backup og meta

Nak Tahu Cara Ajar Bayi Merangkak? Ini 8 Petua Boleh Dicuba Parents!

Nak Tahu Cara Ajar Bayi Merangkak? Ini 8 Petua Boleh Dicuba Parents!

Anak mula menunjukkan keinginan untuk merangkak? Ayuh parents, ketahui cara ajar anak merangkak sebagai tanda sokongan anda kepada si kecil!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Bila anak merangkak?

Apabila sampai waktunya, bayi anda akan mula belajar untuk merangkak. 

Ini merupakan antara fasa penting buat bayi kerana ia adalah praktis yang terbaik buat pergerakan mereka.

Kebolehan dan kecepatan bayi mula melangkah ke fasa ini adalah berbeza mengikut bayi.

Oleh itu, anda tidak perlu terkejut jika bayi anda masih belum boleh merangkak sedangkan rakan seusia mereka sudah boleh melakukannya.

Cara ajar anak merangkak

Sebagai ibu bapa, sudah menjadi tugas anda untuk mendorong dan membantu mereka dalam setiap yang dilakukan mereka termasuklah praktis untuk merangkak.

Berikut dikongsikan tip-tip bagi ibu bapa untuk mengajar bayi merangkak.

1. Tiarapkan bayi

Paling penting, bayi memahirkan diri untuk mengawal otot pada lehernya. Oleh itu, biasakan bayi untuk meniarap di atas perutnya.

Teknik yang dinamakan sebagai ‘tummy time’ ini sangat penting untuk bagi membiasakan mereka dengan posisi itu selain memastikan mereka dapat menstabilkan fleksibiliti badan mereka.

Baca juga:

2. Hadkan pertolongan, antara cara ajar anak merangkak

Meskipun ibu bapa perlu membantu mereka untuk praktis merangkak, ia sebenarnya perlu dihadkan.

Ini bertujuan membiasakan mereka untuk berusaha dengan sendiri dan mengurangkan kebergantungan terhadap ibu bapa.

Jangan terlalu cepat berasa kasihan kepada mereka dan merencatkan proses pembelajaran mereka.

3. Sediakan ruang yang selamat sebagai cara ajar anak merangkak

Anda juga perlu memastikan bahawa kawasan yang digunakan oleh bayi untuk praktis merangkak adalah selamat.

Pastikan kawasan tersebut luas, rata agar ia tidak sukar untuk mereka mendapatkan melatih keseimbangan badan mereka.

Jangan pula membiarkan mereka berlatih merangkak di atas tilam yang terlalu lembik atau mempunyai halangan kerana ia akan membahayakan keselamatan mereka.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

4. Letakkan permainan di hadapan bayi

Setiap individu memerlukan motivasi untuk mencapai sesuatu. Begitu juga dengan bayi.

Mereka juga memerlukan sesuatu untuk mereka kejar atau capai di hadapan mereka ketika sedang belajar merangkak.

Dalam konteks ini, anda boleh menggunakan permainan. Namun, anda perlu memerhatikan mereka agar mereka tidak terjatuh akibat terlalu teruja.

Selain itu, gunakan umpan seperti muzik atau warna yang boleh menarik perhatian mereka.

cara ajar anak merangkak

5. Elakkan penggunaan ‘baby walker’

Jangan membiasakan mereka untuk berjalan menggunakan ‘baby walker’ untuk mengelakkan kebergantungan mereka terhadapnya.

Menurut pakar, penggunaannya perlu dihadkan kepada dua jam sahaja dalam masa satu hari.

Selebihnya, biarkanmereka bermain di atas lantai. Ini kerana ia akan membuatkan pergerakan bayi anda terbatas dan bayi anda tidak dapat praktis untuk bergerak semaksima yang mungkin.

6. Jangan terburu-buru ajak anak merangkak

Bak kata pepatah, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Anda tidak perlu terlalu gopoh sehingga mula tertekan dan memaksa anak anda untuk praktis merangkak.

Kesemua peringkat dan fasa perkembangan bayi perlu memerlukan masa.

7. Fisioterapi dan senaman

Bagi sesetengah bayi, simulasi sahaja mungkin tidak akan berjaya. Oleh itu, ibu bapa boleh membantu bayi dengan melakukan senanam dan fisioterapi terhadap bayi.

Namun begitu, anda diingatkan untuk melakukan ini atas nasihat dengan bantuan pakar.

cara ajar anak merangkak

8. Merangkak bersama, salah satu cara ajar anak merangkak

Ibu bapa seharusnya memberikan segala dorongan, sokongan dan galakan yang diperlukan oleh bayi untuk praktis merangkak dengan jayanya.

Anda tidak perlu menjadi seorang jurulatih kepada bayi, cukup sekadar merangkak bersama bayi untuk membuat mereka lebih bersemangat dan bermotivasi untuk meniru perbuatan insan kesayangan mereka.

Jika ada ibu bapa lain yang berlagak dan menunjuk-nunjuk kebolehan anaknya untuk merangkak pada awal usia kepada anda, abaikannya.

Ia bukanlah bergantung sepenuhnya kepada usia semata-mata namun juga bergantung kepada bayi itu sendiri. Lambat atau cepat, bayi anda juga akan melalui fasa tersebut.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, berikan sokongan dan dorongan yang penuh kepada bayi dan sentiasa melihat perkembangannya dari hari ke hari.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Steps Toward Crawling. https://www.zerotothree.org/resources/202-steps-toward-crawling, Accessed on Aug 13, 2022
  2. Baby on the Move – 5 Ways to Encourage Crawling. https://pathways.org/baby-move-5-ways-encourage-crawling/, Accessed on Aug 13, 2022
  3. How To Encourage Crawling: 10 Creative Tips for Your Baby. https://www.wonderbaby.org/articles/how-to-encourage-crawling, Accessed on Aug 13, 2022
  4. 5 Cara Merangsang Dan Mengajar Bayi Merangkak. https://zuriat.my/cara-bayi-merangkak-berapa-bulan/. Accessed on March 5, 2019.
  5. 6 Tip Merangsang Bayi Cepat Merangkak. https://majalahpama.my/rupanya-ada-6-teknik-kena-ambil-peduli-supaya-bayi-cepat-merangkak/. Accessed on March 5, 2019.

 

Versi Terbaru

17/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Ini 6 Manfaat Minyak Telon Baby Yang Mama Harus Tahu, Point Last Sekali Paling Penting!

Bayi 3 Bulan Sudah Boleh Duduk? Ini Bahayanya Jika 'Paksa' Baby Duduk Terlalu Awal!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan