Perkembangan Si Bayi
Minggu 40 kehamilan – perkembangan si bayi
Bayi anda sekarang bersaiz seperti sebiji labu kecil dan bersedia untuk kelahiran pada bila-bila masa.
Berat bayi anda adalah sekitar 3.4 kg dengan kepanjangan lebih kurang 50.8 cm.
Selepas berminggu-minggu persediaan, akhirnya anda bakal menemui bayi anda tidak lama lagi.
Hanya 5% wanita melahirkan pada tarikh kelahiran yang diramalkan, dan ramai ibu yang pertama kali hamil mendapati mereka menunggu sehingga 2 minggu selepas jangkaan waktu kelahiran untuk menemui bayi mereka.
Jangan mengharapkan bayi anda terus kelihatan cantik dan comel sewaktu awal kelahiran.
Bayi baru lahir kebiasaannya mempunyai bentuk kepala yang tidak cukup bulat dan bahagian warna kulit yang tidak sekata, tompok kulit yang kering serta ruam.
Tetapi, semua ini hanya sementara sahaja.
Disebabkan terdapat hormon anda dalam sistem badan bayi, alat kelamin bayi anda mungkin kelihatan membengkak (skrotum dalam lelaki dan labia dalam perempuan).
Bayi anda, sama ada lelaki atau perempuan mungkin akan mengeluarkan susu daripada putingnya yang kecil.
Ini adalah penemuan yang normal dan akan hilang selepas beberapa hari.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen