backup og meta

Jangan Pergi Medical Checkup Selagi Anda Tak Buat 6 Perkara Ini Dulu!

Ramai orang hanya hadir ke medical checkup tanpa membuat sebarang persediaan. Akibatnya, anda perlu buat temu janji lagi bagi melakukan pemeriksaan kesihatan kerana tidak memenuhi kriteria yang diperlukan. Oleh itu, persediaan awal sangat penting untuk memastikan keputusan yang diperoleh tepat dan proses pemeriksaan berjalan lancar. Ditambah lagi dengan harga medical checkup kerajaan berbeza dengan harga medical checkup swasta.

Jangan Pergi Medical Checkup Selagi Anda Tak Buat 6 Perkara Ini Dulu!

Sama ada pemeriksaan berkala atau saringan kesihatan pertama anda, langkah persediaan yang betul boleh membuat perbezaan besar. Teruskan membaca artikel ini bagi mengetahui apa jenis persediaan yang anda perlu lakukan sebelum menjalani medical checkup.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.

6 Persiapan diri sebelum melakukan medical checkup 

Buat pengetahuan anda, secara amnya, sesiapa yang berumur 18 tahun ke atas digalakkan membuat saringan kesihatan. Jika anda mempunyai sejarah keluarga penyakit tidak berjangkit (NCD), anda digalakkan untuk menjalani pemeriksaan kesihatan pada usia yang lebih awal. Hal ini kerana, penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser kekal menjadi masalah kesihatan utama di Malaysia. 

1. Ketahui jenis pemeriksaan yang akan dilakukan

Sebelum hadir ke klinik atau hospital, pastikan anda mengetahui jenis ujian yang akan dijalankan. Sama ada ia melibatkan ujian darah, air kencing, X-ray atau pemeriksaan khusus seperti kolesterol dan gula dalam darah.

Setiap ujian mempunyai keperluan berbeza. Contohnya, ujian darah tertentu memerlukan anda berpuasa selama 8 hingga 12 jam. Dengan memahami jenis pemeriksaan, anda boleh membuat persediaan yang lebih tepat dan mengelakkan keputusan yang tidak sah.

Berikut ialah jenis-jenis medical checkup yang dilakukan:

  • Pemeriksaan kesihatan asas: tekanan darah, gula dalam darah, kolesterol, BMI
  • Pemeriksaan kanser: mamogram, pap smear, kolonoskopi, pemeriksaan prostat
  • Kesihatan jantung: ECG, ujian tekanan, profil lipid
  • Pemeriksaan kesihatan jenis khas: kesihatan wanita dan lelaki, pakej kesihatan warga emas

2. Berpuasa jika perlu 

harga medical checkup
Pastikan anda berpuasa jika telah diberitahu oleh doktor.

Bagi ujian tertentu seperti pemeriksaan gula darah (glukosa) dan profil lipid (kolesterol), anda mungkin diminta untuk berpuasa. Ini bermaksud tidak boleh makan atau minum (kecuali air kosong) dalam tempoh yang ditetapkan.

Berpuasa adalah penting kerana makanan boleh mempengaruhi bacaan ujian. Jika anda tidak pasti sama ada perlu berpuasa, hubungi klinik terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian.

3. Elakkan makan dan minum sebelum medical checkup 

Bagi mengelakkan harga medical checkup yang dibayar menjadi sia-sia, pastikan anda elak makan makanan berminyak, bergula tinggi dan minuman berkafein seperti kopi atau teh sehari sebelum pemeriksaan. Ini kerana ia boleh mempengaruhi tekanan darah dan keputusan ujian tertentu.

Sebaliknya, pilih makanan yang lebih ringan dan sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan minum air kosong agar badan kekal terhidrat. 

Selain itu, jangan merokok kerana ia boleh mengubah keputusan ujian darah. Elakkan juga mengambil alkohol yang boleh menjejaskan fungsi enzim hati. Anda juga perlu elakkan diri daripada melakukan aktiviti fizikal yang berat sebelum ujian kesihatan anda.

4. Dapatkan rehat yang cukup

Tidur yang cukup sebelum hari medical checkup adalah sangat penting. Tahukah anda, kurang tidur boleh memberi kesan kepada tekanan darah, kadar denyutan jantung dan juga bacaan hormon dalam badan?

Oleh itu, pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 6 hingga 8 jam pada malam sebelum pemeriksaan untuk memastikan tubuh berada dalam keadaan baik.

5. Pakai pakaian yang selesa dan longgar

Pilih pakaian yang longgar dan mudah dibuka seperti baju berlengan pendek atau seluar yang tidak ketat. Ini akan memudahkan proses pemeriksaan seperti mengambil tekanan darah, ujian darah atau pemeriksaan fizikal.

Elakkan memakai aksesori berlebihan kerana ia mungkin perlu ditanggalkan semasa ujian tertentu seperti X-ray.

6. Datang awal dan bersedia 

Pastikan anda tiba lebih awal daripada waktu janji temu untuk mengelakkan kelam-kabut. Selain itu, anda mungkin perlu mengisi borang yang disediakan oleh pihak hospital. Jangan lupa untuk bawa kad insuran dan dokumen lain yang penting. Secara amnya, medical checkup kerajaan atau swasta mungkin mengambil masa sekitar 1 hingga 2 jam. Oleh itu, siap sedia untuk menunggu dan ikuti setiap arahan yang diberikan.

Nak sihat kena buat medical checkup selalu…

Harga medical checkup yang dibelanjakan adalah langkah penting dalam menjaga kesihatan diri. Namun, jika anda tidak membuat persediaan yang betul, keputusan yang diperoleh mungkin tidak mencerminkan keadaan sebenar tubuh anda dan membuatkan anda yang rugi.

Ingat, kesihatan adalah pelaburan jangka panjang. Jadi, jangan ambil mudah persediaan sebelum medical checkup kerana langkah kecil ini boleh memberi impak besar kepada kehidupan anda.

Klik di sini untuk semak pakej pemeriksaan kesihatan kami sekarang!

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Get Checked: Easy & Affordable Health Screenings in Malaysia. https://www.mhtc.org.my/get-checked-easy-affordable-health-screenings-in-malaysia/ . Accessed on April 10, 2026

Guidelines on Health Check Preparation. https://www.ucn.org.hk/en/health-check/guidelines-on-health-check-preparation/ . Accessed on April 10, 2026

Health Screening Package . https://umsc.my/promotions/health-screening-packages/ . Accessed on April 10, 2026

HEALTH SCREENING FAQ. https://mysejahtera.moh.gov.my/en/health-records-in-mysejahtera/health-screening/faq#gsc.tab=0 . Accessed on April 10, 2026

Fasting Tips Before a Medical Check-Up You Need to Know. https://tirta.co.id/en/artikel/fasting-tips-before-a-medical-check-up-mcu/  . Accessed on April 10, 2026

Versi Terbaru

07/05/2026

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Jangan Tunggu Sakit! Ini Sebab Anda Perlu Buat Pemeriksaan Kesihatan Sekarang

Bukan Sekadar Timbang Berat Badan — Ini Cara Nilai Kesihatan Badan


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan