home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Bayi yang Lahir Secara C-section Lebih Berisiko Mengalami Obesiti Sebanyak 15%

Bayi yang Lahir Secara C-section Lebih Berisiko Mengalami Obesiti Sebanyak 15%

C-section atau caesareaen adalah prosedur melahirkan bayi melalui kaedah pembedahan. Kaedah ini akan digunakan sekiranya dipersetujui oleh ibu bapa atau apabila imbasan ultra bunyi dan pemeriksaan kehamilan menunjukkan kelahiran bayi secara normal akan mendatangkan bahaya buat si ibu dan bayi.

Kajian menunjukkan bahawa cara kelahiran mempengaruhi kesihatan bayi

Kajian terbaharu menyimpulkan bahawa bayi yang lahir secara C-section mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk mengalami obesiti dewasa kelak. Ia merupakan kajian pertama yang menunjukkan kaitan antara obesiti dengan C-section dan melibatkan lebih daripada 22,000 individu dalam masa 16 tahun. Hasil kajian ini menunjukkan bayi yang lahir secara C-section lebih berisiko mengalami obesiti jika dibandingkan dengan bayi yang lahir normal sebanyak 15%.

Masalah metabolik

Pakar menyatakan bahawa bayi yang lahir secara C-section akan kurang terdedah dengan bakteria yang terdapat pada saluran kelahiran yang akan berpindah kepada bayi lalu menjejaskan kadar metabolik bayi. Ini akan memberi impak kepada perkembangan diet dan berat badan bayi ketika sedang membesar.

Ada bukti saintifik yang menunjukkan ekosistem bakteria dalam badan manusia akan memberi kesan kepada kesihatan termasuklah menjejaskan metabolisma, meningkatkan risiko diabetes serta memberi implikasi kepada kesihatan mental. Bayi yang lahir secara C-section cenderung untuk tidak disusukan dengan susu badan. Ini akan menjejaskan bakteria dalam badan lantas menyebabkan risiko obesiti meningkat.

Pakar juga menyatakan bahawa bayi yang lahir secara C-section juga lebih berisiko mengalami obesiti berbanding dengan adik-beradiknya yang lahir normal sebanyak 64%, walaupun mereka membesar dalam suasana dan persekitaran yang sama.

Masalah pernafasan

Terdapat juga bayi yang mengalami masalah pernafasan selepas prosedur C-section. Anda tidak perlu risau kerana ia adalah tidak serius namun memerlukan bantuan penjagaan yang rapi. Masalah pernafasan ini boleh terjadi sekiranya bayi anda lahir pra matang atau lahir secara C-section.

Ia juga boleh berlaku jika anak anda lahir secara C-section sebelum si ibu mengalami sakit bersalin iaitu sekitar 39 minggu kehamilan. Bayi ini lebih berisiko ditempatkan di unit rawatan rapi neonatal berbanding bayi yang lahir normal. Selain itu, bayi yang lahir secara caesarean ini juga lebih berisiko menghidap asma kelak.

Bagi kebanyakan wanita, melahirkan bayi secara pembedahan adalah keperluan medikal untuk melindungi bayi dan diri mereka sendiri. Walaupun terdapat kaitan yang jelas antara pembedahan C-section dengan obesiti, anda tidak seharusnya mengelak daripada melakukan prosedur ini jika ia disarankan oleh doktor.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Gentle C-section. http://www.babycenter.com/0_gentle-c-section_10404484.bc. Accessed November 29, 2016.

Caesarean Birth: What Are The Risks and Benefits. http://www.babycentre.co.uk/a1029062/caesarean-birth-what-are-the-risks-and-benefits. Accessed November 29, 2016.

Babies Born By Caesarean More Likely To Be Obese As Adults, Study Suggests. https://www.theguardian.com/society/2016/sep/06/babies-born-by-caesarean-more-likely-to-be-obese-as-adults-study-suggests. Accessed November 29, 2016.

Babies Born By Caesarean Section At Greater Risk of Obesity, Harvard Study Finds. http://www.telegraph.co.uk/news/2016/09/06/c-section-babies-15-per-cent-more-likely-to-become-obese-harvard/. Accessed November 29, 2016.

 

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 26/11/2019
Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
x