Mengalami ketidakselesaan atau sakit celah kelangkang ketika hamil adalah antara perkara biasa. Ini kerana berlaku beberapa perubahan melibatkan badan, organ dan hormon pada bakal ibu.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Mengalami ketidakselesaan atau sakit celah kelangkang ketika hamil adalah antara perkara biasa. Ini kerana berlaku beberapa perubahan melibatkan badan, organ dan hormon pada bakal ibu.
Jom ketahui antara punca yang mungkin menyebabkan sakit celah kelangkang sepanjang tempoh mengandung.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.
Terdapat banyak sebab mengakibatkan ketidakselesaan dan sakit pelvis semasa mengandung. Berikut antara punca kesakitan paling biasa sepanjang kehamilan yang tidak mendatangkan bahaya (benigna):
Juga dikenali sebagai sakit pinggang pelvis, Symphysis pubis dysfunction (SPD) berlaku apabila estrogen, progesteron dan relaxin meningkat semasa kehamilan.
Peningkatan hormon ini menyebabkan ligamen pelvis menjadi lebih santai serta lembut dan sendi mula menjadi lebih bergerak.
Sendi di hadapan pelvis – disebut symphysis pubis – boleh menjadi tidak stabil, menyebabkan kesakitan. Ia boleh berlaku sejurus selepas persenyawaan dan menjadi lebih teruk menjelang akhir kehamilan.
Rasa sakit seperti kekejangan ini cenderung berlaku pada 8-12 minggu selepas kehamilan dan boleh terasa seakan mengalami pendarahan haid. Selagi tiada pendarahan, ia mungkin hanya disebabkan pengembangan rahim.
Keadaan ini biasanya kurang dirasakan semasa kandungan pertama berbanding kehamilan seterusnya.
Pada trimester kedua, anda mungkin merasa kesakitan tajam, menikam atau sakit di sebelah sisi. Kesakitan ini boleh berlaku apabila perkembangan bayi meregangkan ligamen daripada rahim ke pangkal paha.
Anda juga mungkin lebih mengalami rasa sakit ligamen bulat apabila melakukan pergerakan seperti berjalan atau bangun daripada duduk.
Jika anda mengalami sakit celah kelangkang sebelah kiri ketika hamil, berbaring mengiring pada sisi yang menyakitkan mungkin dapat menghilangkan rasa sakit (boleh berganti sisi jika kedua-dua belah berasa sakit).
Pada trimester ketiga, anda mungkin mengalami tekanan di kawasan pelvis kerana berat bayi sedang membesar menekan saraf yang mengalirkan darah daripada faraj ke kaki.
Kesakitan ini biasanya dialami apabila bergerak, contohnya seperti sedang berjalan atau menaiki kereta kerana bayi bergoyang/melantun.
Untuk membantu melegakan tekanan, baring pada satu sisi dan berehat.
Biasanya sista ovari bukanlah kanser dan tidak berbahaya tetapi boleh membesar semasa mengandung.
Hamil dengan sista ovari boleh menyakitkan, kerana rahim yang semakin membesar boleh memberi tekanan pada ovari. Jika sista pecah, kesakitan itu boleh bertambah lebih teruk.
Dalam kes jarang berlaku, sista boleh membesar dan menyebabkan ovari berpusing sendiri – disebut sebagai kilasan ovari (ovarian torsion) yang mengakibatkan gejala seperti rasa sakit perut tajam, loya, muntah dan berpeluh.
Maklumkan kepada doktor jika anda mengalami gejala yang disebutkan di atas.
‘Latihan kontraksi’ ini selalunya tidak menyakitkan dan cenderung berasa seperti tekanan atau pelvis ‘ketat’. Keadaan ini biasa datang dan pergi yang lebih berbentuk sporadis berbanding kontraksi bersalin sebenar.
Biasanya Braxton Hicks akan mula dialami pada trimester kedua atau ketiga dan boleh dicetuskan oleh dehidrasi, jadi banyakkan pengambilan cecair.
Ia biasanya hilang dengan sendiri, tetapi jika ia berlanjutan lebih empat kontraksi sejam dalam tempoh dua jam, lakukan pemeriksaan doktor segera!
Punca biasa sembelit semasa hamil termasuklah perubahan hormon berkaitan kehamilan atau pengambilan suplemen zat besi yang melambatkan proses pencernaan.
Kekal hidrat dan mengamalkan makanan tinggi serat seperti buah-buahan dan sayuran, banyak bersenam atau menukar vitamin pranatal (jika mengandungi zat besi) mungkin dapat mengurangkan gejala.
Mengalami UTI semasa hamil boleh menyebabkan anda berasa ingin kencing secara tiba-tiba. Anda juga mungkin terasa sensasi terbakar semasa membuang air kecil serta terdapat darah dalam air kencing.
UTI yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi serius kepada ibu dan bayi. Ia boleh berkembang menjadi jangkitan pada buah pinggang, sekali gus meningkatkan risiko kelahiran bayi pramatang.
Baca juga:
Merupakan keadaan yang menyebabkan sakit kronik pada bahagian vulva dan faraj. Walaupun puncanya tidak jelas tetapi ia boleh menyebabkan sakit celah kelangkang ketika kehamilan yang teruk.
Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan bakal ibu mengalami sakit celah kelangkang ketika hamil. Sekiranya ada sebarang kebimbangan mengenai keadaan diri, lakukan pemeriksaan dengan pakar sakit puan bagi mendapatkan lebih kepastian.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen