home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Nutrien Mesti-Ada untuk Wanita Hamil

Nutrien Mesti-Ada untuk Wanita Hamil

Semasa hamil, wanita perlu memberi perhatian kepada pengambilan vitamin dan mineral mereka dalam usaha untuk mencegah kekurangan nutrien, yang akan meninggalkan kesan yang buruk kepada bayi di masa depan.

Vitamin A

Kebanyakan ibu hamil tidak memerlukan suplemen vitamin A kerana mereka telah banyak mendapatkannya dalam diet mereka. Lagi pula, vitamin pranatal selalunya mengandungi vitamin A. Bagi mengawal jumlah pengambilan vitamin A, baca label pada vitamin pranatal anda dengan betul. Jika anda mengambil vitamin A lebih daripada yang disarankan, anda lebih cenderung mendapat masalah keracunan hati dan bayi anda mungkin mendapat kecacatan kelahiran.

Pengambilan harian untuk wanita hamil

Bagi wanita yang berusia 18 tahun dan yang lebih muda: 750 mcg RAE (bersamaan dengan aktiviti retinol) dan 770 mcg RAE untuk wanita usia 19 tahun dan ke atas.

Mengapa bayi anda perlu vitamin A?

Dengan vitamin A, organ, tulang, mata, dan juga sistem saraf pusat, peredaran darah dan pernafasan bayi boleh berkembang dengan baik.

Sumber makanan yang kaya dengan vitamin A

  • Hati
  • Susu
  • Telur
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Cantaloupe
  • Labu
  • Brokoli
  • Ubi kentang
  • Buah kuning
  • Sayuran hijau dan kuning

Vitamin B6

Mengapa bayi anda perlu vitamin B6?

Vitamin B6 membantu metabolisme protein dan karbohidrat. Tambahan pula, ia membantu mengembangkan otak, sistem saraf, dan membentuk sel darah merah.

Pengambilan harian untuk wanita hamil: 1.9 mg

Sumber makanan yang kaya dengan vitamin B6:

  • Ayam
  • Ikan
  • Hati
  • Telur
  • Lobak merah
  • Kacang walnut
  • Kacang tanah
  • Brokoli
  • Pisang
  • Sayur kacang
  • Beras perang
  • Cantaloupe
  • Kacang pis
  • Bayam
  • Germa gandum
  • Biji bunga matahari

Zat besi

Mengapa bayi anda perlukan zat besi?

Zat besi membantu bayi anda untuk mengembangkan seluruh bekalan darahnya – yang mana lebih kurang dua kali ganda jumlah zat besi yang anda perlukan. Tanpa zat besi, bayi anda mungkin mengalami kelahiran pramatang dan berat badan rendah semasa lahir.

Pengambilan harian untuk wanita hamil: 27 mg

Sumber makanan yang kaya dengan zat besi:

  • Kacang kering
  • Germa gandum
  • Bijian yang diperkuat dengan zat besi
  • Daging
  • Bayam
  • Buahan kering

Folat

Mengapa bayi anda perlu folat?

Folat dapat mencegah kecacatan kelahiran, kecacatan tiub neural, keabnormalan otak dan saraf tunjang. Ia juga boleh mengurangkan kebarangkalian kelahiran pramatang.

Pengambilan harian untuk wanita hamil: 800 mg.

Sumber makanan yang kaya dengan folat:

  • Kacang pis
  • Pasta
  • Bayam
  • Brokoli
  • Ubi bit
  • Kubis bunga
  • Strawberi
  • Sayuran berdaun hijau

Bila-bila masa anda mahu membeli-belah, pastikan anda membaca label dengan betul untuk memastikan anda mendapat cukup nutrien. Jika anda mendapati pengambilan diet seimbang semasa hamil adalah mencabar, anda boleh mendapatkan bantuan daripada doktor atau pakar pemakanan untuk mereka pelan pemakanan yang boleh memanfaatkan anda dan bayi.

health-tool-icon

Kalkulator Tarikh Bersalin

Gunakan kalkulator ini untuk menentukan tarikh akhir anda. Walau bagaimanapun, ini hanyalah anggaran semata-mata! Kebanyakan wanita akan melahirkan anak dalam masa seminggu sebelum atau selepas tarikh ini.

Panjang Kitaran

28 hari

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Pregnancy diet: Focus on these essential nutrients. http://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy-nutrition/art-20045082. Accessed December 2, 2016.

Pregnancy nutrients you need to help your baby grow. http://www.babycenter.com/0_pregnancy-nutrients-you-need-to-help-your-baby-grow_4540.bc?showAll=true. Accessed December 2, 2016.

Nutrients & Vitamins For Pregnancy. http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/nutrients-vitamins-pregnancy/. Accessed December 2, 2016.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin Disemak pada 13/09/2019
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor