backup og meta

Vaksin Semasa Hamil Selamat, Tapi Elakkan 5 Jenis Suntikan Ini, BAHAYA!

Vaksin Semasa Hamil Selamat, Tapi Elakkan 5 Jenis Suntikan Ini, BAHAYA!

Antara persoalan yang sering bermain di minda wanita berbadan dua adalah selamatkah pengambilan vaksin untuk ibu mengandung?

Untuk mengetahui sama ada suntikan imunisasi secara amnya selamat atau tidak serta apakah antara vaksin yang sesuai untuk ibu mengandung, teruskan membaca perkongsian artikel ini. Semoga bermanfaat!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Vaksin untuk ibu mengandung

Sesetengah vaksin, seperti vaksin selesema bermusim tidak aktif dan vaksin batuk kokol, amat disyorkan semasa kehamilan. Ia bertujuan untuk melindungi kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.

Secara umumnya, untuk jenis vaksin tidak aktif ini, ia langsung tidak mengandungi versi hidup bagi virus yang ingin dilawan.

Sesetengah vaksin, seperti vaksin tetanus, adalah selamat untuk diambil suntikannya semasa kehamilan, jika perlu.

Bagaimana pula dengan vaksin yang harus dielakkan semasa mengandung? Ayuh ikuti penjelasannya.

Jenis vaksin yang harus dielakkan semasa mengandung

Walaupun pada awal tadi dinyatakan bahawa vaksin untuk ibu mengandung adalah selamat, pun begitu terdapat beberapa jenis suntikan imunisasi yang perlu dihindari.

Bagi vaksin yang menggunakan versi virus hidup, seperti vaksin MMR, anda biasanya dinasihatkan untuk menunggu sehingga bayi dilahirkan sebelum mendapatkan suntikan.

[embed-health-tool-vaccination-tool]

Ini kerana wujud banyak potensi risiko bahawa vaksin jenis ini boleh menyebabkan bayi dalam kandungan dijangkiti. Pun begitu, masih tidak terdapat bukti menunjukkan mana-mana vaksin hidup boleh mengakibatkan kecacatan kelahiran.

Ada kalanya, ibu hamil tetap akan diberikan vaksin hidup jika risiko mendapat jangkitan adalah lebih besar daripada kesan vaksinasi itu sendiri. 

Anda boleh mendapatkan lebih banyak nasihat dengan kesesuaian vaksinasi semasa kehamilan dengan doktor.

Antara jenis vaksin hidup adalah:

  • BCG (vaksinasi melawan tuberkulosis)
  • MMR (campak, beguk dan rubella)
  • Polio oral (merupakan sebahagian daripada vaksin serangkai 6-dalam-1 yang diberikan kepada bayi)
  • Kepialu mulut
  • Demam kuning

Vaksin untuk ibu mengandung: Bahayakah kepada bayi?

Sememangnya terdapat sesetengah vaksin, khususnya jenis vaksin hidup, tidak boleh diberikan kepada wanita berbadan dua kerana ia dibimbangi boleh mengembangkan risiko bahaya kepada bayi.

Perlu diingatkan bahawa vaksin yang disarankan untuk bakal ibu dibangunkan dengan kesesuaian keselamatan tertinggi untuk ibu dan bayi.

Vaksin yang sesuai untuk ibu mengandung

Secara amnya, vaksin yang mengandungi virus tidak aktif boleh diberikan kepada wanita hamil. Antara vaksin yang disyorkan secara rutin semasa kehamilan termasuklah:

Flu

Ketika hamil, sistem imun anda menjadi lemah untuk melindungi kandungan. Ini bermakna anda kurang berupaya untuk melawan jangkitan.

Apabila bayi membesar, anda mungkin tidak dapat bernafas sedalam-dalamnya, sekali gus meningkatkan risiko jangkitan seperti radang paru-paru.

Perubahan ini boleh meningkatkan risiko daripada jangkitan flu. Ini kerana ibu hamil lebih berkemungkinan mendapat komplikasi selesema berbanding wanita tidak mengandung, malah cenderung dimasukkan ke hospital. 

