backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Hb Ibu Rendah Masa Hamil Bahaya Pada Bayi Dalam Kandungan? Ini Jawapannya…

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/04/2024

    Hb Ibu Rendah Masa Hamil Bahaya Pada Bayi Dalam Kandungan? Ini Jawapannya…

    Apakah tanda Hb rendah ketika hamil ya? Adakah masalah tekanan darah rendah ini boleh mendatangkan kesan bahaya kepada bayi dalam kandungan?

    Dalam perkongsian artikel ini ada jawapannya bersama cara penjagaan yang boleh diamalkan.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Hb rendah ketika hamil: Kesannya kepada kehamilan

    Sepanjang kehamilan semasa pemeriksaan pranatal, tekanan darah bakal ibu biasanya akan diperiksa.

    Tekanan darah adalah ‘kekuatan darah’ kerana ia menolak dinding arteri semasa jantung mengepam. Ia boleh naik atau turun pada masa tertentu dalam sehari. Tekanan darah juga boleh berubah apabila anda berasa teruja atau gementar.

    Bacaan tekanan darah memberikan maklumat penting tentang kesihatan anda dan bayi dalam kandungan

    Ia juga boleh menjadi cara untuk doktor menentukan sama ada anda mempunyai masalah kesihatan lain yang perlu diperiksa, seperti preeklampsia.

    Perubahan yang berlaku semasa hamil juga boleh mempengaruhi kadar tekanan darah anda. Ini kerana sistem peredaran darah mengembang dengan cepat dan boleh menyebabkan penurunan tekanan darah.

    Ia adalah keadaan biasa untuk tekanan darah menurun dalam 24 minggu pertama kehamilan.

    Baca juga:

    Antara punca Hb rendah ketika hamil:

    • Dehidrasi 
    • Anemia 
    • Pendarahan dalaman
    • Tempoh bed rest lama
    • Ubat tertentu
    • Keadaan jantung
    • Gangguan endokrin
    • Gangguan buah pinggang
    • Jangkitan 
    • Kekurangan nutrisi
    • Tindak balas alahan

    Maksud tekanan darah rendah

    Garis panduan semasa mentakrifkan bacaan tekanan darah normal sebagai sistolik kurang daripada 120 mm Hg (nombor atas) dan melebihi 80 mm Hg diastolik (nombor bawah).

    Doktor biasanya menentukan ia sebagai tekanan darah rendah jika bacaan anda di bawah 90/60 mm Hg.

    Pun begitu, terdapat individu yang mempunyai tekanan darah rendah sepanjang hidup mereka dan tidak mengalami sebarang gejala.

    Bahaya tekanan darah rendah semasa mengandung

    Amnya, mengalami tekanan darah rendah semasa kehamilan tidak perlu dikhuatiri melainkan anda mengalami gejala.

    Penurunan yang terlalu rendah mungkin merupakan tanda masalah serius bahkan boleh mengancam nyawa. Ia boleh menyebabkan anda jatuh, mengalami kerosakan organ atau kejutan.

    Hb yang rendah juga boleh menjadi petanda kehamilan ektopik – berlaku apabila telur disenyawakan ditanam di luar rahim wanita.

    Bahayakah ia kepada bayi?

    Terdapat banyak penyelidikan yang mengkaji tentang bagaimana tekanan darah tinggi semasa kehamilan memberi kesan kepada bayi. Pun begitu, data mengenai kesan tekanan darah rendah adalah terhad.

    Sesetengah kajian mencadangkan bahawa Hb rendah boleh menyebabkan masalah seperti stillbirth dan berat lahir rendah. Pun begitu, terdapat faktor tambahan yang mempengaruhi kesan ini.

    Lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk memahami kesan tekanan darah rendah semasa hamil terhadap kesihatan bayi.

    hb rendah ketika hamil

    Tanda Hb rendah ketika hamil

    Gejala tekanan darah rendah termasuklah:

    • Pening
    • Rasa berpusing terutamanya ketika berdiri atau duduk
    • Pengsan
    • Loya
    • Keletihan
    • Penglihatan kabur
    • Kerap dahaga
    • Kulit lembap, pucat atau sejuk
    • Pernafasan laju atau pendek
    • Kurang fokus

    Lakukan pemeriksaan doktor jika anda mengalami sebarang tanda Hb rendah ketika hamil.

    Penjagaan diri 

    Jika anda mengalami gejala tekanan darah rendah seperti pening, perkara berikut boleh dicuba:

    hb rendah ketika hamil

    • Elakkan bangun dengan cepat apabila duduk atau berbaring
    • Jangan berdiri untuk jangka masa lama
    • Makan hidangan dalam saiz kecil
    • Jangan mandi air panas
    • Minum banyak air
    • Pakai pakaian yang longgar

    Sebaik-baiknya, amalkan diet sihat dan seimbang serta mengambil vitamin pranatal bagi mengelakkan sebarang simptom Hb rendah.

    Jika terdapat gejala Hb rendah yang menjejaskan aktiviti harian anda, berundinglah dengan doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/04/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan