Menjelang akhir tahun, biasanya datang musim tengkujuh di Malaysia dan dalam keadaan ini wanita mengandung perlu lebih berjaga-jaga untuk kekal sihat. Jom ketahui mengenai penjagaan pemakanan ibu hamil semasa musim hujan.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Penjagaan pemakanan ibu hamil semasa musim hujan
Semasa musim tengkujuh, kecenderungan untuk mengalami selesema atau jangkitan gastrousus lain sangat tinggi, khususnya wanita hamil. Jadi, amat penting untuk memastikan makanan untuk ibu hamil trimester 1, 2 dan 3 terjaga kebersihannya.
[embed-health-tool-due-date]
1. Katakan tidak kepada street food
Mengidam makanan yang dijual di tepi jalan? Walaupun bukan semua peniaga makanan mengabaikan aspek kebersihan, namun buat masa ini ia merupakan antara menu larangan ibu hamil trimester pertama, kedua dan ketiga pada musim hujan.
Makanan yang tidak terjamin kebersihannya dan tercemar mendedahkan ibu dan bayi dalam kandungan kepada masalah kesihatan seperti taun, kepialu dan sebagainya.
Sebaiknya jika teringinkan sesuatu makanan, minta seseorang untuk menyediakannya di rumah atau dapatkan hidangan tersebut dari restoran yang terjaga kebersihannya.
2. Pemakanan ibu hamil semasa musim hujan #Hanya sayur yang dimasak
Mengunyah lobak merah atau timun mentah mungkin menjadi kegemaran individu, tetapi semasa musim tengkujuh ini, elakkan.
Ini terutamanya sayur yang terdedah di luar – cenderung menyerap lembapan daripada udara dan membolehkan pembiakan mikoorganisma.
Mikrob dalam sayur-sayuran mentah boleh mengubah aktiviti enzim badan, mengakibatkan senak dan loya.
Sebarang masalah kesihatan disebabkan oleh pengambilan sayuran tersebut boleh menjejaskan perkembangan janin, khususnya pada peringkat awal.
3. Makan buah segar
Tidak boleh makan buah semasa musim tengkujuh? Sememangnya buah merupakan makanan untuk ibu hamil trimester 1 hingga 3 yang sangat digalakkan. Namun untuk pengambilan buah-buahan mentah pada musim hujan, mungkin wujud risiko tertentu.
Buah cenderung mempunyai kandungan air di dalamnya, sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk perkembangan mikrob.
Memotong buah dan membiarkan ia terdedah boleh menarik mikrob untuk masuk dan akan berpindah ke badan anda apabila memakannya.
Jadi buat sementara waktu, buah potong dan jus buah dijual di gerai merupakan antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil.
Jika ingin memakan buah, makan di rumah – potong dan makan segera. Paling penting pastikan ia dibasuh sebersihnya. Lebihan buah yang tidak habis, jangan disimpan!
Oren dan kiwi merupakan antara buah yang disarankan semasa musim hujan. Ia mengandungi banyak vitamin dan mineral yang berfungsi meningkatkan sistem imun tubuh.
4. Kekal terhidrat
Dalam cuaca sejuk, kita akan jarang untuk minum air dan keadaan ini akan mengganggu proses penyingkiran toksin dari badan.
Tetap amalkan pengambilan 6-8 gelas air sehari. Sebaiknya pilihlah air masak bagi melindungi diri daripada penyakit bawaan air. Musim tengkujuh adalah masa utama untuk jangkitan sedemikian merebak melalui air.
Anda boleh memilih meningkatkan pengambilan cecair dengan pilihan seperti:
- Jus buah segar
- Air kelapa
- Air yang membekalkan elektrolit, vitamin dan mineral
5. Pemakanan ibu hamil semasa musim hujan #Pengambilan daging
Keperluan untuk protein semasa mengandung agak tinggi. Ia boleh diperolehi melalui pengambilan makanan laut atau daging ayam mahupun lembu. Tetapi anda harus berhati-hati semasa mengambil makanan ini.
Pastikan daging tersebut disimpan dengan cara yang betul atau ia boleh menyebabkan pembiakan pelbagai jenis mikrob dan parasit.
Produk ikan mentah seperti sushi adalah antara makanan yang dilarang untuk ibu hamil.
Kesimpulan
Musim tengkujuh ini sememangnya menjanjikan cuaca yang sejuk. Duduk berselubung selimut sambil menikmati minuman coklat panas dan menonton filem kegemaran amat menyeronokkan.
Pada tempoh kehamilan inilah ibu dan bayi dalam kandungan amat terdedah kepada pelbagai penyakit dan jangkitan. Disebabkan itu, adalah lebih penting untuk menjaga kesihatan dan aspek pemakanan ibu hamil terutamanya semasa musim hujan ini.
Mengetahui jenis makanan yang dilarang untuk ibu hamil semasa musim hujan ini bukanlah sesuatu perkara boleh dipandang enteng. Ini kerana risiko untuk mengalami jangkitan sangat tinggi.
Menjaga kebersihan diri untuk kekal selamat
Cuci tangan dengan kerap, terutamanya sebelum memasak atau makan apa-apa, mandi setiap hari untuk menyingkirkan mikrob dan jangkitan lain, pastikan persekitaran anda bersih.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan, kebimbangan mahupun pertanyaan mengenai makanan semasa hamil ketika musim hujan, berundinglah dengan doktor pakar sakit puan bagi mendapatkan lebih kepastian.