Siapa yang tidak mahu kekal langsing selepas bersalin bukan? Jika anda sedang mencari tips kurus selepas bersalin, inilah tempatnya!
Semasa hamil, ibu mudah untuk naik berat badan, menyebabkan mereka hilang keyakinan diri untuk bertemu dengan orang ramai. Selepas bersalin pula, kebanyakan ibu akan mendapat semula bentuk tubuh asal mereka.
Akan tetapi, bukan mudah untuk ibu baru bersalin turun berat badan. Bagi ibu yang mengalami masalah untuk mendapatkan semula tubuh idaman, tips kurus selepas bersalin di bawah mungkin boleh membantu:
8 Tips kurus selepas bersalin
Tip kurus 1. Jangan paksa diri untuk diet ketat
Selepas melahirkan bayi, kesihatan anda masih belum pulih sepenuhnya. Jadi, anda perlu menambah lebih nutrien bagi meningkatkan keadaan kesihatan anda.
Jika anda memaksa diri untuk menjalani diet yang ketat, dengan harapan anda mendapat semula bentuk tubuh anda seperti sebelum hamil, anda mungkin akan mengalami kekurangan keperluan nutrien.
Ini akan membahayakan kesihatan anda dan juga menjejaskan pengeluaran susu badan. Anda sepatutnya memilih makanan berkhasiat seperti rumpai laut, terung, tomato, kubis bunga, kubis dan makanan seimbang lain setiap hari.
Tip kurus 2. Makan bertih jagung
Bertih jagung adalah snek yang ideal untuk melawan rasa mengidam anda.
Walau bagaimanapun, anda perlu mencari bertih jagung yang bebas garam kerana pengambilan garam yang berlebihan memberikan kesan yang negatif kepada kesihatan anda ketika ini.
Tip kurus 3. Kunyah gula-gula getah
Gula-gula getah tanpa gula bukan sahaja membantu ibu untuk mengurangkan tekanan dan menyegarkan nafas, bahkan juga membantu mereka mengawal rasa lapar dan selera makan.
4. Senaman ringan tetapi berterusan
Bersenam adalah baik untuk kesihatan dan berat badan anda. Walau bagaimanapun, anda hanya boleh melakukan senaman ringkas terutama pada minggu terawal selepas bersalin.
Jika dilakukan dengan kerap dan berterusan, anda akan dapat merasai perubahan pada badan anda.
5. Cukup tidur
Mendapat tidur secukupnya setiap hari adalah perkara yang amat penting buat ibu selepas bersalin.
Tidur yang mencukupi bukan sahaja membantu membekalkan tenaga kepada tubuh anda, tetapi juga membantu memulihkan sel dan tisu yang rosak dengan cepat.
Jika anda cukup tidur, anda akan kurang rasa hendak makan, sekali gus membantu mengurangkan lemak pada perut anda. Tidur selama 8 jam sehari boleh membantu merehatkan minda anda dan membebaskan tekanan.
6. Makan sarapan pagi
Salah satu tips kurus selepas bersalin yang sering dilupakan ialah makan sarapan! Sarapan pagi juga adalah hidangan penting untuk memulakan hari anda.
Ia bukan sahaja membekalkan tenaga untuk tubuh berfungsi dengan berkesan, bahkan juga membantu mengawal jumlah makanan yang anda ambil sepanjang hari.
Pun begitu, anda perlu makan sarapan pagi kira-kira 30 minit selepas anda bangun tidur. Jangan ambil sarapan selepas jam 9 pagi.
7. Makan dalam bahagian kecil
Ibu yang ingin menurunkan berat badan adalah dinasihatkan untuk makan dalam kuantiti yang kecil sepanjang hari. Berbanding makan 3 bahagian besar hidangan setiap hari, anda disarankan untuk makan sebanyak 5-6 kali tetapi dalam kuantiti sedikit.
Makan seperti ini dapat membantu anda mengelak daripada mengambil terlalu banyak makanan pada setiap kali hidangan.
Selain itu, cara ini juga dapat memudahkan makanan dicerna dalam tubuh anda. Makan dalam bahagian kecil juga boleh melawan rasa teringin anda terhadap makanan ringan.
8. Kunyah makanan perlahan-lahan dan lambat
Percaya atau tidak, makan perlahan-lahan dan lambat boleh membantu anda menurunkan berat badan. Ini merupakan salah satu tips kurus selepas bersalin yang mudah untuk anda lakukan.
Satu kajian mendapati bahawa mengunyah makanan perlahan-lahan boleh membuatkan anda kurang lapar satu jam selepas itu.
Selain itu, memperlahankan kunyahan anda juga boleh membantu menurunkan pengambilan tenaga, sekali gus melawan rasa lapar anda dan meningkatkan keseronokan anda menikmati hidangan.
[embed-health-tool-due-date]