Hamil dan sedang mencari senarai makanan untuk cerahkan kulit bayi, tetapi ada ke? Sudah tentu ada makanan yang dapat membantu menjadikan impian anda satu kenyataan.
Teruskan membaca bagi mengetahui 11 jenis makanan yang boleh diambil semasa kehamilan untuk mendapatkan bayi kulit putih tercapai.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Minuman & makanan untuk cerahkan kulit bayi
Antara kegusaran sering dialami setiap ibu mengandung adalah mengenai keadaan kulit si kecil yang bakal dilahirkan.
Sememangnya warna kulit bayi tidak dapat ditentukan sebelum lahir, namun terdapat beberapa jenis makanan yang dapat membantu menjadikan kulit bayi dalam kandungan lebih cantik dan gebu.
Kelapa bantu bayi kulit putih
Air kelapa mengandungi elektrolit tinggi dengan manfaat sebagai antioksidan semula jadi yang baik bagi wanita sedang hamil. Ia juga dapat membantu badan untuk kekal terhidrat selain membantu menjernihkan air ketuban.
Disebabkan itu, air kelapa dipercayai dapat membuat kulit si comel dalam kandungan menjadi putih gebu.
Susu kunyit
Kunyit memang terkenal di dalam dunia kecantikan. Rempah ini diyakini dapat membersihkan darah sehingga boleh memutihkan kulit dan membuatnya lebih cerah.
Minum susu hangat dicampur 5-6 potongan kunyit hidup ini satu gelas sehari sebelum tidur turut berfungsi sebagai susu untuk cerahkan kulit bayi. Untuk menjadikan rasanya lebih enak, anda boleh menambah gula di dalamnya.
Avokado, salah satu makanan untuk cerahkan kulit bayi
Avokado adalah buah yang kaya dengan vitamin C dan E – kedua-duanya terkenal dengan sifat antioksidannya.
Vitamin C juga membantu dalam mengurangkan keradangan dan penting untuk penghasilan kolagen badan. Penghasilan kolagen ini seterusnya dapat mencerahkan tona kulit bayi.
[embed-health-tool-due-date]
Tomato, sayuran yang membuat kulit putih
Lycopene, antioksidan kuat yang terdapat dalam tomato, khususnya bahagian kulit. Kajian mendapati likopena dapat membantu melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya apabila terdedah kepada matahari.
Tomato juga dianggap sebagai makanan yang mencerahkan kulit bayi dalam kandungan.
Makanan untuk cerahkan kulit bayi #Ikan berlemak
Ikan berlemak seperti tuna, salmon dan sardin kaya dengan asid lemak omega-3. Ia penting dalam membantu membaiki membran sel dan seterusnya memastikan keanjalan kulit bayi anda.
Ceri dan beri, buah yang bagus untuk kulit wajah
Buah ceri dan beri seperti beri biru, strawberi, raspberi dan beri hitam adalah antara buah dengan sumber antioksidan tertinggi.
Dianggap sebagai makanan untuk cerahkan kulit bayi, kandungan antioksidan dalam buah ini berfungsi mencegah penuaan pramatang dengan mengurangkan kerosakan yang disebabkan radikal bebas.
Jus anggur
Jus anggur sangat bermanfaat untuk wanita hamil kerana ia membantu dalam perkembangan kulit yang cerah dan berseri untuk bayi.
Ia kaya dengan asid folik yang membantu dalam perkembangan tiub saraf bayi. Asid folik sangat penting untuk wanita hamil kerana ia membantu dalam mencegah kecacatan kelahiran seperti spina bifida.
Badam
Badam adalah sumber vitamin E yang baik dalam mengekalkan kulit sihat dan bercahaya. Ia juga membantu untuk mendapatkan bayi kulit putih.
Anda boleh mengambil segenggam badam setiap hari sebagai snek sihat atau dimasukkan ke dalam bijirin sarapan mahupun oat.
Makanan tenusu
Selain susu, produk tenusu lain yang boleh dimasukkan ke dalam diet adalah seperti yogurt, keju dan dadih.
Produk tenusu adalah sumber kalsium yang baik dan penting untuk perkembangan tulang dan gigi bayi. Ia juga sumber protein yang baik untuk membantu membina otot bayi.
Selain itu, makanan tenusu juga membantu mencerahkan warna kulit bayi, ini secara tidak langsung menjadikan ia pilihan makanan untuk anak cantik dan putih gebu.
Ubi keledek, antara makanan untuk cerahkan kulit bayi
Ubi keledek adalah sumber karotenoid yang sangat baik dan penting untuk perkembangan warna kulit bayi.
Amat disarankan untuk memakan sekurang-kurangnya dua hidangan keledek setiap hari semasa mengandung.
Jika doktor menasihatkan anda untuk mengambil suplemen asid folik, anda juga boleh mendapatkannya secara semula jadi daripada ubi keledek.
Secara umumnya, ubi keledek adalah baik untuk kesihatan bayi dan dapat membantu mencerahkan kulit mereka.
Telur
Telur adalah sumber nutrien sangat penting untuk perkembangan bayi. Ia mengandungi protein, kolin, vitamin D dan E, asid lemak omega-3 dan antioksidan yang baik. Semua nutrien tersebut amat penting untuk tumbesaran dan perkembangan bayi.
Anda boleh mengambil telur dalam apa jua bentuk hidangan seperti rebus, scrambled, telur dadar dan sebagainya.
Wanita hamil yang mengamalkan pengambilan telur juga dapat membantu meningkatkan seri kulit si kecil.
Kesimpulan
Buat ibu hamil, tidak salah untuk mencuba pelbagai cara dan petua untuk mendapatkan bayi kulit putih.
Tetapi pada hakikatnya, anda perlu memastikan sebarang minuman atau makanan untuk cerahkan kulit bayi tidak akan mendatangkan mudarat sama ada kepada diri atau bayi dalam kandungan.