Kenapa anak kerap buang air besar? Berapa kali bayi berak dalam sehari? Adakah bayi kerap berak bermakna anak anda ada masalah kesihatan? Jom baca artikel, barulah hilang kebimbangan Mama Papa.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Mengapa bayi kerap berak?
Rasa pelik sebab terlampau kerap sangat menukar lampin? Bertenang, itu adalah perkara biasa.
Bahkan untuk bayi yang baru lahir, menukar lampin sehingga 12x dalam tempoh 24 jam adalah normal. Namun percayalah, masalah bayi kerap berak ia akan berkurangan.
Berapa lama ia akan berlanjutan?
Dalam tempoh tiga hingga enam minggu selepas dilahirkan, jadual buang air besar bayi akan menjadi perlahan. Si manja akan semakin kurang berak.
Walau bagaimanapun, setiap bayi adalah berbeza dan ada kemungkinan si manja anda mungkin memerlukan lebih banyak masa.
Sebenarnya, bayi kerap berak bukanlah satu masalah. Sebaliknya, anda perlu lebih memantau konsistensi najis untuk mengenal pasti jika wujud sebarang masalah.
Bagaimana pula jika bayi kerap berak selepas menyusu?
Adakah normal jika bayi berak selepas setiap penyusuan?
YA, itu adalah normal! Ada bayi yang akan membuang air besar selepas setiap penyusuan, namun terdapat juga yang melakukan pergerakan usus sekali setiap tiga hari. Namun, lazimnya bayi yang menyusu badan akan berak selepas sesi penyusuan.
Adakah baby yang kerap berak ini normal?
Bagaimana kekerapan bayi berak mengikut umur?
Seperti yang dinyatakan pada awal tadi, setiap bayi adalah berbeza. Maka tiada angka tepat untuk menentukan apa yang normal dan tidak untuk bayi kerap berak.
Definisi normal bagi bayi baru lahir adalah antara sekali berak untuk tempoh beberapa hari hingga beberapa kali membuang air besar dalam sehari.
Untuk beberapa hari pertama selepas dilahirkan, bayi akan mengeluarkan mekonium – berwarna hijau-kehitaman dan mempunyai tekstur melekit seperti tar.
Ia terdiri daripada lendir, cecair amniotik (air ketuban) dan semua yang ditelan bayi semasa di dalam rahim.
Kolostrum atau susu pertama – bertindak sebagai julap – membantu menolak mekonium daripada sistem penghadaman bayi.
Sebaik sahaja mula menyusu – antara tempoh tiga hari -najis bayi seharusnya:
- Warna najis daripada coklat kehijauan menjadi lebih cerah atau kuning mustard
- Tekstur bertambah cair. Najis mungkin kelihatan berbiji-biji
Dalam beberapa minggu pertama, bayi kerap buang air besar semasa atau selepas setiap penyusuan. Ia akan berkurangan selepas beberapa minggu apabila si manja mula mewujudkan rutin pergerakan ususnya.
Susu badan, susu formula & makanan pejal
Jika anda meneruskan penyusuan eksklusif, ia adalah normal jika si manja hanya membuang air besar sekali seminggu. Ada kalanya bayi mungkin kekal berak setiap kali selepas penyusuan.
Manakala kekerapan bayi berak menyusu susu formula mungkin kurang berbanding yang diberikan susu badan. Ini kerana susu formula tidak mudah dihadam seperti susu ibu.
Namun jika bayi kerap berak setiap kali selepas diberikan susu formula, anda tidak perlu gusar, terutamanya pada minggu-minggu awal. Najisnya juga akan mempunyai bau dan warna yang berbeza berbanding bayi yang menyusu badan.
Pemberian makanan pejal juga boleh mengubah kekerapan pergerakan usus si manja.
Makanan kaya serat seperti jagung, ubi keledek atau labu mungkin akan terus dikeluarkan tanpa diserap. Namun ia akan berubah apabila si kecil membesar dan dapat mencerna serat dengan lebih cekap.
Maksud di sebalik warna najis bayi
Setiap warna najis bayi mempunyai maksud tersendiri, ini merupakan antara aspek yang penting untuk ibu bapa fahami.
1) Hijau kehitaman
Mekonium – najis hitam, melekit seperti tar biasanya terjadi pada bayi baru lahir.
2) Hijau lumut
Bayi sedang mencerna susu.
3) Hijau kuning (mustard)
Tekstur berkrim atau lembik. Merupakan najis bayi menyusu badan yang sihat.
4) Hijau terang
Bayi tidak menyusu dengan betul. Biasanya apabila bayi menyusu badan kerap menukar payudara, mereka akan mendapat lebih banyak susu rendah lemak.
Najis bayi kerap berak warna #5) Kecoklatan
Keadaan normal dan sihat bagi bayi yang menyusu susu formula.
6) Coklat gelap
Najis bagi bayi yang mula mengambil makanan pejal. Tekstur pejal dan kurang lembik, malah lebih berbau.
7) Merah
Jika ia kelihatan seperti darah dalam najis bayi, lakukan pemeriksaan doktor.
8) Pucat/ kelabu
Ini boleh menjadi petanda masalah hati atau pundi hempedu yang serius. Lakukan pemeriksaan doktor segera.
[embed-health-tool-baby-poop-tool]