Kaki bengkak semasa mengandung keadaan normal untuk terjadi disebabkan perubahan fizikal yang dialami. Tetapi selamat ke jika ingin urut kaki ketika hamil?
Untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai urutan kaki ketika hamil, teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Selamat ke urut kaki ketika hamil?
Mendapatkan urutan saat kaki sedang bengkak ditambah dengan rasa lenguh disebabkan bebanan yang semakin bertambah pastinya mengujakan. Tetapi adakah mengurut kaki selamat dilakukan semasa tempoh kehamilan?
Umumnya terdapat kebimbangan untuk wanita hamil mengalami pembekuan darah pada kaki. Perubahan aliran darah menyebabkan anda lebih berisiko mengalaminya semasa mengandung.
[embed-health-tool-due-date]
Jika terdapat bintik-bintik merah, bengkak atau bahagian bawah kaki berasa lebih panas, jangan mengurut, sebaliknya lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.
Sekiranya ibu hamil mempunyai sejarah mengalami masalah darah beku, pastikan anda berunding dengan doktor sebelum mengurut pada mana-mana bahagian bawah badan.
Jika doktor memberi keizinan untuk berurut, terdapat beberapa pilihan boleh dibuat dengan tahap keselamatan yang berbeza-beza, seperti:
Urutan kaki pedicure
Urut kaki sambil merias kuku jari kaki – 2 dalam 1 – bukankah ia akan menjimatkan masa dan tenaga?
Namun malangnya, urutan ketika hamil di salon kuku bukanlah pilihan yang baik. Ini kerana individu yang merias kuku ini biasanya tidak dilatih bagi melakukan urutan kehamilan.
Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, sebaiknya anda elakkan sebarang urutan kaki semasa pedicure.
Tukang urut
Pilihan terbaik semestinya urutan daripada ahli terapi urut atau refleksologi berdaftar yang mempunyai pengetahuan dan latihan dalam urutan pranatal.
Mereka mengetahui perkara yang selamat dan urutan sesuai untuk kaki anda yang membengkak dan lenguh itu.
Urut kaki ketika hamil di rumah
Sekiranya terasa ingin diurut kaki, apa kata minta pasangan untuk memanjakan anda?
Paling penting, elakkan mana-mana bahagian yang boleh menyebabkan kesakitan. Pastikan juga anda berada di dalam posisi duduk yang selesa semasa mengurut, tetapi hindari berbaring secara terlentang.
Jika ketika urutan dilakukan anda berasa tidak selesa, kekejangan atau masalah lain, hentikan sesi mengurut.
Manfaat urut kaki ketika hamil
Berikut beberapa faedah urutan kaki:
- Semasa mengandung, terapi urutan termasuklah urut tapak kaki ketika hamil, dipercayai dapat mengurangkan hormon berkaitan dengan kemurungan, kegelisahan dan perubahan mood swings, termasuk kortisol dan norepinephrine. Ini sekali gus meningkatkan hormon baik seperti dopamin dan serotonin
- Penurunan kortisol juga mengurangkan tekanan dalam badan, menjadikan bakal ibu lebih bertenang
- Urutan kaki sebagai tambahan kepada refleksologi boleh mengurangkan masalah sakit pinggang dan sakit pelvis semasa mengandung
- Kesan urut kaki ketika hamil serta refleksologi dilihat membantu meningkatkan kualiti tidur
- Terapi urutan juga mempunyai manfaat semasa proses kelahiran bayi. Dipercayai wanita yang diurut memerlukan masa bersalin dapat dikurangkan hingga 3 jam dan hanya memerlukan sedikit ubat secara puratanya
- Faedah mengurut juga berpanjangan sehingga selepas bersalin – di mana tahap kemurungan dan hormon kortisol adalah lebih rendah
- Mengurut juga mendatangkan kebaikan kepada si kecil. Bayi baru lahir oleh ibu yang diurut kurang berkemungkinan dilahirkan pramatang dan mempunyai berat lahir rendah. Mereka juga menunjukkan tahap kortisol lebih rendah, di mana bayi nanti akan lebih tenang (kurang meragam)
Baca juga: