Terpaksa Gugurkan Kandungan Atas Sebab Kesihatan, Tapi Apa Kaedah Selamat Untuk Melakukannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kehadiran zuriat pastinya merupakan antara detik yang dinantikan setiap pasangan. Namun bagaimana jika ibu hamil perlu gugurkan kandungan atas faktor kesihatan? Mari ketahui kaedah pengguguran janin.

Terpaksa gugurkan kandungan

Percayalah, keputusan untuk menggugurkan kandungan bukanlah satu perkara mudah untuk dilakukan. Apatah lagi jika ia merupakan perkara yang ditunggu-tunggu sekian lama.

Walau bagaimanapun, sekiranya kehamilan tersebut akan memberikan kemudaratan kepada ibu dan kandungan, maka keputusan gugurkan kandungan yang terbaik.

Kaedah pengguguran janin

Umumnya, terdapat dua kaedah pengguguran janin melalui prosedur perubatan, iaitu: 

1. Ubat penggugur kandungan

Sekiranya usia kandungan pada peringkat awal trimester pertama (dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan), pengambilan ubat untuk menggugurkan kandungan pastinya merupakan pilihan utama. 

Pengambilan ubat ini perlu diambil pada dos yang tepat mengikut arahan doktor. Ia dianggarkan dapat berfungsi secara tepat sehingga 97 peratus untuk membantu menggugurkan kandungan anda dengan selamat.

Terdapat dua pilihan ubat yang akan dipreskripsikan oleh doktor untuk membantu proses pengguguran ini, iaitu:

  • Mifepristone (Korlym)
  • Misoprostol (Cytotec)

gugurkan kandungan

Ia berfungsi untuk menghalang tindakan hormon progesteron –  diperlukan oleh embrio untuk proses tumbesaran dan perkembangan janin. Pengambilan ubat ini juga dikatakan akan mencetuskan kontraksi dalam rahim dan menolak tisu embrio. 

Pengambilan ubat mifepristone dan misoprostol boleh diambil melalui dua cara, sama ada secara oral atau dimasukkan ke dalam vagina. Kesan pengambilan ubat ini boleh dilihat dalam tempoh beberapa jam selepas makan atau memasukkannya ke dalam vagina

Individu tersebut akan mengalami kekejangan perut dan pendarahan yang teruk. Keadaan ini akan berlanjutan untuk tempoh masa tiga hingga empat hari bagi membolehkan semua tisu embiro untuk keluar sepenuhnya dari badan anda. 

Sekiranya pendarahan yang berlaku terlalu banyak dan serius, sehingga memerlukan anda untuk menukar lebih daripada dua tuala wanita dalam tempoh satu jam, sila hubungi doktor anda dengan kadar yang segera. 

Jika anda mengalami demam atau simptom seperti selesema yang berpanjangan untuk tempoh lebih daripada satu hari, lakukan pemeriksaan doktor dengan segera.

Tidak semua individu wanita hamil boleh menggunakan kaedah ini untuk menggugurkan kandungan mereka. Ini termasuklah mereka yang:

  • Mempunyai alahan terhadap ubatan tersebut
  • Mempunyai kehamilan luar rahim (kehamilan ektopik)
  • Mempunyai masalah pendarahan atau mengambil ubat pencair darah
  • Mempunyai masalah kesihatan berkaitan hati, buah pinggang atau paru-paru
  • Menggunakan IUD (alat pencegah kehamilan)
  • Mengambil ubat kortikosteroid untuk tempoh yang lama

2. Prosedur pembedahan bagi menggugurkan janin

Prosedur pembedahan bagi melakukan pengguguran sebenarnya akan bergantung kepada usia kehamilan anda. Sekiranya kehamilan anda pada trimester pertama, anda berkemungkinan besar akan menjalani prosedur aspirasi vakum (vacuum / suction aspiration).

Jika kandungan anda sudah berada pada trimester kedua, iaitu usia kandungan lebih daripada 13 minggu kehamilan, anda mungkin akan menjalani prosedur dilation dan extraction (D&X).

Aspirasi vakum

Memakan masa selama 10 minit. Untuk melakukan prosedur ini, doktor akan meminta anda berbaring di atas katil khas yang membolehkan anda membengkokkan lutut.

1 alat peranti yang dipanggil spekulum dan dimasukkan ke dalam faraj anda. Alat ini berfungsi untuk memperluaskan vagina bagi membolehkan doktor untuk melihat serviks. 

Antiseptik akan disapu pada bahagian vagina dan serviks. Selepas itu doktor akan menyuntik anestetik (ubat bius) ke dalam serviks dan memasukkan tiub kecil yang disambungkan dengan mesin sedutan (vakum) ke dalam rahim anda. Kandungan rahim anda akan dibersihkan.

Berbanding kaedah pengguguran lain, prosedur aspirasi vakum ini dianggap tidak terlalu menyakitkan. Anda mungkin akan berasa kekejangan perut kerana rahim akan mengalami kontraksi apabila tisu dikeluarkan. 

Individu dengan masalah gangguan pembekuan darah, keadaan rahim tidak normal dan mempunyai jangkitan pelvis, tidak digalakkan untuk melakukan prosedur ini. 

Dilation dan extraction (D&X)

Sesuai apabila usia kandungan memasuki trimester kedua dan rahim akan mempunyai masalah yang serius. D&X merupakan prosedur yang menggabungkan prosedur aspirasi vakum, forsep (alat pengepit khas) dan curette.

ketahui-kaedah-melakukan-pengguguran

Hari pertama, doktor akan melakukan prosedur pembesaran serviks. Ia untuk memudahkan proses mengeluarkan tisu kehamilan.

Hari kedua, forsep akan digunakan untuk mengeluarkan janin dan plasenta. Alat seperti sudu yang dipanggil curette untuk mengikis lapisan rahim turut digunakan. 

Prosedur D&X dianggap prosedur yang menyakitkan. Doktor akan memberikan ubat bagi mengurangkan kesakitan.

Prosedur ini biasanya dibuat apabila terdapat masalah serius pada ibu dan kandungan mencecah usia lebih daripada 21 minggu. Secara umumnya, prosedur ini melibatkan proses pembedahan mengeluarkan janin

Akhir kata

Sekiranya anda mempunyai kandungan yang bermasalah dan boleh memudaratkan kesihatan anda, berbincanglah dengan pasangan anda. 

Jika terdapat sebarang keraguan atau kebimbangan, dapatkan rundingan dan nasihat daripada doktor sebelum membuat sebarang keputusan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Tak Nak Lahirkan Anak Dalam Perut? JANGAN Gugurkan Kandungan Sendiri, Jika Tidak BAHAYA Menanti

Ada masanya, masalah kesihatan menyebabkan ibu perlu menggugurkan kandungan. Pun begitu, wujud kesan pengguguran bayi jika dilakukan secara sendiri.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Proses Beranak, Proses Bersalin 25/08/2020 . 3 minit bacaan

Teruja Nak Scan Bayi, Tapi Tak Nampak Apa-apa? Ini Mungkin Petanda 3 Masalah Hamil

Pastinya anda teruja untuk melakukan scan bayi, kan? Eh, kejap kenapa tak nampak kantung kehamilan masa imbasan? Adakah ia petunjuk masalah kehamilan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Komplikasi, Proses Bersalin 27/07/2020 . 3 minit bacaan

Bahaya Jika Kerap Muntah Masa Hamil Sampai Hilang Berat, 5 Cara Ini Boleh Bantu Atasinya

Muntah ketika hamil perkara biasa bagi wanita mengandung. Jika terlalu kerap, ia mungkin berpunca daripada hiperemesis gravidarum. Bahaya jika dibiarkan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Masalah Kehamilan, Tips Hamil 22/06/2020 . 3 minit bacaan

Apa Rasa Orgasma Ketika Hamil? Ini Jawapan Buat Mak Buyung! (Mengikut Trimester)

Mesti ramai wanita tertanya-tanya apa rasa orgasma jika main masa mengandung? Sila klik artikel ini untuk tahu jawapannya dengan lebih mendalam lagi!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Kesihatan Seksual, Petua Seks 18/05/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

petua hilangkan selsema

Suntikan Flu, Paracetamol & Ibuprofen: Ini Pilihan Selamat Rawat Selesema & Flu Ketika Hamil

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 08/01/2021 . 3 minit bacaan
sakit kepala ketika hamil

Nak Rawat Sakit Kepala Semasa Hamil? Kenal Pasti Puncanya Sebab Ia Berbeza Ikut Trimester

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 01/12/2020 . 3 minit bacaan
libido wanita hamil

Keinginan Nafsu Seksual Turun Naik Masa Hamil? 5 Perkara Inilah PUNCANYA

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 16/10/2020 . 3 minit bacaan
sakit punggung ketika hamil

Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 02/10/2020 . 3 minit bacaan