Dengan mendapatkan suntikan flu, boleh mengurangkan risiko terdedah kepada jangkitan ini.

vaksin untuk ibu mengandung

Batuk kokol, salah satu suntikan vaksin untuk ibu mengandung

Batuk kokol adalah jangkitan yang sangat serius dan bayi kecil paling berisiko dijangkiti. Malah kebanyakan bayi yang mengalami jangkitan ini akan dimasukkan ke hospital.

Apabila anda mendapatkan vaksinasi batuk kokol semasa hamil, badan akan menghasilkan antibodi untuk melindungi diri daripada jangkitan ini.

Antibodi ini akan berpindah kepada bayi, sekali gus memberikan mereka sedikit perlindungan sehingga si kecil mendapatkan suntikan ini ketika berusia 8 minggu.

Vaksin perjalanan

Ketika hamil, anda disaran untuk mengelakkan daripada berkunjung ke luar negara atau kawasan yang memerlukan vaksinasi perjalanan. Anda boleh bertanyakan pihak pengurusan syarikat pelancongan mengenai maklumat negara yang memerlukan suntikan ini.

vaksin untuk ibu mengandung

Pun begitu, jika anda tidak dapat menghindari daripada berkunjung ke negara tersebut, berbincanglah dengan doktor untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai risiko, manfaat dan vaksin yang sesuai untuk ibu mengandung.

Jika terdapat risiko jangkitan tinggi di tempat yang bakal anda kunjungi, selalunya adalah lebih selamat untuk mendapatkan suntikan imunisasi daripada melakukan perjalanan tanpa vaksinasi.

Contohnya, demam kuning yang merupakan virus disebarkan oleh nyamuk dan boleh membawa maut.

Vaksin demam kuning adalah vaksin hidup tetapi dianggap perlu untuk diberikan suntikan imunisasi jika anda berkunjung ke kawasan berisiko tinggi untuk jangkitan ini.

Vaksin untuk ibu mengandung dan malaria

Wanita hamil sangat terdedah kepada jangkitan malaria. Ia adalah keadaan serius dan boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi – jika teruk.

Antara negara berisiko:

  • Afrika
  • Amerika Selatan dan Amerika Tengah
  • Asia
  • Timur Tengah

Sebaiknya dielakkan daripada berkunjung ke negara terlibat. Tetapi jika tidak dapat dihindari, ada rawatan pencegahan seperti pengambilan tablet ubat antimalaria.

vaksin untuk ibu mengandung

Namun ubat tersebut bergantung kepada negara yang anda lawati. Ini kerana ada sesetengah negara, parasit malaria telah mengembangkan daya tahan terhadapnya.

Terdapat juga ubat antimalaria yang memberi kesan kepada perkembangan bayi. Sebagai contoh, doxycycline boleh menyebabkan gigi susu bayi berubah warna jika wanita hamil mengambilnya selepas 12 atau 13 minggu pertama kehamilan.

Bagi wanita yang merancang untuk hamil atau sedang berbadan dua, anda disarankan berunding dengan doktor untuk mengetahui kesesuaian vaksin untuk ibu mengandung dengan diri anda. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Vaccinations Needed During Pregnancy. https://www.immunize.org/catg.d/p4040.pdf, Accessed on Aug 4, 2022
  2. Vaccinations And Pregnancy. https://www.marchofdimes.org/pregnancy/vaccinations-and-pregnancy.aspx, Accessed on Aug 4, 2022
  3. Vaccinations in pregnancy. https://www.nhs.uk/pregnancy/keeping-well/vaccinations/, Accessed on Aug 4, 2022
  4. Vaccinations and pregnancy. https://www.pregnancybirthbaby.org.au/vaccinations-and-pregnancy, Accessed on Aug 4, 2022
  5. Which vaccines during pregnancy are recommended and which ones should I avoid? https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/expert-answers/vaccines-during-pregnancy/faq-20057799, Accessed on Aug 4, 2022
  6. Vaccines During Pregnancy. https://www.cdc.gov/vaccinesafety/concerns/vaccines-during-pregnancy.html#Safe,  Accessed on Aug 4, 2022

Versi Terbaru

06/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Mama, Jom Amalkan Posisi Tidur Ini Untuk Elak Bayi Lahir Songsang!

Sebelum Guna Sex Toys Masa Hamil, Baca Penjelasan Ini Dulu Untuk Elak BAHAYA!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan