ada sesetengah bayi mungkin akan merangkak awal dan terdapat juga yang memerlukan lebih masa.

Tetapi jika bayi tidak menunjukkan sebarang kemajuan dalam pergerakan – sama ada berpusing, berguling atau merangkak – menjelang usia 12 bulan, mahupun anak cenderung menyeret sebelah badannya semasa merangkak, lakukan pemeriksaan dengan pakar pediatrik.

Perkembngan bayi 9 bulan.
Perkembngan bayi 9 bulan.

Gaya merangkak bayi

Kini persoalan mengenai bayi merangkak berapa bulan sudah terjawab, tetapi tahukah anda tentang gaya merangkak si kecil?

Jangan terkejut ya, kerana gaya merangkak bagi setiap bayi juga boleh jadi berbeza.

  • The Bear Crawl: Bayi merangkak dengan tangan dan kaki yang diluruskan
  • The Classic Crawl: Merupakan cara merangkak kebanyakan bayi
  • The Commando Crawl: Turut dikenali sebagai merangkak perut. Teknik ini lebih kepada bayi mengesotkan perutnya berbanding merangkak
Anak sedang belajar merangkak.
Anak sedang belajar merangkak.
  • The Crab Crawl: Merupakan antara teknik merangkak paling unik. Bayi akan meletakkan bebanan berat pada sebelah kaki yang dibengkokkan. Sebelah lagi kaki akan menolak/mendorong dirinya bergerak ke hadapan. Tangan pula digunakan untuk mengawal arah dan mengekalkan keseimbangan
  • The Scoot: Dianggap alternatif kepada merangkak. Dalam posisi duduk, bayi menggunakan tangan untuk membantu mereka bergerak

Bayi merangkak berapa bulan: Ayuh beri galakan

Terdapat beberapa cara anda boleh membantu bayi merangkak:

Sokongan ketika duduk

Berikan sokongan untuk bayi duduk. Apabila si kecil sudah bersedia, biarkan dia duduk tanpa sokongan – ini dapat membantu mengembangkan otot perut dan belakang badan untuk merangkak.

Bahkan kebanyakan bayi akan mula merangkak selepas belajar untuk duduk.

Bayi merangkak berapa bulan: Tummy time

Tummy time dapat merangsang kekuatan otot belakang, leher dan lengannya – bagus untuk belajar merangkak. Tetapi pastikan anda sentiasa memantau si kecil.

Belly bait

Salah satu lagi cara untuk menggalakkan bayi merangkak adalah dengan meletakkan mainan si kecil yang menjadi kegemarannya sebagai umpan – jarak mainan adalah dekat tetapi tidak dapat dicapai.

Ini akan membuatkan bayi lebih bermotivasi untuk mencuba cara baharu dengan menggerakkan kaki dan lengannya bagi mendapatkan ganjaran tersebut.

Bayi merangkak berapa bulan: Langkah keselamatan

Apa tanda bayi akan merangkak?

Sebaik sahaja bayi mula merangkak, amat penting untuk meningkatkan tahap keselamatan rumah dan sentiasa memantau si kecil.

Ini kerana perkembangan bayi yang merangkak akan memasukkan segala yang dijumpai ke dalam mulut mereka dan hanya menunggu masa untuk mencapai kain alas meja atau apa sahaja yang dilihatnya.

Tip keselamatan:

  • Pastikan semua perabot besar disandarkan ke dinding. Bayi biasanya akan cuba memanjat atau berpegang pada barangan seperti rak buku serta almari yang mudah terjatuh dan boleh menyebabkan kecederaan serius mahupun kematian
  • Pasangkan pagar pada bahagian bawah dan atas tangga. Ini kerana bayi akan sentiasa cuba memikirkan cara untuk memanjat tangga dan berisiko untuk jatuh
  • Jangan biarkan bayi bermain berhampiran air tanpa pengawasan aktif individu dewasa – walaupun dengan air yang sedikit seperti di dalam baldi – tetap berisiko menjadi punca lemas
Elakkan anak menaiki tangga.
Elakkan anak menaiki tangga.
Merangkak adalah langkah perkembangan bayi yang biasanya mula dicapai sekitar usia 8 hingga 12 bulan. Namun ada bayi bermula awal dan terdapat juga yang memerlukan lebih masa – bergantung kepada kesediaan diri mereka.

Sebaik sahaja mereka mencapai kelajuan dengan merangkak, maka si kecil hanya menunggu masa sesuai untuk berdiri dengan kedua-dua kakinya serta menggunakan apa sahaja yang boleh dicapai sebagai bantuan – sofa, kerusi, bahkan kaki anda.

Daripada situ, anak akan melalui perkembangan lain untuk langkah pertamanya; bertatih, berjalan, berlari, melompat, menari dan banyak lagi.

Sekiranya anda mempunyai kebimbangan atau soalan berkaitan bayi merangkak berapa bulan, berundinglah dengan pakar pediatrik bagi mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Baby Milestones – When Babies Sit Up, Roll Over and Crawl. https://helpmegrowmn.org/HMG/HelpfulRes/Articles/BabyMilestones/index.html#, Accessed on Sept 15, 2022 
  2. Milestone Moments. https://www.cdc.gov/ncbddd/actearly/pdf/parents_pdfs/milestonemomentseng508.pdf, Accessed on Sept 15, 2022 
  3. Learning to crawl. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/learning-to-crawl, Accessed on Sept 15, 2022 
  4. Tummy Time Activities. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/sleep/Pages/The-Importance-of-Tummy-Time.aspx, Accessed on Sept 15, 2022 
  5. Baby on the Move – 5 Ways to Encourage Crawling. https://pathways.org/baby-move-5-ways-encourage-crawling/, Accessed on Sept 15, 2022 
  6. Stages of Crawling: When and How They Happen. https://www.wonderbaby.org/articles/stages-of-crawling, Accessed on Sept 15, 2022 
  7. Movement: Babies 8 to 12 Months. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/Movement-8-to-12-Months.aspx. Accessed on Sept 15, 2022 
  8. Crawling Styles. https://www.healthychildren.org/English/ages-stages/baby/Pages/Crawling-Styles.aspx, Accessed on Sept 15, 2022 

 

Versi Terbaru

09/12/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Nak Tahu Cara Ajar Bayi Merangkak? Ini 8 Petua Boleh Dicuba Parents!

7 Perbezaan Baby Boy Dan Girl Yang Parents Kena Tahu, Baru Faham Perkembangan Anak!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 2 minggu lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan