Anda pasti?
Batuk kokol atau dikenali sebagai pertussis dikira sebagai penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.
Dalam kebanyakan kes, ia ketara dengan batuk kering yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas, berbunyi seperti “whoop”.
Ia mudah merebak tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.
Batuk ini lazim menjangkiti bayi dan kanak-kanak tetapi sebenarnya ia mampu menjangkiti semua peringkat umur.
Ia boleh diatasi dengan mengurangkan faktor risikonya. Sila berbincang dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Tanda-tanda dan simptom batuk ini akan muncul selepas 10 hari mendapat jangkitan ini.
Tanda-tanda dan simptom yang lazim pada peringkat awal biasanya sederhana dan sama dengan demam selsema.
Anda boleh mendapat:
Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan akan:
Bayi berkemungkinan tidak batuk. Mereka mungkin mempunyai masalah pernafasan atau mereka berhenti bernafas seketika.
Anda perlu menghubungi doktor sekiranya anda atau anak anda mempunyai tanda berikut:
Batuk kokol adalah disebabkan oleh bakteria.
Apabila anda menyentuh individu yang dijangkiti bakteria ini, atau anda berada berhampiran dengan individu yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin, anda bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan kedalam paru-paru anda.
Terdapat banyak faktor risiko untuk batuk kokol. Antaranya ialah:
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Disebabkan fakta bahawa tanda dan simptom batuk kokol tidak muncul pada peringkat awal atau ianya sama seperti penyakit pernafasan yang lazim seperti selsema, atau radang bronkus (bronchitis), diagnosis untuk kondisi anda sukar untuk dibuat.
Jika doktor anda hendak memastikan diagnosis itu betul, anda boleh menjalani beberapa ujian perubatan seperti ujian dan kultur hidung dan kerongkong, ujian darah atau x-ray dada.
Ujian dan kultur hidung dan kerongkong ialah mengambil calitan atau sedut sampel daripada bahagian yang hendak diperiksa dan terbukti mempunyai bakteria batuk kokol tersebut.
Ujian darah memerlukan sampel darah, kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa bilangan sel darah putih kerana sel ini berfungsi untuk melawan jangkitan bakteria ini.
X-ray dada boleh diambil untuk mengesan radang atau cecair di dalam paru-paru, yang berlaku apabila pnemonia menjadi komplikasi daripada batuk kokol dan jangkitan pernafasan yang lain.
Untuk merawat batuk kokol pada peringkat awal, anda boleh menggunakan antibiotik yang membantu membunuh bakteria penyebab batuk kokol, mengurangkan simptom dan membantu untuk sembuh dengan segera.
Tetapi jika batuk kokol anda didiagnos lewat, antibiotik sebenarnya masih mampu untuk berfungsi.
Jika batuk anda menghalang anda daripada minum air secukupnya, anda mempunyai risiko mendapat dehidrasi.
Ini adalah masa untuk anda menghubungi doktor dengan segera.
Jika anak anda menghadapi masalah untuk makan dan minum, cecair akan dimasukkan melalui saluran darah jika perlu.
Doktor juga mungkin meminta untuk mengasingkan anak anda daripada orang lain untuk mengelak daripada jangkitan merebak. Jika anak anda sudah membesar, anda boleh memberi rawatan dirumah.
Gaya hidup dan kaedah pengubatan sampingan berikut dapat membantu anda menangani batuk kokol ini:
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor bagi memahami rawatan terbaik untuk anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Whooping cough. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/whooping-cough/symptoms-causes/syc-20378973. Accessed July 25, 2016.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen