backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

3

Tanya Doktor
Simpan

Kecewa Rasanya Bila Haid Lewat Tapi Tak Hamil? Ini 7 Sebabnya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 15/04/2023

    Kecewa Rasanya Bila Haid Lewat Tapi Tak Hamil? Ini 7 Sebabnya!

    Bagi pasangan yang sedang merancang kehamilan, pastinya kalian berdebar menunggu tanda-tanda mengandung muncul. Tetapi kenapa period lewat seminggu tapi tak mengandung, ya? Semak artikel ini untuk jawapannya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

    Kenapa period lewat seminggu tapi tak mengandung?

    Jika selalunya haid anda datang tepat setiap bulan, namun kali ini anda sudah lambat datang haid seminggu, pasti anda fikir yang anda sudah lekat.

    Sabar, Mama! Jangan terus membuat kesimpulan awal kerana kehamilan mungkin terjadi dan mungkin juga tidak terjadi jika lewat haid.

    Berikut antara penyebab mengapa anda terlepas tarikh haid:

    Penurunan berat badan dan senaman berlebihan

    Berat badan anda boleh disalahkan jika anda terlewat haid kerana ia bersambung dengan hipotalamus dalam otak anda. (Hipotalamus adalah sebahagian proses yang mengawal haid anda).

    period lewat seminggu tapi tak mengandung

    Jika anda terlalu kurang berat badan, hipotalamus anda tidak boleh mengendalikan proses kitaran dengan betul. Ini mungkin mengakibatkan tahap estrogen anda terlalu rendah untuk membina lapisan rahim.

    Tidak dapat dinafikan, aktiviti fizikal adalah bermanfaat untuk kesihatan anda. Akan tetapi, jika anda melakukannya secara berlebihan, badan anda mungkin mengalami kesan negatif.

    Aktiviti fizikal yang berlebihan boleh mengakibatkan estrogen tidak mencukupi. Apabila badan anda tidak mendapat estrogen yang cukup untuk melengkapkan kitaran menstruasi, haid anda mungkin akan berhenti.

    Period lewat seminggu tapi tak mengandung #Tekanan

    Tekanan fizikal atau emosi boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada kesihatan anda, seperti sakit kepala, kenaikan berat badan, jerawat, masalah kulit lain dan juga haid anda.

    Peristiwa yang teruk boleh memberi kesan kepada hipotalamus anda, menyebabkan amenorea hipotalamus, iaitu keadaan di mana haid anda berhenti beberapa bulan.

    Jadi, jika anda mengalami stres atau gangguan, ia mungkin punca mengapa haid anda tidak datang.

    Baca juga:

    Tiroid tidak teratur

    Kelenjar tiroid, yang terletak di leher anda, bertanggungjawab menyambungkan sistem lain dalam tubuh anda, untuk memastikan metabolisme anda berfungsi dengan baik.

    Jadi, jika anda mengalami ketidakseimbangan tiroid, haid anda mungkin akan terkesan; sama ada dia datang banyak atau kurang, ataupun tidak datang untuk sementara.

    Simptom polisistik ovari (PCOS)

    PCOS adalah keadaan di mana hormon seks wanita, seperti estrogen, progesteron, dan testosteron tidak seimbang.

    Apabila tahap hormon ini berubah-ubah, kekurangan ovulasi dalam tubuh anda boleh menyebabkan anda tidak datang haid atau tidak mengalami menstruasi tetap.

    Anda boleh mengesan PCOS dengan simptom-simptom seperti rambut tumbuh pada muka dan dada, sukar menurunkan berat badan, dan anda berpotensi mengalami masalah kesuburan.

    period lewat seminggu tapi tak mengandung

    Penyakit kronik seperti celiac punca period lewat seminggu tapi tak mengandung

    Jika anda didiagnosis dengan penyakit kronik tertentu, tetapi anda membiarkannya tidak dirawat, sistem tubuh dan kesihatan anda keseluruhannya boleh terjejas teruk, termasuklah haid anda.

    Jika anda mengalami masalah haid luar jangka, anda perlu beri lebih perhatian kepada sebarang perubahan dalam tubuh anda, kemudian berjumpa dengan doktor untuk rawatan.

    Merancang kehamilan

    Anda terlewat haid ataupun tidak datang haid mungkin kerana pilihan rawatan kontrasepsi anda, khususnya pil dos rendah, hormon IUD, implan, ataupun suntikan.

    Kaedah kontrasepsi ini boleh menyumbang kepada ketidaknormalan proses menstrual dalam tubuh anda.

    Bagi mengembalikan semula haid anda, anda mungkin perlu berhenti menjalani kaedah kawalan kelahiran yang anda gunakan kini.

    period lewat seminggu tapi tak mengandung

    Menopaus pramatang

    Apabila menopaus berlaku sebelum wanita mencecah usia 40 tahun, ia disebut sebagai menopaus pramatang.

    Selain masalah tidak datang haid, menopaus pramatang juga boleh didiagnosis dengan beberapa tanda seperti perubahan emosi, kekeringan faraj, perubahan kognitif, kepanasan, penurunan keinginan seks, dan gangguan tidur.

    Jika terdapat sebarang pertanyaan mengapa period lewat seminggu tapi tak mengandung, berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 15/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan