home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

Hamil, Tapi Ada Tompokan Coklat Pada Seluar Dalam, Ini Tanda Gugur @ Sebab Lain?

Mengalami spotting coklat semasa mengandung pastinya mengundang kerisauan, kan? Namun dalam kebanyakan kes, spotting hamil yang berlaku adalah keadaan biasa.

Jom ketahui dengan lebih lanjut mengenainya.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang kehamilan di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Kehadiran spotting coklat dalam tempoh kehamilan

Mengalami keputihan yang cair, berwarna jelas atau putih – nama saintifiknya leukorea – merupakan keadaan biasa bagi seorang wanita.

Cairan ini boleh hadir dalam pelbagai warna dan ia boleh menjadi petunjuk kepada masalah yang mungkin berlaku di dalam faraj.

Bahkan semasa berbadan dua, hormon kehamilan yang dialami menjadikan cairan faraj ini lebih pekat.

Namun kehadiran spotting coklat pada wanita mengandung boleh menimbulkan kerisauan kerana warnanya seakan sama dengan darah.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Darah dalam spotting kehamilan?

Seperti yang dijangka oleh ramai wanita dan mungkin menyebabkan kerisauan bagi individu yang sedang hamil, cecair berwarna coklat itu adalah cairan yang bercampur dengan darah lama.

Sesetengah darah pada rahim mengambil masa yang lebih lama untuk keluar dan apabila sudah terlalu lama, ia berubah menjadi coklat.

Ini akhirnya menyebabkan anda mengalami spotting coklat.

spotting hamil

Adakah keputihan berwarna coklat itu normal semasa hamil?

Berita baiknya, keputihan berwarna coklat semasa kehamilan biasanya normal dan kemungkinan tidak bermaksud ada yang tidak kena dengan anda atau bayi dalam kandungan.

Punca spotting coklat semasa mengandung

Penyebab spotting hamil ini biasanya kerana kerengsaan.

Kenaikan perubahan hormon dan peningkatan darah ke seluruh tubuh semasa hamil menjadikan serviks sangat sensitif.

Maka sebarang aktiviti seperti hubungan seksual atau pemeriksaan pelvis boleh memburukkan keadaan.

Kesannya, anda mungkin akan mengalami spotting coklat.

Sekiranya anda sedang berada di trimester ketiga kehamilan, cairan coklat ini boleh menjadi tanda bahawa tempoh untuk bersalin semakin dekat.

Semak kitaran haid dan tempoh ovulasi anda dengan menggunakan Kalkulator Kesuburan di sini.

Dalam beberapa minggu sehingga menjelang hari untuk melahirkan anak, tubuh akan menyingkirkan palam mucus (mucus plug) – gumpalan lendir yang menutup saluran pembukaan rahim semasa kehamilan.

Menghampiri hari untuk bersalin, anda mungkin akan mendapati ada cairan berwarna merah jambu atau coklat bersama darah.

Ini bermaksud masa untuk bayi anda melihat dunia semakin dekat!

Risiko komplikasi yang patut diketahui

pelepasan faraj

Walau bagaimanapun, untuk keadaan yang jarang berlaku sama ada anda hamil atau tidak, spotting coklat ini boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan serius.

Ia boleh menjadi tanda akan berlakunya keguguran kandungan, kehamilan ektopik, masalah dengan plasenta atau tanda jangkitan serviks mahupun rahim.

Pun begitu, untuk masalah jangkitan serviks atau rahim, ia biasanya disertai dengan gejala lain.

Jika pada bila-bila dalam tempoh kehamilan pelepasan faraj berwarna merah atau berlaku pendarahan, disertai kekejangan pada perut, kontraksi cepat mahupun sakit bahagian belakang, segeralah berjumpa doktor!

Lakukan ini jika alami spotting coklat semasa hamil

Sekiranya terlihat spotting hamil sekali-sekala selepas hubungan intim, ia berkemungkinan adalah keadaan biasa.

Jadi cuba perhatikan keadaan seluar dalam untuk tempoh masa 1 atau 2 hari.

Sebaliknya, jika anda melihat spotting coklat atau darah selepas seks lebih daripada beberapa kali sebulan atau berlanjutan hingga beberapa minggu, dapatkan pemeriksaan doktor.

Malahan, sekiranya pelepasan faraj itu menimbulkan rasa gatal, disertai dengan bau menyengat atau kekejangan, berjumpalah dengan doktor.

Ini kerana ia mungkin merupakan tanda jangkitan atau masalah kesihatan lain yang lebih serius.

spotting coklat

Untuk langkah keselamatan, pakar menasihatkan wanita mengandung untuk melakukan pemeriksaan doktor setiap kali berlakunya pendarahan atau spotting hamil.

Walaupun ia mungkin bukan petunjuk kepada keadaan yang serius atau berbahaya, tetapi bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?

Doktor akan melakukan pemeriksaan ultrabunyi dan pelvis untuk memastikan anda dan kandungan berada dalam keadaan selamat.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 3 minggu lalu
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x